Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato` Seri Nazri Aziz mengusulkan supaya sidang Dewab Rakyat dilanjutkan sehingga pukul 9.30 malam dan ini disokong oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW), Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Jarang sekali Perbahasan Bajet 2009 di Peringkat Jawatankuasa dilanjutkan sehinggan malam. Justeru itu, terpaksalah semua petugas parlimen Kementerian dan Jabatan serta Agensi Kerajaan menunggu sehingga malam. Saya secara peribadi memuji ketabahan dan kesungguhan pegawai-pegawai Kerajaan ini. Malam itu juga giliran Kementerian Kerja Raya menggulung tetapi Menterinya ke Sabah yang menyebabkan penggulungan itu dibuat oleh Timbalan Menteri. Alangkah letihnya mendengarnya penggulungan Timbalan Menteri itu yang semacam tidak bertenaga dan tidak jelas. Ahli Parlimen Batu Gajah telah mengambil peluang ini untuk membelasah dan mempersoalkan jawapan Timbalan Menteri tersebut. Pada pandangan saya, sepatutnya Menteri Kerja Raya sendiri yang menggulung perbahasan tersebut, bukan ditugaskan kepada Timbalan Menterinya.
Selasa, 25 November 2008
Selasa, 18 November 2008
Penggulungan Bajet 2009 Di Peringkat Jawatankuasa
Berhari-hari kami menunggu giliran Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah bagi sesi penggulungan Kementerian di peringkat jawatankuasa. Sebelum ini di peringkat dasar dimana kami telah melalui dengan baik sekali. Perbahasan Ahli-Ahli Parlimen saya ikuti dengan sebaiknya. Pertamanya saya melihat ahli-ahli parlimen bukan melayu khususnya daripada kaum cina, mereka harus memperbaiki penguasaan bahasa malaysia mereka. Tidak salah bagi mereka jikalau mengambil kelas tambahan untuk belajar Bahasa Malaysia. Yang keduanya pertanyaan-pertanyaan daripada ahli parlimen, ada dikalangan mereka itu tidak study dahulu sebelum mengemukakan soalan, contohnya Yang Berhormat Kuala Krai yang meminta supaya Kementerian Kemajuan Luar Dan Wilayah memasukkan seorang wakil Kerajaan Negeri Kelantan dalam ahli lembaga KESEDAR sedangkan dah ada wakil Kerajaan Negeri kelantan dalam KESEDAR. Walaubagaimanapun, ada juga cadangan dan saranan ahli-ahli Yang Berhormat yang boleh diambil perkiraan. Y.B. Menteri Kemajuan Luar Bandar telah menyampaikan dengan baik penggulungan di Peringkat Jawatankuasa ini.
PELAN INTEGRITI NASIONAL
LATAR BELAKANG PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)
Menyedari tentang pentingnya integriti di kalangan masyarakat, Kerajaan telah menyediakan dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pelan ini dibangunkan dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Pelan seumpama ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak konsisten dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor.
Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.
PIN yang dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, adalah selaras dengan cabaran ke empat Wawasan 2020 iaitu untuk “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”. Objektif khusus PIN adalah;
1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnyacabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
Untuk melaksanakan PIN, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah ditubuhkan dengan peranan utamanya untuk mengkoordinasikan dan memantau pelaksanaan PIN. IIM telah didaftarkan sebagai sebuah badan bebas berstatus syarikat jaminan kerajaan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 4 Mac 2005. Penubuhan IIM ini telah diumumkan kepada masyarakat pada 23 April 2004 bersempena dengan pelancaran PIN. IIM dikawal oleh sebuah Lembaga Pengarah yang
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan dianggotai oleh beberapa orang tokoh yang berwibawa dalam bidang masing-masing.
