Ahad, 15 November 2009

Setiap Hisapan dan Hembusan Asap Rokok adalah Dosa

Susah untuk kita mengelak daripada perokok. Mungkin sudah ditakdirkan dunia ini harus juga dihuni oleh perokok. Jika kita mendengar ceramah Al-Fadhil Ustaz Ismail bin Kamus, beliau mengatakan bahawa perokok itu adalah saudaranya JIN. Perokok bukan sahaja membahayakan dirinya, bahkan juga kepada orang lain. Aku begitu risau bila rumahku didatangi oleh perokok yang tidak memikirkan keselamatan orang lain. Aku terpaksa buka pintu untuk membolehkan kepulan asap keluar menerusi pintu dan jendela rumahku. Kapan rasanya perokok ini mahu sedar dari lamunan. Walaupun begitu, aku memuji abangku, setiap kali mahu menyambung talian hayat beliau akan keluar rumah. Anakku yang masih lagi tidak mengerti bahayanya asap rokok sudah pandai mengatakan busuknya asap rokok ini. Kalau kita naik kereta atau apa-apa kenderaan, disebelah kita itu perokok tegar, habislah kita terpaksa menghirup asap rokok yang keluar daripada perut, tengkorak dan mulut si perokok. Alangkah jahatnya perokok ini, tidak memikirkan hak orang lain. Apalah hebat sangat merokok ini hinggakan terpaksa mengorbankan susu dan keperluan lain untuk kelurga. Dalam keadaan ada umat Islam yang dilanyak oleh musuh, sempat lagi si perokok ini menghisap dan menghembus rokok. Entah keruan atau tidak keruan orang yang hisap rokok ini. Berhentilah wahai perokok, tingkahlakumu adalah tidak berakhlak dan perbuatan yang membazir. Ingatlah membazir itu adalah amalan syaitan.

Khamis, 9 Julai 2009

Dewan Negara Ditangguhkan Lebih Awal

9 Julai, usul di Dewan Negara telah diluluskan dimana ianya tidak akan ditangguhkan pada hari ini sehingga selesai dan setelah itu akan ditangguhkan kepada masa yang diberitahu kelak. Beberapa ADN telah mengambil bahagian dalam perbahasan khususnya perbahasan empat Rang Undang-Undang yang harus diluluskan pada hari ini memandangkan ianya telah diputuskan bahawa Dewan Negara ditangguh pada hari ini dan akan disambung kepada hari yang akan diberitahu kelak. Antara ADN yang banyak mengambil bahagian ialah YB Datuk Akbar Ali sehinggakan berucap hampir satu jam. Timbalan Speaker wanita yang julung kalinya dilantik tidak dapat mengawal pembahagian masa dengan tepat. Seharusnya beliau pandai mengawal ucapan ADN masing-masing supaya masing-masing mendapat masa yang setimpal dan tidaklah ADN itu syok sendiri dalam membahaskan RUU ini. Kekadang mendengar seseorang itu berucap sampai satu jam adalah amat memboringkan kecualilah mereka yang betul-betul ada ump seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Dato` Seri Anuar bin Ibrahim, Dato` Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa speakers yang kita ketahui kebolehannya dalam berhujah dan menyampaikan pidato. Jam menunjukkkan pukul 10.25 malam dan Dewan Negara masih lagi bersidang.

Jumaat, 29 Mei 2009

DIANTARA KEPIMPINAN ULAMAK DAN PROFESIONAL DALAM PAS

Awal bulan Jun merupakan muktamar PAS di Selangor. Presiden PAS telah dimenangi oleh Dato` Seri Haji Abdul Hadi Awang tanpa bertanding dan Timbalan Presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru diantara Datuk Husam Musa, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamad Sabu. Maka kedengaranlah pelbagai pihak melontarkan idea masing-masing diantara sokongan kepada ulamak dan golongan profesional. Saya melihat isu ini sebagai isu yang selalu menjelma bila muktamar PAS yang melibatkan pemilihan. Pada saya, tanpa merujuk kepada status sama ada ulamak atau profesional, apa yang penting ialah pemimpin itu mestilah bijak, warak dan alim. Kalau kita kata golongan ulamak sahaja yang dapat mempertahankan Islam, itu tidak betul kerana sejarah mengatakan bahawa ada juga golongan yang bukan daripada pengajian Islam secara rasmi mempertahankan Islam. Kalau orang kata orang yang belajar ilmu agama itu adalah orang yang boleh diharapkan dalam melaksanakan tajdid, itu juga tidak betul kerana orang yang tidak belajar ilmu agama secara rasmi juga ternyata boleh melakukan perubahan. Oleh itu, hujjah Dato` Ustaq Mat Iraq adalah begitu lemah dan pada saya Dato` Ustaz Mat Iraq tidak layak bercakap mengenai pemilihan kepimpinan dalam PAS. Pemilihan Dato` Usatz Mat Iraq sebagai Ketua Dewan Ulamak sebelum ini merupakan satu kesilapan, tidak ada ciri-ciri kepimpinan pada beliau. Pemilihan itu mesti berasaskan kepada mereka yang ada aura sebagai pemimpin dan juga pandangan masyarakat umum apabila mereka melihat seseorang pemimpin itu, terasa kehebatan mereka. Diantara ketiga-tiga calon Timbalan Presiden itu, saya merasakan bahawa Dato` Husam Musa adalah yang paling layak.

Jumaat, 15 Mei 2009

DIALOG @ 1 BERSAMA Y.BHG TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN "KPI DAN INTEGRITI SEKTOR AWAM"

PERANTARA: Assalamualaikum, Salam muhibah. Anda menyaksikan secara langsung Dialog dibawakan kepada anda dari Angkasapuri Kuala Lumpur dan sebentar lagi kita dapat saksikan sebahagian daripada penjawat awam mengunjungi dan membanjiri Angkasapuri kala kini dan terdapat sekitar 300 lagi berada di Auditorium P Ramlee untuk bersama membincangkan dengan Ketua Turus di dalam Kepimpinan Pentadbiran Awam Negara. Pastinya YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara dan pastinya kalau kita imbas pengalaman lalu, setahun yang lalu kita bersama dengan Ketua Setiausaha Negara banyak yang dibicarakan tentang polisi yang diperkenalkan untuk memperkasakan sektor awam negara melibatkan lebih satu juta kesemuanya dan hari ini mungkin dapat kita lihat sebagai episod kedua ataupun bahagian kedua daripada perbincangan sebelumnya.
Jika dahulu kita membicarakan tentang ‘no wrong doors’, dan polisi-polisi memperkasa sektor awam. Hari ini kita akan memberi fokus kepada KPI dan bagaimana integriti dapat disepadukan untuk membentuk perkhidmatan dalam sektor awam secara lebih berkesan. Dan untuk tujuan ini juga anda boleh berinteraksi bersama kami, seketika nanti talian akan dibukakan untuk manfaat semua penonton, taliannya iaitu akan dipaparkan di kaca televisyen anda sebentar nanti. Anda juga boleh berinteraksi bersama kami melalui SMS dengan cara menaipkan Dialog Nama, Lokasi dan hantarkan ke 32776. Pada waktu yang sama juga kami telah menerima sebahagian daripada soalan yang dipaparkan menerusi Internet melalui persada facebook. Jadi kesemua ini akan dapat dimanfaatkan dalam Bual Bicara.
Melihatkan kepada pencapaian sektor awam di negara kita banyak yang boleh dibanggakan. Kalau kita melihat dalam sektor persaingan, kita lihat bagaimana pencapaian telah pun diharapkan menjelang 2010. Kedudukan perkhidmatan awam akan menjadi sepuluh yang terbaik. Kami sedang menantikan ketibaan YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan bersama-sama kita untuk tempoh satu jam berikutnya bersama. Untuk tujuan itu, para hadirin juga akan diberi ruang untuk bertanyakan soalan pastinya melihat tentang bagaimana sektor awam akan dapat diperkasakan khususnya apabila kita bercakap tentang KPI dan integriti untuk bual bicara kala kini. Bagi memulakan bual bicara ini kita ikuti bingkisan yang telah pun sempat kami sediakan.


-LALUAN KEPADA MONTAJ-

Anda bersama menyaksikan secara langsung dari Angkasapuri Kuala Lumpur dan tetamu istimewa pada malam ini. Assalamualaikum Tan Sri. Setahun berlalu Tan Sri, kita berlalu dalam konteks yang sama.

YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Saya harap itu akan ada perubahan untuk kebaikan.

