Ahad, 15 November 2009

Setiap Hisapan dan Hembusan Asap Rokok adalah Dosa

Susah untuk kita mengelak daripada perokok. Mungkin sudah ditakdirkan dunia ini harus juga dihuni oleh perokok. Jika kita mendengar ceramah Al-Fadhil Ustaz Ismail bin Kamus, beliau mengatakan bahawa perokok itu adalah saudaranya JIN. Perokok bukan sahaja membahayakan dirinya, bahkan juga kepada orang lain. Aku begitu risau bila rumahku didatangi oleh perokok yang tidak memikirkan keselamatan orang lain. Aku terpaksa buka pintu untuk membolehkan kepulan asap keluar menerusi pintu dan jendela rumahku. Kapan rasanya perokok ini mahu sedar dari lamunan. Walaupun begitu, aku memuji abangku, setiap kali mahu menyambung talian hayat beliau akan keluar rumah. Anakku yang masih lagi tidak mengerti bahayanya asap rokok sudah pandai mengatakan busuknya asap rokok ini. Kalau kita naik kereta atau apa-apa kenderaan, disebelah kita itu perokok tegar, habislah kita terpaksa menghirup asap rokok yang keluar daripada perut, tengkorak dan mulut si perokok. Alangkah jahatnya perokok ini, tidak memikirkan hak orang lain. Apalah hebat sangat merokok ini hinggakan terpaksa mengorbankan susu dan keperluan lain untuk kelurga. Dalam keadaan ada umat Islam yang dilanyak oleh musuh, sempat lagi si perokok ini menghisap dan menghembus rokok. Entah keruan atau tidak keruan orang yang hisap rokok ini. Berhentilah wahai perokok, tingkahlakumu adalah tidak berakhlak dan perbuatan yang membazir. Ingatlah membazir itu adalah amalan syaitan.