Rabu, 28 Januari 2015

CONTOH SURAT UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

                                                                                                        
                                                                                  Ruj. Kami      :     xxxxxxxxxx
                                                                                  Tarikh            :      xx  Mei 20xx


Pengurus
Syarikat ABC
Aras 4, Blok X
Kompleks X, Putrajaya


Tuan,

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Sepertimana yang dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015  telah selesai dijalankan dengan jayanya.

Sehubungan dengan itu, Kementerian xxxxxxxxxx dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas komitmen dan kerjasama pihak tuan dalam  menjayakan  majlis tersebut.

Sesungguhnya sumbangan dan komitmen pihak tuan akan dihargai oleh Kementerian xxxxxxxxxxxxx.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,




( xxxxxxxxxxxxxxxxxx )         
Bahagian Pentadbiran Am
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian xxxxxxxxxxxxxxxxx

Khamis, 15 Januari 2015

Disebalik Bah Besar Kelantan 2014 Dan Kerajaan PAS Kelantan

(1) Rakyat Kelantan tidak menyangka  bagaimana banjir besar ini boleh melanda khususnya bagi kawasan Gua Musang dan Kuala Krai. Bagi kawasan Kota Bharu, banjir adalah perkara biasa yang dilalui setiap tahun tetapi pengakhiran tahun 2014 adalah tidak diduga oleh semua orang. Banjir ini begitu luar biasa sekali. Ia bukan sekadar banjir, tetapi banjir yang dipenuhi dengan selut.

(2) Kesannya kemusnahan yang besar kepada negeri Kelantan. Kemusnahan harta benda termasuklah rumah, kenderaan, barang perniagaan dan sebagainya. Kemusnahan yang tidak dapat dipulihkan dalam masa yang singkat, kemusnahan ini perlukan masa bertahun-tahun untuk dipulihkan. Kemusnahan aset Kerajaan pusat mencecah satu billion ringgit, tidak termasuk aset Kerajaan negeri dan perseorangan. 

(3) Terima kasih di atas pengumuman bantuan segera Kerajaan Pusat sebanyak RM500 juta manakala MAIK telah mengistiharkan bantuan sebanyak RM32 juta untuk mangsa banjir. Walau bagaimana pun, jumlah ini tidak mencukupi memandangkan anggaran yang diperlukan ialah lebih kurang RM900 juta. Bantuan daripada agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan perseorangan juga mencurah-curah datang yang melambangkan keprihatinan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

(4) Penyelarasan bantuan banjir dan SOP juga harus diperbaiki memandangkan diawal banjir melanda, bantuan tidak dapat disalurkan kepada mangsa banjir. Makanan dicatu d pusat pemindahan dan bantuan beras tidak diberikan kepada mangsa banjir memandangkan ada dikalangan mereka yang berlindung di merata tempat. Peninjau hanya meninjau dan tiada bantuan susulan daripada mangsa yang semakin kehabisan bekalan makanan. Kerajaan Negeri pula tidak dapat diharapkan dalam misi bantuan memandangkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri juga dilanda banjir. Tambahan pula, tiada jangkaan dan persiapan oleh Kerajaan Negeri walaupun negeri Kelantan dalam kategori negeri positif banjir daripada zaman dulu lagi.

(5) Permulaan banjir, mangsa-mangsa banjir terpaksa makan pucuk-pucuk kayu  dan ada yang terpaksa makan sekeping biskut untuk satu hari. Ada yang terpaksa berlari ke bukit-bukit tinggi untuk menyelamatkan diri, ada yang mencari tempat perlindungan selamat di sekolah dan sebagainya. Ada yang tidak sempat menyelamatkan diri dihanyut oleh arus yang deras dan kuat. 

(6) Bekalan elektrik terputus bagi kebanyakan kawasan iaitu bagi kawasan Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kota Bharu. Untuk dapatkan sebatang lilin pun terpaksa memandu kereta sehingga 20 ke 30 kilo meter, begitu juga dengan petrol. Bukan setakat bekalan elektrik, bekalan air pun bermasalah, beruntung bagi yang menggunakan telaga pada waktu musibah ini. Air Kelantan bermasalah daripada dulu lagi akibat daripada ketidakmampuan Kerajaan Negeri menanggani masalah ini. 