PERANTARA: Mudah-mudahan. Mungkin itu yang ingin kita berikan fokus. Nampaknya semangat sekali sektor awam, penjawat awam kita hari ini 800 di dalam Auditorium Perdana ini dan 300 lagi berada dalam Auditorium P Ramlee itu sendiri Tan Sri. Over floor kita malam ini. Itu simbol semangat penjawat awam.

YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang ada di sini, Auditorium sebelah dan yang penting di rumah. Tapi apa yang lebih penting bukan sahaja setakat melihat dialog kita tapi untuk memastikan bahawa kita melaksanakan kerja-kerja, tanggungjawab kita dengan sebaiknya supaya kita boleh mencapai matlamat menjadikan negara kita maju.

PERANTARA: Itu yang kita harapkan. Insya-Allah. Dalam tempoh setahun yang lalu Tan Sri banyak bercakap memperkenalkan polisi yang saya masih ingat iaitu tentang ‘no wrong door policy’. Kita akan sentuh kemudiannya dengan melihat kepada kepimpinan baru negara ini melalui fokus baru yang diberikan. Jadi bagaimana persiapan sektor awam sendiri?

YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Saya percaya pendekatan baru seperti mana yang disebutkan banyak kali oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak. Inilah kesinambungan daripada kepimpinan dahulu. Bila kita katakan mengenai ‘Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ sebenarnya perkara tersebut memang telah dihayati oleh penjawat awam. Saya berharap kesemua 1.2 juta penjawat awam dan sudah dimulakan beberapa tahun yang lepas penambahbaikan ini. Saya rasa ini merupakan satu loncatan. Itu maksudnya lonjakan yang begitu mendadak supaya kita betul-betul menjalirkan matlamatnya seperti mana yang dikehendaki oleh Perdana Menteri seperti mana yang disebutkan di dalam tagline nya tadi.

PERANTARA: Tan Sri menyebutkan soal lonjakan, apakah petunjuk-petunjuk utama sebagai contoh kita merujuk kepada pertunjuk World Competitiveness Yearly Book, World Economic Forum, Bank Dunia, Doing Business Report semuanya menggambarkan bahawa sektor awam di negara kita ini begitu membanggakan dan menuju sasaran menjadi sepuluh yang terbaik cuma berbaki tujuh bulan sahaja Tan Sri. Bagaimana persiapannya?

YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Saya rasa benda tu is moving target. Kalau kita target kita sahaja penambahbaikan yang kita buat, mungkin kita boleh mencapai penambahbaikan yang kita mahu di kalangan sepuluh negara yang terbaik. Tapi masalahnya negara-negara ini turut membuat penambahbaikan. Maknanya kita tak boleh sentiasa statik macam itu. Terus memperbaiki lagi. Saya rasa itu lonjakan yang dimaksudkan oleh YAB Perdana Menteri. Kalau kita tak melonjak kita akan ditakuk yang lama 20-18. Tetapi dalam konteks di mana negara-negara lain juga membuat penambahbaikan dan untuk menambah bilangan negara yang dimasukkan untuk diambil kira bagi tujuan World Bank, IMB dan sebagainya. Kalau kita duduk di takuk yang sama pun itu sudah baik. Tapi kalau kita hendak menambah lagi ini yang perlu kita ubah dengan baik sekali.

PERANTARA: Sudah pasti penambahbaikan itu juga memerlukan fokus kerja keras daripada penjawat awam juga Tan Sri.

YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Begitu juga sokongan daripada semua pihak. Tidak memadai hanya penjawat awam yang satu juta menambah baik. Tapi kalau orang ramai tidak bekerjasama untuk menambah baik, umpamanya kita sebut fasal aktiviti pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terutama sekali saya sebut banyak kali tugas utama aktiviti PBT ialah sampah, longkang, rumput. Saya tambah lagi lampu jalan. Jadi kalau penjawat-penjawat awam yang menjawat jawatan di PBT ini melaksanakan kerja dengan baik, itu satu kebaikan. Tetapi sekiranya orang ramai asyik membaling sampah merata-rata atau ke dalam longkang dan sebagainya, itu tidak akan menambah baik. Perlunya kerjasama bukan sahaja di penjawat awam tapi juga di kalangan pelanggan-pelanggan tadi. Sama juga umpamanya kita pergi Imigresen banyak penambahbaikan atau di Jabatan Pendaftaran Negara. Tapi kalau orang ramai tidak bekerjasama saya fikir mungkin tidak akan mencapai matlamat menjadikan sepuluh negara yang competitive dalam dunia.

PERANTARA: Jadi secara ringkasnya Tan Sri telah memulakan ruang lingkung bual bicara tentang orang ramai ini apabila mereka tahu saya akan menemu bual Tan Sri banyak sekali soalan awal yang telah kita tapis. Kita melihat banyaknya soalan yang ingin ditanya kepada Ketua Setiausaha Negara. Kita akan tangani itu kemudian. Tetapi bercakap tentang orang ramai ini kita ingin menunjuk persepsi Tan Sri. Petunjuk-petunjuk di peringkat antarabangsa Bank Dunia baik dan juga competitive menggambarkan kedudukan yang semakin baik tetapi persepsi masyarakat ini, mereka masih melihat bahawa sektor awam ini banyak lagi kelemahannya sikap, nilai dan masa. Jadi, adakah tidak ada koordinasi dan persepsi yang seharusnya juga bertambah baik berbanding dengan pencapaian yang telah pun dilaporkan di peringkat antarabangsa Tan Sri?

YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Sebenarnya mungkin kelemahan penjawat awam, Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan bukan sebab tidak ada penambahbaikan. Kelemahan kita adalah kelemahan untuk communicate kan kejayaan yang telah kita buat ini dengan baik. Itu tidak bermakna tidak ada penambahbaikan. Sebagai contoh sekarang ini diuar-uarkan penambahbaikan dari segi pembuatan pasport umpamanya dengan cepat sekali dan bukan setakat itu sahaja. Kalau kita pergi ke lapangan terbang nak keluar dari negara kita atau nak masuk, kita buat dengan cepat sekali. Saya yakin proses di lapangan terbang itu mungkin yang terpantas dalam dunia. Baru sekarang orang menyedari perkara itu tapi untuk beberapa lama kita tidak menyedarinya.
Jadi saya yakin ada lagi yang tidak tahu penambahbaikan ini. Begitu juga dari segi pembayaran cukai. Tidak ramai yang tahu bahawa mereka boleh membuat declaration cukai melalui e-Filing. Kalau mereka buat e-Filing, kalau mahu pun mereka boleh tunggu sehingga 30 April tiap-tiap tahun. Boleh berbuat demikian. Tetapi mereka masih lagi mahu membuat cara lama. Kalau cara lama itu mereka perlu pergi sendiri, datang sendiri. Jadi maknanya kita dah banyak penambahbaikan. Kita yakin yang saya sebutkan selalu, rakan-rakan saya di kalangan Ketua Setiausaha (KSU), Ketua Pengarah bukan sahaja kita sepakat membuat penambahbaikan ini, kita menguar-uarkan penambahbaikan ini supaya mereka menggunakannya.
Sekiranya mereka tidak menggunakannya, umpamanya pembayaran yang boleh di buat di mana-mana kaunter, boleh juga di buat di e-Government. Tidak akan berguna kalau tidak digunakan. Apabila digunakan mereka akan menyedari bahawa begitu mudah sekali boleh berurusan dengan kerajaan. Bukan setakat pembayaran apa-apa permohonan pun dapat. Umpamanya memperbaharui lesen memandu. Kita boleh membuat secara perkhidmatan dalam talian (online). Duduk rumah kita malam-malam, weekend pun kita boleh buat. Jadi saya rasa penambahbaikan seperti ini tidak banyak negara yang dapat melaksanakannya, seperti kita. Tapi kita dah laksanakan. Masalahnya tidak ramai yang menggunakannya. Itu agaknya silap kita di Jabatan-jabatan dan Kementerian. Tidak pandai sangat menceritakan kebaikan-kebaikan. Ia perangai orang kita. Terlalu suka merendah diri. Dicadangkan kepada penjawat awam tak mengapa membesar diri untuk kebaikan.

PERANTARA: Kita maklumkan apa yang sudah dilakukan. Pencapaian-pencapaian kita. Apakah kaedah Tan Sri bagi menilai persepsi umum terhadap kualiti perkhidmatan sektor awam ini? Adakah ada kaedah yang menentukannya?

YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA : Kita ada beberapa rating, MAMPU sendiri pun sebagai contoh telah memulakan sistem star rating. Ada satu komponen dari star rating itu ialah di mana mereka telah menilai maklumbalas daripada pelanggan sesuatu jabatan itu. Begitu juga kita ada star rating untuk Audit Negara bagaimana untuk menilai prestasi jabatan-jabatan dari segi kewangan. Saya percaya dan berharap dengan adanya rating ini akan membuatkan jabatan-jabatan bersaing secara sihat untuk menambah baik lagi prestasi masing-masing.