Gerakan pemantapan integriti semua lapisan masyarakat berdasarkan PIN dan dikoordinasikan pelaksanaannya oleh IIM diharapkan akan menjadi inspirasi dan kekuatan bagi membina Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
TEKAD 2008
Kearah pemantapan integriti supaya berjalan lancar dan mencapai matlamatnya, maka Pelan Integriti Nasional (PIN) telah menyusun dan menetapkan sasarannya yang dikenali sebagai TEKAD 2008 untuk dicapai dalam tempoh lima tahun pertamanya (2004-2008). Terdapat lima sasaran yang digariskan melalui TEKAD 2008, iaitu;
Sasaran pertama, mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan. Bagi tujuan pemantauan dan penanda aras sasaran ini akan mengguna pakai tanda aras antarabangsa dan juga dalam negeri. Tanda aras antarabangsa yang digunakan dalam menilai tahap rasuah ialah kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International. Indeks kejayaan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam
menyiasat dan jumlah kes yang diselesaikan turut digunakan sebagai penanda aras pencapaian sasaranan pertama ini.
Sasaran ke-2, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi. Bagi agensi yang berada dibawah kawal selia sektor kerajaan, indeks persepsi awam digunakan sebagai penanda aras. Dalam sasaran kedua ini yang perlu dicapai ialah skor mata supaya berada dibawah paras 2.5 mata yang mana skor 1 adalah yang terbaik dan skor 5 yang terburuk. Agensi kerajaan yang lain seperti Biro Pengaduan Awam
(BPA), BPR dan Ketua Audit Negara digunakan untuk melihat bilangan aduan dan maklum balas masyarakat umum.
Aduan yang dibuat menerusi jabatan atau agensi kerajaan serta saluran aduan lainnya yang boleh dijadikan sumber maklumat menilai tahap perkhidmatan. Sekiranya sesuai tanda aras antarabangsa dan dalam negeri akan diambil kira untuk mengukur kecekapan pentadbiran kerajaan.
Sasaran ke-3 ialah meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan. Sebagai petunjuk meningkatnya tadbir urus korporat dan etika perniagaan ialah peningkatan jumlah syarikat korporat yang mematuhi syarat-syarat penyenaraian di Malaysia Securities Exchange Berhad (MSEB). Kes-kes penipuan korporat juga berkurangan dan bertambahnya bilangan syarikat-syarikat yang menerima pakai Rukuniaga Malaysia dalam urusan perniagaan mereka juga akan dinilai bagi mengukur pencapaian yang disasarkan. Prestasi pencapaian sasaran ke-3 ini turut melihat peningkatan tender yang dilakukan secara telus dan merosotnya tender yang dibuat secara langsung. Berkurangnya kes pelanggaran terhadap Akta perlindungan Pengguna 1999 akan membuktikan tadbir urus korporat dan etika perniagaan bertambah baik dan
diamalkan secara berterusan.
Sasaran yang ke-4 ialah memantapkan institusi keluarga. Sasaran ini memberikan penekanan untuk melahirkan keluarga yang mempunyai daya tahan yang kukuh dan kehidupan keluarga yang sejahtera dan bahagia. Pengurangan kadar perceraian, pengurangan konflik keluarga seperti isu perebut harta dan hak penjagaan anak-anak dan pengurangan kadar keganasan rumahtangga adalah menjadi petunjuk kepada pencapaian sasaran ini. Selain dari itu peningkatan bantuan kepada keluarga ibu dan bapa tunggal turut berperanan bebagai penanda aras. Kadar pengabaian warga tua dan kadar penderaan serta pengabaian kanak-kanak perlu berkurangan dalam masyarakat dan ini juga akan digunakan untuk menentukan pencapaian sasaran yang ke-4 ini.
