Khamis, 5 Mac 2009

Penggulungan Perbahasan Titah Diraja KKLW

4 Mac 2009, jam 6.30 petang Datuk Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mempersilakan KKLW membuat penggulungan keatas Perhasan Bajet Titah Diraja, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas Tahun 2009. Penggulungan kali ini dibuat oleh Datuk Joseph Entulu anak Beluan, Timbalan Menteri KKLW disebabkan YB Menteri ada program Dialog@1 di RTM 1. YB Timbalan Menteri dapat menggulung dengan baik dan saya ucapkan tahniah kepada beliau. Beberapa Ahli Parlimen bangkit bertanyakan soalan semasa penggulunggan tersebut. Antaranya ialah MP Sri Gading yang penuh emosi dengan mengatakan "ada akalkah orang yang buat perancangan untuk pelaksanaan infrastruktur seluruh luar bandar sehingga 2016". Timbalan Menteri menjawab dengan baik sekali dimana pelaksanaan ini adalah memerlukan perbelanjaan yang besar dan perlu dilaksanakan secara berperingkat. Kalau peruntukan belanjawan Malaysia lebih kurang 200 billion setahun, bagaimana mungkin untuk kita melaksanakan pembangunan infrastruktur luar bandar itu secara cepat. Kekadang Ahli Parlimen membangkitkan sesuatu perkara hanya untuk populariti sahaja. Seterusnya MP Rompin dan MP Lembah Pantai membangkitkan persoalan mengenai masyarakat Orang Asli, MP Rantau Panjang membangkitkan soalan mengenai keadilan pelaksanaan projek luar bandar di bawah JPP. Penggulungan tamat pada jam 7.30 malam.