PERANTARA: Kita mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kerja Raya, satu-satunya Kementerian yang menerima lima bintang di dalam penerapan bidang ini. Tan Sri, tajuk utama kita malam ini ialah KPI dan Integriti sektor awam. KPI merupakan satu elemen yang baru diperkenalkan oleh kepimpinan negara. Bagaimana KPI ini akan diterjemahkan dalam bentuk pengukuran prestasi sektor awam ini?

YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Sebenarnya bagi Ketua-ketua Setiausaha, Ketua-ketua Perkhidmatan dan Ketua Pengarah Jabatan terpilih 38 semuanya. Kita telah memulakannya tahun lalu dari tahun 2008. Oleh yang demikian kita telah mempunyai pengalaman dalam memulakan KPI ini. Kini, berhajat memulakan KPI ini bagi peringkat kedua. Maknanya Timbalan- timbalan KSU, Timbalan-timbalan Ketua Pengarah dan Timbalan-timbalan Ketua Perkhidmatan. KPI ini membolehkan kita fokus bagaimana hendak menambahkan prestasi ini.
Sebenarnya KPI (Key Performance Indicator) adalah indicator prestasi kita. Perkara ini sejak beberapa kali telah diadakan tetapi sebagaimana yang disebutkan oleh YAB Perdana Menteri yang terpenting bagaimana pelanggan kita dan rakyat memandang kepada perkhidmatan yang telah diberikan. Sebagai contoh, guru. Apa KPI guru tersebut? Bagaimana prestasi murid itu dalam peperiksaan? Anak bongsu saya tingkatan lima, jadi prestasi guru tersebut adalah merupakan prestasi anak saya dalam peperiksaan SPM hujung tahun ini. Dalam KPI ini ada peranan guru dan murid-murid itu sendiri. Tetapi kalau guru itu baik saya yakin anak-anak murid akan suka belajar dan mencapai kelulusan yang lebih baik. Sama sebagaimana rating orang terhadap prestasi Tuan Syed.

PERANTARA: Tan Sri, audience malam ini ramai nampaknya.

YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Alhamdulillah saya fikir mereka ingin mendengar apa pandangan kita mengenai penambahbaikan perkhidmatan kita. Itu merupakan petanda baik akan perubahan paradigma di kalangan kita. Sebenarnya apa yang penting adalah diri kita. Kita boleh sebut KPI macam-macam. Dengan KPI kita kata perkembangan ekonomi berapa peratus dan nombor berapa Malaysia berada, nombor 19 atau 18. Itu bagus. Tetapi pada diri kita sendiri adakah kita mempunyai nilai yang baik untuk penambahbaikan? Saya yakin kalau di kalangan 1.2 juta penjawat awam di negara ini, 50 peratus daripada mereka ingin buat yang terbaik, insya-Allah negara kita akan mencapai kemajuan. Begitu juga dengan rakyat negara kita yang 27 juta ini kalau separuh mahu menjadikan negara kita bersaing dengan baik dari segi perkhidmatan dan pengeluaran barangan serta kualiti yang bagus, itulah yang terbaik.
Tuan Syed tadi, ada membangkitkan mengenai kepimpinan yang baru. Saya amat suka apa yang YAB Perdana Menteri lakukan sekarang. Pada Perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri minggu lalu, beliau sampai pada 8.11 pagi. Sepatutnya kita mulakan 8.15 pagi. Beliau tunggu sampai 8.15 pagi dan terus mulakan. Ini adalah satu budaya ketepatan masa “precision society”. Sebenarnya apa yang beliau tegaskan kita hendaklah memulakan dan menghabiskan mesyuarat tepat pada masanya. Pada mereka yang agak lurus bendul, mereka ingat YAB Perdana Menteri kata hanya pada mesyuarat sahaja yang tepat masa, tetapi yang sebenarnya kita perlu menghayati lebih dari itu. Apa yang dimaksudnya YAB Perdana Menteri memulakan dan menghabiskan mesyuarat tepat pada masa. Bila kita jadi masyarakat yang baik, umpamanya seperti negara Germany, Switzerland dan Jepun, kita lihat semua benda adalah terbagus. Kalau Jepun itu bagus semua barangnya bagus. Motokar, jamnya baik sama dengan German. Barangnya dan orangnya baik.
Kalau penjawat awam mempunyai amalan precision ini, memulakan tugas dengan masa yang tepat, maknanya semua tugasan yang ditugaskan untuk memastikan projek-projek pembangunan dimulakan dan dihabiskan tepat pada masa dan pencapaian piawaian yang dikehendaki, itulah hasilnya. Kalau tidak kita lihat umpamanya projek-projek RMK-9 atau projek Pakej Rangsangan Ekonomi, RM7 bilion yang pertama itu dan RM60 bilion yang diberikan pada bulan Mac yang lalu dan juga peruntukan untuk tahun ini berjumlah RM600 bilion. Kalau semua itu dilaksanakan mengikut masa dan jadual, saya rasa ekonomi kita lebih bersemarak lagi. Tetapi saya rasa banyak projek ini tidak dimulakan pada masanya dan kadangkala kita lihat papan tanda habis 2006 tetapi sekarang tahun 2009 masih belum lagi siap. Itulah yang dimaksudkan precision society. Sepatutnya, selaku penjawat awam, apa sekali yang ditugaskan hendaklah mengikut waktu, mengikut tempoh dan kualiti yang sepatutnya diberikan.

PERANTARA: Ini adalah idea pertama yang paling besar pada malam ini iaitu high precision society atau masyarakat berketepatan tinggi. Anda sedang menyaksikan Dialog bersama Ketua Setiausaha Negara yang dibawakan secara langsung dari Auditorium Perdana Angkasapuri. Kita berjeda untuk pusingan ini dan kembali, kami bakal membuka talian seketika nanti.

-LALUAN KEPADA IKLAN-

PERANTARA: Kami mula membuka talian 03-22827653 dan bersemangat nampaknya Tan Sri. Belum sempat saya umumkan ada seorang pemanggil yang menanti. Jadi, kita berikan laluan kepada pemanggil yang pertama. Kita tunggu pemanggil tadi. Anda juga boleh menghantar SMS kan dengan menaipkan Dialog,, berikan Nama, Lokasi dan hantarkan ke 32776. Tan Sri, sebut soal KPI, ada elemen-elemen sifat yang subjektif, perubahan sikap dan bagaimana dengan elemen integriti? Itu juga nampaknya ada elemen subjektif.

YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Integriti adalah satu perkara yang kerajaan berikan kepentingan yang amat tinggi. Saya sendiri sebagai Ketua Setiausaha Negara tidak akan berkompromi sekiranya ada masalah integriti dengan penjawat awam. Sebagai Pengerusi Institut Integrasi Malaysia saya berharap integriti disebatikan oleh semua penjawat awam. Adalah tidak memadai sekiranya kita menjalankan dengan baik, efisien dan berkesan tetapi tidak mempunyai integriti.
Ini tidak ada tempat dalam kerajaan, pada pandangan saya walaupun menjalankan tugas dengan baik tetapi ada masalah dengan integriti seperti dari segi menyalahgunakan kuasa, rasuah dan sebagainya. Integriti, lebih daripada mengambil rasuah atau menyalahgunakan kuasa. Kalau kita melihat integriti dari menyalahgunakan kuasa atau rasuah semata-mata itu adalah satu tafsiran yang sempit. Integriti adalah lebih luas daripada itu. Pada saya integriti bermakna kita hendaklah menjalankan tugas dengan terbaik.
Saya sebutkan tadi mengenai projek-projek RMK-9, Pakej Rangsangan Ekonomi dan kedua-dua pakej tersebut. Seseorang pegawai hendaklah memastikan bahawa projek-projek tersebut dijalankan dengan baik dan mengikut jadualnya tetapi dengan kualiti yang amat baik. Umpamanya projek membuat padang bola untuk anak-anak bermain, kita sepatutnya menyiapkan projek itu dengan modal RM1.7 juta ringgit dalam masa tiga bulan sahaja. Tetapi kita membiarkan kontraktor tidak memulakan kerjanya dan projek tersebut memakan masa tiga tahun untuk siap. Walaupun dalam tempoh tiga tahun, kita telah membayarnya mengikut jadual kemahiran dan pegawai tersebut tidak mengambil rasuah. Bagi saya pegawai tersebut tidak mempunyai integriti. Pokoknya kita hendaklah memastikan seboleh-bolehnya buat kerja dengan cepat, kalau tidak boleh pun ikut jadual sudah cukup

PERANTARA: Encik Suhaili dari Sabah, jauh pemanggil menanti. Helo Encik Suhaili. Ya, Encik Suhaili dari Sabah. Ringkas dan padat. Silakan bersama Ketua Setiausaha Negara.

