Rabu, 7 Januari 2009

Jubli Emas Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

Tahun 2009 genaplah 50 tahun usia Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah dalam menerajui pembangunan luar bandar di negara kita. Pembangunan itu sama ada dari segi pembangunan modal insan ataupun infrastruktur. Sejak negara kita merdeka daripada penjajah Inggeris yang merupakan makhluk perosak itu, sudah banyak perancangan yang menjadi kenyataan dalam membangunkan masyarakat luar bandar. Dulu, kita dapati tiada jalan raya di kampung-kampung atau bekalan air bersih. Namun sekarang ini jalan raya sudah merata di negara kita dan rakyatnya dapat menikmati bekalan air bersih. Sambutan ini memberi makna yang cukup besar kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah kerana penerusan perjuangannya dalam membela masyarakat luar bandar. Umur 50 tahun itu sudah mematangkan Kementerian ini dalam mengorak langkah demi masyarakat luar bandar khususnya penduduk yang miskin dan miskin tegar. Apa yang kita mahu ialah semua masyarakat sama-sama bergandingan dalam mempastikan masyarakat luar bandar gah seperti masyarakat bandar, bahkan lebih daripada itu lagi. Keinginan Kementerian juga untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam negara. Sambutan ini akan diadakan di Padang MPK, Kuantan, Pahang pada 16 hingga 18 Februari 2009.