Sasaran terakhir, yang ke-5 ialah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Pengurangan kadar jenayah dalam masyarakat diambil sebagai petunjuk kepada tahap kehidupan masyarakat yang lebih selamat. Jenayah yang dimaksudkan termasuklah jenayah berat, jenayah seks dan harta benda. Kadar gejala sosial seperti penagihan dadah, perlakuan seks rambang dan bebas yang menjadi punca HIV dan AIDS serta pasangan yang bersekedudukan. Pengurangan kadar ini diambil sebagai petunjuk kepada kehidupan masyarakat yang lebih sihat daan bermoral. Kes kemalangan jalanraya yang berkurangan juga mencerminkan meningkatnya etika pemanduan dan ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang lalulintas. Keberkesanan pendidikan sivik dikalangan pelajar dan tahap disiplin pelajar
yang meningkat serta berkurangnya salah laku pelajar juga akan dinilai untuk menunjukkan bahawa masyarakat telah mencapai keselesaan hidup yang terbaik. Kurangnya kes pencemaran alam sekitar akan memperlihatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya pembangunan yang seimbang.
Hakikatnya semua sasaran yang hendak dicapai ini sukar untuk diukur dan ianya lebih bersifat sebjektif, tetapi anggota masyarakat dapat menilai berdasarkan pemerhatian dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun penanda aras yang digunakan akan dapat memberikan gambaran tahap pencapaian sasaran TEKAD 2008.
GERAKAN PEMANTAPAN INTEGRITI
Gerakan pemantapan integriti adalah satu gerakan menyeluruh dan berterusan yang dipandukan oleh prinsip dan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN). Pendekatan umum PIN ialah menggerakkan semua komponen dan sektor negara dan masyarakat supaya mendukung dan menghayati objektif dan matlamat PIN serta bekerjasama dan berkoordinasi di antara satu sama lain untuk mencapai cita-citanya. Pendekatan ini melibatkan penjalinan kekuatan pelbagai komponen dari bawah' yang bekerjasama sesama sendiri serta penggemblengan kekuatan tersebut dengan 'pihak atas' untuk tujuan meningkatkan integriti. Di antara pelbagai komponen itu terdapat timbal balas yang berterusan. Sementara 'pihak atas' memberikan bimbingan dan menunjukkan teladan mengenai integriti, 'pihak bawah' pula memberikan sokongan, maklum balas dan kawalan kepada 'pihak atas'. Dengan cara ini, gerakan pemantapan integriti meningkatkan dinamika dan kekuatannya.
Setiap komponen atau sektor perlu mempunyai dan melaksanakan strategi dan program integriti masing-masing selaras dengan PIN. Strategi, program dan aktiviti itu perlu diulangkaji dari masa ke semasa. Ulangkaji itu ialah untuk menilai keberkesanan dan memperbaiki kelemahannya agar integriti secara selangkah demi selangkah menjadi budaya masyarakat dalam jangka panjang.
Keseluruhan komponen atau institusi berikut terlibat dalam gerakan ini:
a) Keluarga;
b) Komuniti;
c) Masyarakat Sivil (Pertubuhan-pertubuhan Masyarakat);
d) Sosiobudaya (pendidikan, kesihatan, sukan dan rekreasi, media massa, seni, sastera dan warisan);
e) Agama
f) Ekonomi
g) Politik; dan
h) Pentadbiran
MEKANISME PELAKSANAAN
Pelaksanaan dan penyelarasan program integriti di setiap komponen atau institusi adalah tanggungjawab agensi yang sudah sedia wujud dalam komponen itu sendiri. Bagi komponen yang tidak ataupun belum mempunyai mekanisme berkenaan, usaha ke arah pembentukan mekanisme ini perlu dilakukan. Pada masa ini di sektor awam sudahpun terdapat mekanisme pelaksanaan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di pelbagai peringkat. Mekanisme ini perlu diperkukuhkan dengan komitmen yang lebih tinggi dari semua lapisan kepimpinan supaya ia menjadi lebih berkesan. Bagi sektor swasta, terdapat badan-badan yang mewakili kepentingan majikan seperti dewan perniagaan dan persatuan lain yang boleh memainkan peranan ini. Badan pengawalan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) berperanan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan untuk sektor sektor berkenaan.