PEMANGGIL I: Helo, Assalamualaikum.

PERANTARA: Waalaikumsalam, silakan.

PEMANGGIL I: Tentang KPI ini, dalam perubahan bidang politik di Malaysia saya amat bersetuju. Integriti pada kakitangan kerajaan adalah hancur. Saya tidak pernah menyalahkan YB Menteri apabila melaksanakan pencurian dana peruntukan pelbagai peringkat khususnya kaum orang miskin, orang kampung dan kemudahan orang kampung tetapi soalnya pelaksanaan kepada kakitangan pegawai kerajaan yang mengada-ada yang hendak mengambil duit kerajaan sendiri. Saya tidak pernah menyalahkan keadaan menteri-menteri yang bertanggungjawab tetapi pegawai-pegawai kerajaan yang tidak ada integriti.

PERANTARA: Baik Encik Suhaili kita beri peluang kepada Ketua Setiausaha Negara memberikan pandangan balas dan talian masih lagi kami buka 03-22827653. Kita menyediakan ruang bagi persoalan ini untuk menyuarakan Tan Sri dan bagaimana mengumpulkan keresahan-keresahan di peringkat lapangan itu sendiri?

YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Sememangnya YAB Perdana Menteri sekarang dan juga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi selalu menekankan apabila kita mendengar rintihan-rintihan rakyat iaitu pelanggan kita, kita bukan setakat mendengar tetapi hendaklah dilaksanakan sekiranya ia munasabah. Memanglah kalau kita fikirkan semua orang akan merintih macam-macam yang dia hendak tetapi mana yang kita boleh buat kita perlu mendengar dan membuatnya. Sebab apa kementerian yang mendengar cadangan-cadangan daripada pelanggan mereka saya rasa mereka adalah kementerian yang paling baik daripada kementerian yang tertutup. Sebagai contoh MITI. Jangan pula kata mentang-mentang saya pergi MITI.

Ini sebenarnya menjadi budaya mereka untuk mendengar konfrontasi dengan pelanggan mereka, sektor swasta. Bukan sahaja sektor swasta negara kita tetapi swasta luar negara. Apa penambahbaikan yang mereka perlu ada dan dialog mereka secara terbuka tentang sesuatu isu itu, mereka pasti akan berunding. Kementerian Kewangan juga telah menyediakan bajet tahunan mereka. Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pun ada. Jadi maksud saya kita hendaklah mendengar keluhan-keluhan dan rintihan-rintihan tersebut. Saya sendiri menerima banyak e-mel dan surat-surat. Tetapi banyak e-mel mengenai cadangan dan rintihan dari semua masyarakat dari pelbagai kementerian. Bila tidak ada tempat lain hendak dihantar dia hantar pada saya.

Alhamdulillah saya tidak buat sendiri saya cuma hantar e-mel umpamanya kalau orang rungutan pasal susah sangat hendak dapat refund lembaga hasil dalam negeri, Cuma saya forward kan pada Hasmah Abdullah dia tahu dalam masa sehari dia akan jawab. Ada yang merungut p pembayaran tidak dapat, sedangkan kontrak dengan Kementerian Pelajaran sudah habis. Dia hantar pada Tan Sri Zulkarnain, KSU mereka akan buat perkara itu. Jadi itulah keterbukaan yang saya maksudkan tetapi tetap akan ada yang tidak berpuas hati. Umpamanya kalau ada kontrak tidak semestinya kita akan bagi kontrak kepada semua orang. Separuh yang tidak mendapat kontrak itu akan merasa dipinggirkan tetapi asalkan kita menjelaskan kenapa kita beri pada orang tersebut, kenapa dia layak dan sebagainya, itu cukup.

Contoh lain ialah biasiswa. Kita ada 2,000 sahaja biasiswa yang boleh diberi untuk keluar negara setiap tahun. Jadi haruslah akan ada di kalangan orang yang mendapat keputusan yang baik tidak dapat biasiswa tersebut, pasti mereka kecewa. Kalau dia minta juga biasiswa tersebut, mahu pergi juga, macam mana kita hendak beri? Kita ada hak, walaupun kita tambahkan menjadi 4,000 akan ada juga yang tidak dapat. Umpamanya 4,002 biasiswa 2 lagi tidak akan dapat. Jadi pokoknya memang ada orang yang rasa tidak puas hati tetapi kita hendaklah menjelaskan kepada mereka kenapa kita beri 4,000 atau 5,000 ini dan kenapa ada yang tidak dapat dan hendaklah ada keadilan dalam perkara ini yang boleh kita jelaskan.

PERANTARA: Saya rasa kita ada soalan lanjut selepas ini. Tetapi saya difahamkan penonton bersedia dengan soalan. Ada dua soalan yang awal saya berikan laluan kepada dua soalan yang untuk ditangani sebelum kita membuka ruang kepada penonton yang lain. Silakan. Sebutkan nama dan perkenalkan dari agensi mana ringkas dan padat silakan.

PENONTON: Assalamualaikum Tan Sri, saya Azlan Abdul Ghafor daripada Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa ataupun (PEWARIS). Soalan saya Tan Sri, sebagai NGO yang mana kami mewakili akar umbi, PEWARIS mendapati bahawa isu kuasa eksekutif dan juga kuasa menteri ada isu besar terutama dalam kes MRR2 yang telah kami bawa tiga tahun yang lalu. Kami mendapati bahawa ramai kakitangan kerajaan yang keliru dan tidak tahu siapa yang perlu mereka rujuk untuk mendapatkan arahan dan ini termasuklah Ketua Pengarah, KSU dan menteri dan ini di mana silapnya Tan Sri, kita bercakap tentang KPI seharusnya perkara ini peringkat Ketua Pengarah tahu bagaimana untuk mengatasi.

Soalan kedua Tan Sri, bercakap berkenaan isu gaji, sebagaimana yang telah di bawa oleh CUEPACS adalah kenaikan gaji yang setaraf dengan sektor swasta dapat memacu produktiviti dan mencegah rasuah serta membina dan melahirkan penjawat awam yang berintegriti sebagaimana yang Tan Sri maksudkan.

PERANTARA: Terima kasih Encik Azlan, saya memberikan peluang kepada seorang lagi. Silakan. Perkenalkan nama.

PENONTON II: Assalamualaikum. Saya Haji Azmi Abdul Malik dari Kementerian Sumber Manusia. Saya hendak tanya kepada Tan Sri, apakah reward ataupun timbal balas yang akan diberikan kepada penjawat-penjawat awam terutamanya di kalangan pegawai-pegawai rendah yang mencapai KPI yang ditetapkan di tempat kerja masing-masing.

PERANTARA: Itu sahaja Tuan Haji, jadi ada tiga soalan. Pertama soal pihak eksekutif yang tidak memahami ruang litup peranan dan juga tugas. Yang keduanya soal tuntutan daripada CUEPACS yang akan meningkatkan prestasi dan juga mengelakkan daripada ketirisan dan Tuan Haji Azmi bertanyakan tentang reward di kalangan pegawai rendah dan KPI apabila diberi dan bagaimana reward imbuhan yang diberikan.

YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA: YAB Perdana Menteri semasa berucap dalam perhimpunan bulanan bulan ini yang saya sebutkan awal tadi ada menyebut govern di antara pihak kerajaan pentadbiran dan penjawat awam. Adakah benda ini hendak ada Akur Janji di kalangan penjawat awam dan pentadbiran. Maknanya masing-masing tahu apa dia tanggungjawab dalam bidang kuasa masing-masing. Saya percaya kalau kita mengikat diri kita dengan govern ini saya pasti isu yang dibangkitkan oleh saudara Azlan tidak akan timbul.

Kalau saya KSU bak kata KSU, KP kalau tugas saya Principle Advisor, penasihat utama kepada Perdana Menteri apa yang perlu kita laksanakan. Kita perlu profesional dalam perkara itu dan sebagai menteri yang ada govern itu tadi perlulah mendengar nasihat yang betul tetapi kadangkalanya kita sebagai penjawat awam, berani atau tidak tahu memberi nasihat yang baik. Jadi kita tidak bolehlah salahkan menteri sahaja tidak mahu mendengar. Umpamanya kita tidak ada cara yang baik memberi penjelasan apa yang akan terjadi sekiranya nasihat kita yang kita beri secara profesional ini tidak di terima. Tetapi satu lagi yang harus kita faham, penjawat awam ialah sebagai penasihat. Kedua sebagai pelaksana kepada keputusan-keputusan kerajaan atau dasar.