(7) Selepas banjir surut, maka tibalah bantuan berduyun-duyun kepada mangsa banjir. Apa yang diperlukan oleh mangsa banjir pada waktu itu ialah beras, air minuman dan bekalan air bersih, termasuklah pakaian, selimut dan lain-lain keperluan serta tempat untuk alas tidur memandangkan ada dikalangan mereka rumahnya musnah. Penyelarasan bantuan perlu diperbaiki dan dipertingkatkan kerana ada barangan keperluan yang melebihi permintaan seperti pakaian terpakai. Sekiranya Kerajaan Kelantan dapat belajar daripada Kerajaan Terengganu iaitu menyediakan khemah kepada mangsa banjir, ianya amat bernilai sekali. Water Jet dan Generator sangat laku pada masa pasca banjir sehinggakan harga Water Jet mencecah RM550 satu dan generator kehabisan stok.

(8) Dikhabarkan gabungan tiga sungai iaitu sungai Nenggiri, Sungai Lebir dan Sungai Galas membentuk satu aliran yang kuat sehingga memusnahkan rumah dan harta benda penduduk khususnya di Gua Musang dan Kuala Krai. Arus deras ini membawa bersama-sama mereka kayu balak yang ditebang dan melanda apa yang ada didepan tanpa kasihan belas. 

(9) Faktor penggondolan hutan juga merupakan antara faktor yang meyebabkan tiada pokok-pokok kayu untuk menahan aliran air yang mengalir dengan laju dan membawa bersama-samanya selut dan lumpur, Maka berlakukan apa yang dinamakan Banjir Selut yang sangat dahsyat. Tiadanya sekatan aktiviti pembalakan menyebabkan rakyat Kelantan terpaksa menangung akibatnya. Kesan yang besar yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Kelantan akibat daripada kerakusan manusia dalam mengejar harta dan kekayaan.

(10) Sekiranya faktor pembalakan dan penggondolan bukit merupakan penyebab utama berlakunya banjir, maka pada Pilihan Raya Umum Yang Ke-Empat Belas (PRU-14) nanti, rakyat Kelantan berhak menghukum Kerajaan PAS Kelantan. Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan mengawal aktiviti pembalakan menyebabkan kesan yang besar kepada negeri Kelantan dan rakyat. Negeri Kelantan adalah milik rakyat Kelantan dan bukan selama-lamanya milik PAS Kelantan. Hukuman perlu dijalankan memandangkan Kerajaan yang bertahan lebih daripada 20 tahun ini cuai dalam membela rakyat.

Balai Polis Laloh yang rosak teruk akibat banjir


Kedai Ceria 99 yang dipecah masuk akibat darurat dan tiada makanan


Kesan Banjir di jalan Kuala Krai ke Paloh 2, Gua Musang

Kesan banjir

Kesan banjir


Kesan banjir

Rabu, 14 Januari 2015

Antara Tempat Yang Harus Dilawati Apabila Berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan

Surau di RTC Wakaf Che Yeh

RTC Wakaf Che Yeh

Pasar Siti Khadijah


Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah

Ais Cream Special Tepi Pasar Siti Khadijah

Ais Cream Special


Ahad, 11 Januari 2015

Surau Pakcik Junoh Kampung Belimbing




Kampung Belimbing mempunyai tiga madrasah dan antara madrasah yang paling lama ialah madrasah Pakcik Junoh. Madrasah ini masih lagi digunakan pada hari ini dan Pakcik Junoh yang menjadi Imam di madrasah ini masih lagi menabur bakti kepada madrasah ini. 

Menjelang hari raya, madrasah ini menjadi tumpuan sehinggakan ada yang terpaksa solat ditangga madrasah. Penduduk yang berkerja diluar kampung ini khususnya di luar Kelantan mengambil peluang solat di madrasah ini untuk mengamitkan kenangan lalu yang sudah tentu tidak dapat dilupakan oleh mereka.

Menariknya, aktiviti rasmi selepas solat hari raya iaitu aktiviti beri duit raya kepada kanak-kanak yang secara automatiknya beratur menunggu giliran mereka untuk duit raya. Sesungguhnya, kenangan ini tidak akan dilupakan oleh penduduk kampung khususnya yang sudah melepasi usia kanak-kanak.