Selasa, 25 November 2014

Tamak Haloba Pemutus Kasih Sayang

1. Kasih sayang khususnya kasih sayang keluarga sama ada adik beradik, ibu saudara, sepupu yang terdekat harus dijaga supaya perasaan kasih sayang ini sentiasa kekal dan hubungan sentiasa terjalin erat.

2. Kisah perebutan harta dalam masyarakat melayu buka baru, sejak zaman dulu lagi perkara ini menghantaui dan seringkali menjadi penyebab putusnya tali silaturahim. Yang sedihnya apabila persaudaraan yang erat dimusnahkan dengan beberapa saat sahaja sifat tamak haloba.

3. Tamak haloba yang berdasarkan hawa nafsu, ditambahi dengan kurang didikan agama adalah penyebab kepada kemusnahan persaudaraan. Masyarakat keliling yang tidak bertanggungjawab yang meagapi-apikan lagi persengketaan sememangnya manusia durjana yang tidak mengenal hari pembalasan.

4. Peristiwa dulu kala tidak perlu diungkit, apatah lagi apabila sifat dengki terhadap adik beradik yang mendapat rezeki daripada Ilahi. Lantas diungkit peristiwa lama yang telah selesai dek tamak haloba dan jahil serta sifat dengki dalam hati. 

5. Ini menyebabkan perbalahan antara kabilah keluarga yang entah bila akan berbaik semula. Orang yang mulakan dulu persengketaan ini harus bertanggungjawab yang mana hatinya penuh dengan sifat tamak haloba hingga adik beradik tiada nilai lagi.

6. Keluarga harus dididik dengan agama supaya sifat tamak haloba tidak boleh bermaharajalela, harta setitik pun boleh rosak saudara. Anak saudara yang mudah berkata celaka kepada ibu saudaranya adalah anak saudara derhaka, lupa susu ibu saudara yang pernah dihisapnya semasa kecil kerana diri telah dimasuki syaitan.

7. Adakala suaminya berlagak warak, sedangkan perangainya seperti syaitan dan hati penuh dengan kehitaman. Dari dulu cuba berlagak baik walhal jahat seperti syaitan.

8. Penyelesaiannya, perlu kembali kepada agama dan taubat nasuha serta didikan keluarga secara Islam, dengan ilmu agama yang sempurna supaya tiada lagi sifat tamak haloba dan jiwa syaitan mempengaruhi diri.