Dasar itu masih lagi tertumpu kepada kerajaan yang membuat dasar. Jadi kita penjawat awam perlulah melaksanakan dasar yang diputuskan oleh kerajaan. Soal tidak faham itu saya rasa tidak timbul. Mengenai gaji tadi, yang dibangkitkan oleh CUEPACS. Ini membawa saya kepada kawan saya Tuan Haji Omar Osman. Tiap-tiap kali jumpa dia hendak minta naik gaji sahaja.

PENONTON: (Mencelah) bukan CUEPACS Tan Sri, tetapi PEWARIS yang bertanya.

YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Memanglah kalau boleh naik gaji dan sebagainya dan kerajaan telah pun memberikan ganjaran kenaikan gaji yang amat besar, dua tahun yang lalu. Omar Osman selalu mengaku agaknya dia tidak pernah dapat tidak boleh mimpi dapat sebanyak itu dan diberikan dalam satu pembayaran pada 1 Julai 2007. Memanglah kita boleh menyebabkan kenaikan gaji ini mula-mula naik kerja lepas itu dia lupa balik. Tetapi kalau kita fikirkan dengan kenaikan gaji dan pendapatan yang lebih besar menyebabkan rasuah itu tidak betul juga.

Kalau demikianlah pandangan kita maka tidak akan ada rasuah-rasuah yang berleluasa di negara-negara maju yang melibatkan gaji sebulan berjuta-juta. Itu pun rasuah juga. Banyak kes di Amerika dan kita pun ada macam itu. Ini maknanya pendapatan yang tinggi itu tidak semestinya mencegah kita daripada melakukan gejala rasuah ini. Orang besar-besar pun, businessman pun buat juga. Jadi pokoknya yang saya sebutkan tadi kita perlu ada benteng integriti kita, kita tidak ada masalah. Ada orang yang dapat gaji RM1,000 sebulan pun dia tidak rasuah. Tetapi ada orang gaji berpuluh ribu ringgit sebulan pun ada rasuah. Jadi kalau begitu senanglah. Kalau naikkan gaji semua orang tidak ada rasuah.

Jadi saya rasa tidak mungkin. Memanglah, kita jangan jadi seperti penjawat awam sampai hendak makan pun tidak cukup. Saya ingat tidak bolehlah begitu. Kerajaan tidak buat kita begitu. Mengenai reward bagi penjawat awam rendah, yang sebenarnya reward nya seperti yang saya sebutkan tadi iaitu kenaikan gaji. Tetapi kenaikan gaji bukan setakat kenaikan gaji semua orang. Kenaikan gaji bagi mereka yang naik pangkat. Siapa yang kita bagi naik pangkat? Jadi mana yang kerja lebih baik yang mencapai KPI yang baik akan dinaikkan pangkat dan gaji. Ini bukan setakat pegawai rendah, malah pegawai tinggi turut sama terrmasuk KSU yang mempunyai reward yang baik.

PERANTARA: Jadi di bawah pengurus yang baik akan mendapat merungkai masalah-masalah yang ditimbulkan tadi. Jadi pusingan yang berikutnya kita akan berjeda seketika sebelum kita kembali dengan lebih banyak soalan termasuk soalan yang dihantar melalui e-mel dan juga Facebook teruskan bersama kami secara langsung dari Auditorium Angkasapuri Kuala Lumpur. Kita jumpa selepas berjeda seketika.

- LALUAN KEPADA IKLAN-

PERANTARA : Anda menyaksikan Dialog dibawakan secara langsung dari Auditorium Perdana Angkasapuri Kuala Lumpur, bersama YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara. Kami membuka talian 03-22827653. Anda juga boleh menghantarkan SMS taipkan Dialog berikan Nama dan hantarkan ke 32776 . Sudah ada banyak soalan yang kita terima menerusi Facebook dan sudah ada pemanggil yang menanti di talian. Kita berikan laluan kepada pemanggil dahulu. Hello siapa di talian? Pemanggil yang berada di talian teruskan dengan soalan ringkas dan padat.

PEMANGGIL III: Helo. Assalamualaikum

Perantara : Waalaikummussalam. En Abdullah Osman. Jelas di sini

Pemanggil III: Abdullah Osman daripada Seremban. Soalan saya, adakah penjawat awam masih mengekalkan penerapan nilai-nilai Islam dan lagi satu pandang ke timur yang satu ketika dahulu diberi keutamaan?

Perantara: Itu sahaja En Abdullah. Terima kasih. Penerapan nilai-nilai Islam dan juga pandang ke timur dan sejurus selepas Tan Sri menangani soalan ini, saya memberikan laluan kepada dua lagi kepada audiens yang berada di dalam Auditorium ini. Baik, Tan Sri. Dua perkara yang pernah diperkenalkan pada sekitar 1980-an penerapan nilai Islam dan Dasar Pandang ke Timur.


YBhg KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Sebenarnya bagi penerapan nilai Islam ini kalau kita kata penjawat awam semua ada nilai Islam apa jadi penjawat awam yang tidak Islam. Pokoknya, kita mestilah bukan setakat penjawat awam sahaja, anak-anak saya yang tidak jadi penjawat awam pun sebagai seorang muslim, saya suruh mereka menerapkan perjalanan Islam. Kalau sembahyang kita sembahyang , jangan sombong, mesti baik dan sebagainya. Jangan rasuah. Sama ada mereka penjawat awam atau tidak kita kena beri. Jadi saya percaya dan sebab itu kita ada Rukun Negara itu. Percaya kepada Tuhan.

Bagi yang bukan Islam, percayalah kepada tuhan mereka. Sebab apa, tidak ada agama dalam dunia suruh orang jadi jahat. Jadi sama ada mereka penjawat awam atau tidak penjawat awam, mereka kena ikut agama mereka. Agama yang baik. Jadi saya tidak mahu orang tanya sama ada masih Islam atau tidak. Kita kena ikut sama ada dahulu atau sekarang. Sama ada penjawat awam atau tidak kena ikut. Sebagai orang Islam kita kena ubah. Tapi bagi yang tidak Islam dia ikut agama mereka.

Soal pandang ke timur itu, apa maksudnya dikatakan pandang ke timur? Saya tahu maksudnya. Tahun 1930-an dahulu saya bertugas di kedutaan Malaysia di Jepun, Tokyo selama lebih tiga tahun. Apa dia yang kita maksudkan dengan ke timur itu? Sebab kita mahu budaya mereka. Apa dia budaya? Satu budaya kerja. RAJIN. Di Jepun, kalau malam-malam kita pergi ke Kementerian Dalam Negeri, mereka masih kerja. Kekuatan dan semangat untuk kerja serta kesetiaan kepada kerajaan kepada negara adalah satu budaya yang baik. Kita masih lagi buat yang sama. Jadi semangat ini tidak luntur.

PERANTARA: Nilai-nilai universal ini disepakati oleh semua dan saya berikan laluan kepada dua lagi yang berada di sini. Silakan. Perkenalkan nama dan institusi dan ringkas dan padat. Silakan.

Penonton II: Assalamualaikum. Saya Faisal Bin Abu daripada Analisis Andalusia saya di Alor Star. Jadi YBhg Tan Sri, langkah kerajaan yang mewujudkan Jabatan Sisa Pepejal pada ketika ini cukup baik. Seperti yang Tan Sri katakan tadi melalui cuci parit, longkang dan sebagainya. Cuma soalan saya kepada Tan Sri, kenapa kita perlu swastakan sisa pepejal dan kebersihan awam sedangkan PBT yang ada sekarang mampu melaksanakan tugas-tugas tersebut. Sekiranya servis yang diberikan oleh konsesi yang telah dilantik tidak dapat mengikut KPI, rakyat akan menuding jari kepada PBT sendiri. Itu sahaja. Terima kasih.

PERANTARA: Terima kasih. Saya boleh bayangkan skop soalan yang perlu Tan Sri tangani. Ini pelbagai. Kita berikan satu lagi laluan kepada penonton di dalam Auditorium. Silakan. Perkenalkan nama dan institusi.

Penonton III : Assalamualaikum Tan Sri. Saya Ajis Muda daripada CEUPACS. Tan Sri kita nak bincang tentang naik gaji. Kita bersetuju dengan ……(dicelah)

Perantara: Minta boleh. Diluluskan belum tentu.

Penonton IV: YBhg Tan Sri berhubung dengan objektif dan strategi kerajaan bagi mencapai KPI anggota sektor awam dan negara. Dalam aspek ini, kita melihat 1.2 juta orang kakitangan adalah suatu keluarga besar bagi kerajaan yang akan menjadi penjana dan pelaksana apa jua dasar yang diputuskan oleh kerajaan. Kita bercakap soal bagaimana pelanggan ataupun orang ramai menilai kepuasan pekerja dan juga prestasi yang telah dihasilkan oleh sektor awam dalam hal ini. Tan Sri, kita melihat ada dua.

Yang pertama kita melihat analisa bagaimana pelanggan kita berpuas hati satu. Kalau pelanggan tidak berpuas hati bermakna anggota sektor awam tidak memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Yang kedua, bagaimana kita hendak melihat analisa kepuasan anggota sektor awam yang barangkali ini merupakan satu daripada perkara yang menyebabkan KPI itu tidak boleh dicapai.

Yang ketiga, kita melihat bagaimana kerenah birokrasi yang ada dalam agensi kita sendiri yang perlu ditangani bagi memulihkan pencapaian yang dihasratkan ini dapat dicapai, apatah lagi hendak mencapai angka sepuluh yang terbaik dalam dunia. Itu sahaja Tan Sri.

Perantara: Terima kasih saudara. Itu dia tiga soalan daripada dua penanya. Silakan Tan Sri.

YBHG KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Ya, biar saya jawab yang terkemudian dahulu. Dari segi kita penjawat awam, seperti yang saya sebutkan tadi,bahawa kita juga merupakan pelanggan dan rakyat negara ini. Kalau satu keluarga itu ada empat orang bayangkan empat kali satu dan dua juta, ramai itu. Kita pun merupakan pelanggan Umpamanya Jabatan Bahagian Pinjaman Perumahan, Tan Sri Wan dengar ini. Yang pelanggan Bahagian Pinjaman Perumahan itu kesemuanya adalah penjawat awam atau bekas penjawat awam. Kenalah pastikan bahawa mereka melaksanakan kerja-kerja mengenai pinjaman perumahan ini dengan baik. Sebab apa, saya dapat surat. Memang ramai yang puji sekarang inilah. Tapi ada juga sekali-sekali dapat daripada kalangan penjawat awam sendiri yang sepatutnya Bahagian Pinjaman Perumahan boleh menambahbaik lagi. Mereka melaksanakan tanggungjawab mereka supaya hendaklah dipastikan bahawa pinjaman itu diberikan, bayaran itu dibuat dengan cepat kepada pemaju, paling tidak diberikan interest kepada peminjam.

Jabatan Perkhidmatan Awam, dari segi kenaikan pangkat bahagian perkhidmatan atau bahagian pencen guru. Guru nak pindah. Jumlah guru ini ramai. 380,000. Yang jaga perpindahan mereka ini kita juga. Jadi saya menggalakkan masing-masing mencadangkan kepada jabatan yang lain mengenai penambahbaikan yang kita sebagai penjawat awam boleh lakukan.

Kadang kala kita pergi, ini orang lama, fesyen lama, saya sudah cakap boleh buat pembaharuan lesen memandu itu boleh buat online. Tak ada. Dia hendak juga pergi ke JPJ. Tak apalah dia pergi ke JPJ, kita sebagai pelayan pelanggan di JPJ ini, penjawat awam, tapi sebagai pelanggan di JPJ pergi mesti hendak dia buat bagus. Macam manalah kita beri cadangan untuk JPJ penambahbaikan. Jadi itu saya amat gembira sekali. Di kalangan kita. Amat terbuka sekali. Tidak ada rungutan cadangan. MAMPU umpamanya memberi banyak cadangan bagaimana jabatan lain boleh menambahbaikkan lagi perkhidmatan kita. Mengenai soalan pertama dan soalan kedua itu tadi apa itu.

PERANTARA: Bagaimana kita memastikan kepuasan penjawat awam itu pula yang kemudian akan memberikan……(mencelah)


YBHG KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Kalau kita sendiri penjawat awam, kita sendiri suka dengan ikhlasnya kepada penghujung hari seumpamanya malam, sebelum tidur kita fikir bagaimana kita kerja tadi. Adakah kita sendiri berpuas hati dengan perkhidmatan yang kita berikan. Jangan asyik fikir kenaikan gaji. Tapi gaji itu sudah mesti dah. Tapi yang gaji kita terima itu dengan perkhidmatan yang kita beri itu, adakah setimpal dengan kerja yang kita laksanakan. Saya bersyukur kepada Allah ramai di kalangan kita telah memikirkan. Tapi ada di kalangan kita memikirkan yang kerja tidak sebanyak yang diharapkan. Kita patutnya tanya.

Ini soal yang kita kata multi skill tidak ada lagi seumpamanya kita tidak ikut skill kerja dia. Yang di bawah kita itu menjalankan tugas sebagaimana yang di arahkan. Kalau sudah tidak ada kerja biasa, kita tanyalah. Kita tambah pengetahuan hendak menambahbaikkan kerja. Jadi amalkan. Saya yakin, tidak semua kita tiap-tiap hari sibuk. Bila kita tidak ada sibuk dengan kerja kita, bolehlah kita tanya kawan kita bagaimana hendak menambahbaikkan untuk jabatan. Inilah yang amat penting.

Berkenaan alam sekitar itu tadi, pasal sistem pepejal. Saya tidak mahu menjawab lebih luas daripada itu. Sebab saudara yang menanya tadi, sedangkan PBT boleh melaksanakan kerja tersebut dengan baik. Termasuklah SNR itu. Memanglah cakap macam itu, tetapi kerajaan telah memutuskan bagi sesuatu itu, kita outsource kan. Memang banyak yang kita telah outsource. Sisa pepejal ini tinggi sangat. Kita outsource kan kepada orang bagi membersihkan pejabat kita. Tandas umpamanya. Kita memastikan bahawa mereka menjalankannya dengan baik. Kita tidak payah lagi ada sepuluh orang di pejabat kita. Kita ada seorang sahaja untuk menangani mereka. Jadi kalau mereka tidak cuci bilik air, kita cakap kenapa tidak cuci. Sapu sampah, kenapa tidak bersih. Sama juga dengan PBT.

Mereka telah memberikan kerja tersebut outsource kepada pihak-pihak tertentu. Sampah, longkang, rumput seumpamanya, jadi kita jadi mandur. Memang mereka tidak buat kerja itu, tak usah buat pembayaran ataupun kita ambil orang lain untuk buatkan kerja itu kita charge on mereka. Tapi masalah kita ini, kita tidak ada enforcement. Penguatkuasaan. Itu sebenarnya masalah kita. Banyak benda-benda tidak ada pengaturan. Umpamanya parking. Kalau salah parking, kita denda. Bawa laju kita denda. Tak ada. Time dia bawa laju bagi tiket, kita tak buat apa. Jadi orang akan fikir tidak ada apa. Di Malaysia ini duit itu tidak akan melepas sekat. Mereka tidak akan melaksanakannya. Umpamanya kalau pemandu dekat negara jiran dekat negara dia, he won’t speed limit. Dia tidak buang sampah merata-rata. Bila dia masuk negara kita dia bawa punya lajunya, buang sampah merata-rata. Apa dia kata, negara Malaysia ini , dia tidak akan menguatkuasakan.

Saya mencadangkan supaya kita menguatkuasakan semua perundangan. Tanpa memilih apa pun. Bila konsep menguatkuasakan ini dibudayakan di kalangan kita penjawat awam, tanpa niat menganiaya sesiapapun dan bila masyarakat kita menerima ini sebagai satu hakikat, dan orang akan lebih mengikutinya. Umpamanya kalau kontraktor itu tidak siap kerjanya dengan tepat pada masanya kita ambil tindakan. Tak usah bagi extra time. Bila dia tidak siap juga kita bagi LED (Leculatent Extention Damage.) Dia tidak bayar juga kita black list dia. Tapi hangat-hangat tahi ayam. Kata black list dia, tapi projek lain dapat juga. Tak boleh. Kita tidak boleh membuat sedemikian. Kita kena enforce dia.

Saya sekarang telah buat peraturan di Cyberjaya. Parking tak betul sahaja kita clam. Tapi, untuk satu bulan tahun lepas, bulan Disember 2008 kita ada masa itu balai run. Siapa park tidak betul kita tulis 1 Januari 2009 ikut masalah, ikut peraturan tidak akan di clam. Dan sekarang ini kalau saya pergi ke Cyberjaya mereka ikut peraturan. Adalah sekali skala yang tidak ikut. Tapi mereka bayar. Ada yang budak-budak sekolah ini, universiti dekat situ, mereka punya motokar, dia kena clam, masuk balai dan mereka pun kata susahlah saya pelajar. Dah tahu pelajar tak ada duit park tak betul itu buat apa. Buat lah ikut peraturan. Dan kita sambung dengan kontraktor. Dah tahu dah tak boleh siap dengan banyak, janganlah menambah. Saya fikirlah budaya yang kita mesti menepati janji. Itu integriti namanya.

Perantara: Banyak sekali soalan yang diberikan dan saya boleh gambarkan kalau sempat kita himpunkan soalan yang dibawakan daripada Facebook sebagai contoh Tan Sri ya, secara peribadi testimoni daripada saya sendiri melihat bagaimana Tan Sri mengamalkan email kecepatan dan kesan daripada pengalaman peribadi saya dapat menyelesaikan masalah yang tertunda selama enam bulan apabila menghantar email kepada Tan Sri dengan satu jabatan yang tidak perlu saya namakan, tetapi Mohd Syakmi Abdullah daripada FOMCA bertanyakan soalan, selain daripada email Tan Sri, mengapakah tidak juga di perkuatkuasakan kepada Ketua Setiausaha yang lain supaya ini akan memudahkan lagi jadi tidak semuanya portal net di pejabat KSN semata-mata. Mungkin komen Tan Sri.


YBHG KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Ini saya suka dan memang salah satu KPI mereka. Selain daripada email ini, yang saya telah bersama dengan rakan-rakan saya KSU, Ketua Pengarah Jabatan telah bersetuju supaya kita upload dalam website agensi masing-masing mengenai piagam pelanggan kita. Apa dia piagam pelanggan kita. Umpamanya kalau kita hendak meluluskan sesuatu benda dalam masa tiga hari dan selain daripada piagam pelanggan ini juga kita paparkan di website masing-masing, hendaklah juga diberikan satu prestasi untuk satu tempoh sebelum itu. Umpamanya sekarang saya buat untuk pejabat kerajaan, pembayaran. Saya nyatakan bahawa di Jabatan Perdana Menteri pembayaran hendaklah dibuat dalam masa 14 hari dan sekiranya pembayaran tidak dibuat dalam masa 14 hari saya guarantee akan dibuat dalam masa 24 jam dan saya berikan makluman mengenai pembayaran yang telah dibuat dalam bulan yang lalu.

Umpamanya dalam 400 juta, 500 juta itu 97 peratus dibuat dalam masa tujuh hari. Hampir 1peratus, 99 peratus dibuat dalam masa 14 hari. Jadi kalau ada mereka kata ini pembohongan, ini sama juga dengan piagam-piagam yang lain. Umpamanya MATRADE kata dia akan memberikan bantuan dalam masa 30 hari dan dia sebutkan bilangan yang telah dibuat dalam masa satu minggu yang lepas dan ada orang yang tidak setuju akan challenge dia. Jadi ada keterbukaan. Jadi semua KSU telah bersetuju mereka akan upload dalam website masing-masing semua kementerian akan prestasi mereka dari segi menepati piagam pelanggan mereka.

Ini adalah cara pembaharuan yang saya harap rakyat akan, rakyat Malaysia masuk kategori penjawat awam akan menggunakan ini untuk memastikan kita mendapat perkhidmatan yang terbaik. Mengenai email itu, memanglah saya sendiri pun kalau saya hantar email dekat sesiapa saya tapi Alhamdulillah, seperti yang saya sebutkan tadi saya tetap buat. Saya percaya, saya empower KSU-KSU, Ketua Pengarah untuk melaksanakan yang terbaik. Jadi kalau saya hantar apa-apa by email Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri baik mana sekali pun saya tak tahu apa-apa. Orang hantar kepada saya, saya cakap forward sahaja. Itu adalah paradigma yang kita perlu tukar. Maknanya sekarang tidak perlu ada orang tengah. Sesiapa sahaja rakyat tulis satu, dia expect jawapan dan harus jawab. Kalau tidak. Inilah apa yang Perdana Menteri mahu dan kita beranjak kepada perkara-perkara sedemikian.

PERANTARA: Satu minit berbaki Tan Sri mungkin mengambil masa setahun lagi bagi saya untuk bersama lagi. Mesej untuk Tan Sri berikan kepada 1.2 juta penjawat awam dan 26 juta stakeholders yang lain. Apa yang ingin dikongsikan.

YBHG KETUA SETIAUSAHA NEGARA: Saya berharap kita semua rakyat Malaysia perlu bekerjasama bukan sahaja 1.2 juta kali empat. Tapi kesemua kita hendaklah bekerjasama untuk memastikan negara kita menjadi maju dan terkenal. Menjadi negara yang ada budaya ketepatan. Sebab kalau kita mengharapkan semua kepada penjawat awam tidak mungkin. Kita telah membuat banyak penambahbaikan dan sekiranya ini tidak dibuat sama dengan rakyat biasa macam yang saya sebutkan tadi, PBT boleh cuci longkang, cuci sampah, kalau rakyat biasa baling sampah tak akan ada gunanya. Kita perlu ada kerjasama dan kerjasama untuk sama-sama untuk meningkatkan kecemerlangan kita.

Perantara: Tan Sri, satu jam yang berlalu banyak yang kita bual bicarakan dan banyak lagi yang boleh kita kumpulkan. Dalam kesempatan ini, saya melihat jawapan daripada Tan Sri kepada pembawaan budaya kerja cemerlang ini bukan sahaja semata-mata datangnya daripada golongan penjawat awam tetapi memerlukan sokongan budaya.

Jadi bercakap soal pembudayaan, ia merupakan satu proses. Mudah-mudahan dengan semangat yang diberikan Tan Sri kekuatan kita doakan akan terus memperkasakan sektor awam di negara kita. Terima kasih Tan Sri. Mudah-mudahan tidak perlu tunggu setahun untuk kita bersama lagi dan menangani soalan-soalan daripada kalangan penjawat awam dan juga rakyat seluruhnya. Terima kasih kepada Tan Sri, dan semua yang hadir. Terima kasih kepada pemanggil, pengirim SMS dan juga email di persada Facebook kita berjumpa lagi dalam Dialog@1 untuk sesi yang akan datang. Assalamualaikum dan Salam muhibah.

Khamis, 14 Mei 2009

Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009

14 Mei 2009, bertempat di PICC telah diadakan Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009 yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Tema pada kali ini ialah "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Perdana Menteri memulakan dengan perkataan arab Ar-Raat dan Al-Baiah yang bermaksud taat dan janji setia. Perlua ada ketaatan dan janji setia diantara pemimpin dan yang dipimpin. Lonjakan berganda juga turut disentuh oleh Perdana Menteri dimana beliau menyarankan bahawa untuk mencapai hasrat ini perlu ada transformasi ekonomi iaitu ekonomi berteraskan industri diganti dengan ekonomi berteraskan pengetahuan dan inovasi. Contohnya ialah satu pencapaian oleh Sime Darby iaitu Science Breakthrough yang mengentengahkan DNA pokok kelapa sawit sequence seed dimana ianya boleh mengelurkan buah yang besar walaupun pokoynya kecil. Dengan ini ia akan dapat meningkatkan pendapatan negara. Ulangan kata-kata Presiden CUEPACS juga disebut oleh Perdana Menteri iaitu "Kebajikan Pekerja Dijaga dan Produktiviti Ditingkatkan". Kita perlu merasai nadi rakyat supaya kita boleh perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Walk About juga disentuh oleh Perdana Menteri dimana beliu telah melakukan Walk About untuk mengetahui keadaan di lapangan. Terbaru beliau melawat Pudu Raya dan beliau mengatakan bahawa keadaan Pudu Raya yang dapat dirasai debu dan persekitaran yang tidak berapa baik. Perubahan terhadapa Pudu Raya akan dilakukan dalam masa jangka pendek dan panjang. Perdana Menteri mahu dikenali sebagai People Prime Minister. Perdana Menteri juga melahirkan supaya oarang luar melihat Malaysia sebagai satu negara yang berjaya dan hebat. Sehubungan dengan itu, beliau mengatakan bahawa contact point adalah amat penting sekali seperti Pegawai Imigresen dengan menunjukkan muka manis dan belajar Bahasa Inggeris untuk menegur orang yang datang ke Malaysia sekurang-kurangnya menyebut "Welcome To Malaysia" dengan muka yang manis. Contact Point yang kedua yang perlu diberi penekanan ialah tandas. Berlaku peristiwa dimana Imigresen telah dipuji kerana dapat menyediakan passport dalam masa sejam tetapi dikritik kerana tandasnya kotor. Perdana Menteri juga menyarankan supaya kita mengamalkan "Precision Culture (Budaya Ketepatan)". Beliau juga mahu kehebatan pentadbiran Kerajaan Putrajaya sebagai show case. First Class Mentality yang disebut oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini harus dihayati. More" Business Light" juga harus diberi penekanan dan "Outcome " mesti diutamakan daripada Output". Perjumpaan diantara Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan beberapa Menteri dengan World Bank telah dibuat dan World Bank mengatakan bahawa "perbelanjaan negara kita banyak kepada fizikal berbanding dengan human capital development". Kita mesti mengambil kira mengenai "value for money" dimana perbelanjaan itu mesti berbaloi dengan projek yang dilaksanakan. Contohnya berlaku bangunan yang sudah siap tidak dapat dibekalkan dengan kelengkapan kerana tidak cukup duit. Perlu ada anjakan paradigma disegi pemikiran kita. Perdana Menteri juga telah mengumumkan kakitangan yang berkidmat 15 tahun atau lebih dipertimbangkan ke kenaikan pangkat yang lebih tinggi (khas Untuk Penyandang). Pemgumuman baik ini juga dibuat untuk Pembantu Tadbir dan JAGA.

Rabu, 22 April 2009

Pelantikan, pertukaran pegawai kementerian

KUALA LUMPUR 21 April - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan hari ini mengumumkan pelantikan dan pertukaran 13 pegawai perkhidmatan awam dari kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi menjawat jawatan kanan dalam perkhidmatan awam berkuat kuasa esok.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, pelantikan dan pertukaran itu adalah berikutan penstrukturan semula fungsi-fungsi agensi dan bahagian di beberapa kementerian dan susulan kepada susunan baru Kabinet seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 9 April lepas.
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Dr. Halim Man, 54, dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George a/l M.S. George, 57, pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya menggantikan Datuk Seri Dr. Abdul Munit Kasmin yang bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam.
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Kewangan Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Segarajah Ratnalingam pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, menggantikan Thomas George.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi - STI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datin Madinah Mohamad, 53, pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sains, Teknologi dan Inovasi menggantikan Datuk Abdul Hanan Alang Endut yang bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam.
Setiausaha Bahagian (Kanan) Bahagian Perancangan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Paduka Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, 53, dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar STI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menggantikan Madinah.
Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation and Advancement, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ali Hamsa, 54, dilantik sebagai Ketua Pengarah, Unit Penswastaan dan Private Finance Initiative (PFI), Jabatan Perdana Menteri.
Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Dr. Muzahet Masruri, 57, pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Program National Transformation and Advancement, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri menggantikan Dr. Ali.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Mohammed Mohd. Daud, 56, dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Timbalan Ketua Setiausaha (Warisan), Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Dr. Azmal Mohd. Nasir, 55, pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Penerangan, Datuk Dr. Rothiah Omar, 53, dilantik sebagai Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pengurusan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. - BERNAMA

Rabu, 8 April 2009

Malaysia opposition wins special polls

BUKIT GANTANG, Malaysia - Malaysia's opposition won two of three by-elections held Tuesday, dealing a blow to Prime Minister Najib Razak who took power last week with pledges to carry out wide-ranging government and social reforms.
The results do not change the balance of power at federal or state level but serve as an unofficial referendum on Najib's popularity. The ruling National Front coalition downplayed the loss, saying Najib was yet to make his mark.
"The feel-good factor from the power transition is still too new and has not sunk in," Najib's right-hand man, Muhyiddin Yasin, told reporters while conceding defeat.
"I am confident that when the new leadership begin their duties, and when reforms are implemented, it will convince the people," said Muhyiddin, who is expected to be appointed deputy prime minister in the new Cabinet.
Najib is likely to announce his Cabinet either on Wednesday or Thursday.
Tuesday's elections were held to fill a seat in Parliament from the Bukit Gantang constituency in the northern Perak state, and a seat each in the state parliaments of the northern Kedah state and Sarawak on Borneo island. The by-elections were to fill vacancies caused by two deaths and one resignation.
The National Front won the Sarawak race, but lost the other two. Bukit Gantang was won by Mohammad Jamaluddin Nizar of the Pan-Malaysian Islamic Party, while Bukit Selambau was won by S. Manikumar of the People's Justice Party.
The two parties are partners in the People's Alliance coalition led by opposition leader Anwar Ibrahim.
"Irrespective of the new PM, Malaysians still want change," Anwar told reporters. "They (voters) are even stronger in their support" for the opposition than in the last elections, he said, referring to the increased margin of victories this time.
The People's Alliance had shocked the National Front in the March 8, 2008, general elections, depriving it of a two-thirds majority for the first time in 40 years. With Tuesday's result, the National Front will remain with 138 seats in the 222-member Parliament, while the People's Alliance will have 81 seats. Three other members are independents.
Najib was chosen to lead the ruling party after it booted out former Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, blaming him for the election losses. Najib has promised to restore the party's popularity, fix the recession-hit economy and heal widening racial divisions in this multiethnic country, comprising the Malay Muslim majority and ethnic Chinese and Indian minorities.
The minorities complain of discrimination by the Malay-dominated government in jobs, education and religious rights. Also, most Malaysians, irrespective of race, are also angry at government corruption.
Ramon Navaratnam, chairman of the Center of Public Policy Studies think tank in Kuala Lumpur, said the results showed voters were as dissatisfied with the government as they were last year.
"If March 8 had not given (the National Front) a sufficiently strong wake up call, they better take heed of this shrill alarm call this time," said Navaratnam. "If they don't, they will have to sleep through until the next election shocks them out of complacency," he said.
The National Front's defeat in Perak state was expected. The coalition earned massive ill-will after it brought down the People's Alliance government in Perak state earlier this year through defections.
Perak was one of the five states the alliance won in the March 2008 elections.

Khamis, 5 Mac 2009

Penggulungan Perbahasan Titah Diraja KKLW

4 Mac 2009, jam 6.30 petang Datuk Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mempersilakan KKLW membuat penggulungan keatas Perhasan Bajet Titah Diraja, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas Tahun 2009. Penggulungan kali ini dibuat oleh Datuk Joseph Entulu anak Beluan, Timbalan Menteri KKLW disebabkan YB Menteri ada program Dialog@1 di RTM 1. YB Timbalan Menteri dapat menggulung dengan baik dan saya ucapkan tahniah kepada beliau. Beberapa Ahli Parlimen bangkit bertanyakan soalan semasa penggulunggan tersebut. Antaranya ialah MP Sri Gading yang penuh emosi dengan mengatakan "ada akalkah orang yang buat perancangan untuk pelaksanaan infrastruktur seluruh luar bandar sehingga 2016". Timbalan Menteri menjawab dengan baik sekali dimana pelaksanaan ini adalah memerlukan perbelanjaan yang besar dan perlu dilaksanakan secara berperingkat. Kalau peruntukan belanjawan Malaysia lebih kurang 200 billion setahun, bagaimana mungkin untuk kita melaksanakan pembangunan infrastruktur luar bandar itu secara cepat. Kekadang Ahli Parlimen membangkitkan sesuatu perkara hanya untuk populariti sahaja. Seterusnya MP Rompin dan MP Lembah Pantai membangkitkan persoalan mengenai masyarakat Orang Asli, MP Rantau Panjang membangkitkan soalan mengenai keadilan pelaksanaan projek luar bandar di bawah JPP. Penggulungan tamat pada jam 7.30 malam.

Rabu, 7 Januari 2009

Jubli Emas Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

Tahun 2009 genaplah 50 tahun usia Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah dalam menerajui pembangunan luar bandar di negara kita. Pembangunan itu sama ada dari segi pembangunan modal insan ataupun infrastruktur. Sejak negara kita merdeka daripada penjajah Inggeris yang merupakan makhluk perosak itu, sudah banyak perancangan yang menjadi kenyataan dalam membangunkan masyarakat luar bandar. Dulu, kita dapati tiada jalan raya di kampung-kampung atau bekalan air bersih. Namun sekarang ini jalan raya sudah merata di negara kita dan rakyatnya dapat menikmati bekalan air bersih. Sambutan ini memberi makna yang cukup besar kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah kerana penerusan perjuangannya dalam membela masyarakat luar bandar. Umur 50 tahun itu sudah mematangkan Kementerian ini dalam mengorak langkah demi masyarakat luar bandar khususnya penduduk yang miskin dan miskin tegar. Apa yang kita mahu ialah semua masyarakat sama-sama bergandingan dalam mempastikan masyarakat luar bandar gah seperti masyarakat bandar, bahkan lebih daripada itu lagi. Keinginan Kementerian juga untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam negara. Sambutan ini akan diadakan di Padang MPK, Kuantan, Pahang pada 16 hingga 18 Februari 2009.