Bagi komponen lain seperti keluarga, komuniti, masyarakat sivil, dan sosiobudaya, terdapat pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sudah sedia wujud dan yang boleh menjadi penggerak dalam melaksanakan program integriti masing-masing. Pemantauan oleh mana-mana agensi seperti Pendaftar Pertubuhan, misalnya, perlu dilakukansecara berkesan. Walau bagaimanapun, pemantauan dan penyelarasan paling berkesan ialah oleh badan-badan dalam komponen itu sendiri.
Kepentingan golongan pelajar, belia, wanita, golongan agama dan pelbagai kumpulan etnik, khususnya golongan minoriti, penduduk bandar dan luar bandar serta golongan bawahan, perlu diberikan perhatian khusus dalam gerakan pemantapan integriti. Pemerkasaan atau empowerment melalui penglibatan golongan-golongan ini dalam proses pembuatan keputusan di pelbagai peringkat patut dititikberatkan, manakala perasaan tersisih atau terpinggir perlu diatasi. Pelaksanaan dan penyelarasan program integriti masing-masing juga harus dilakukan melalui pelbagai badan yang sedia wujud.
Bagi kelompok seperti pelajar, belia, dan wanita, terdapat banyak organisasi yang mewakili mereka. Bahkan, di peringkat kebangsaan masing-masing mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Majlis Perundingan Belia Kebangsaan, dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Bagi golongan pekerja, terdapat CUEPACS dan MTUC masing-masing untuk pekerja sektor awam dan sektor swasta. Bagi golongan petani dan nelayan, terdapat Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan, untuk kelompok masing-masing yang bergerak di peringkat nasional dan juga peringkat akar umbi. Bagi penganut agama, terdapat banyak pertubuhan dan institusi agama pelbagai kaum di peringkat nasional dan tempatan. Badan-badan ini perlu membimbing ahli mereka supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni agama masing-masing. Badan-badan ini juga perlu memainkan peranan mengukuhkan perpaduan dan persahabatan, sekaligus memupuk sikap saling memahami dan menghormati antara penganut agama yang berlainan. Kelompok etnik mempunyai banyak pertubuhan khusus yang mewakili kepentingan etnik masing-masing. Hak dan kepentingan wajar golongan etnik perlu dihormati. Namun, kecenderungan bergerak mengikut garis etnik perlu diselaraskan dengan kepentingan membina sebuah komuniti nasional yang bersatu padu dan harmoni. Pelbagai pertubuhan yang mewakili kepentingan etnik perlu melaksanakan program integriti masing-masing yang menitikberatkan nilai perpaduan, persefahaman dan kerjasama antara kaum di samping menekankan nilai-nilai terbaik etnik masingmasing. Untuk menjamin kejayaan gerakan pemantapan integriti, pelaksanaan, pemantauan, serta koordinasi atau penyelarasan pelaksanaan program haruslah dilakukan 'dari bawah' melalui pemerkasaan komponen atau sektor masing-masing. Pemantauan dan penyelarasan yang dilakukan secara pentadbiran yang birokratik boleh membantut daya usaha akar umbi dan ini harus dielakkan. Sensitiviti pelbagai lapisan atau komponen masyarakat terhadap campur tangan pihak lain perlu diambil perhatian. Sikap terhadap mana-mana golongan ataupun pertubuhan perlu tepat dan membina. Tindakan melabelkan mereka oleh pihak berkuasa dan pihak lain tidak harus dilakukan.
STRATEGI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN INTEGRITI
Keseluruhan pendekatan, strategi, dan pelan tindakan bagi mencapai objektif dan sasaran PIN merupakan salah satu agenda utama negara, dan kini dirujuk sebagai Agenda Integriti. Matlamat Agenda Integriti boleh dicapai dengan mengatur secara rapi Strategi Pelaksanaan dan Pelan Tindakan untuk pelbagai institusi masyarakat dan negara. Dari segi strategi pelaksanaan, pucuk pimpinan perlu memberikan isyarat yang jelas, tegas dan konsisten tentang komitmen mereka melaksanakan Agenda Integriti. Komitmen yang sama perlu ditunjukkan oleh anggota lain dalam kepimpinan negara. Isyarat sedemikian akan mengobarkan semangat, keyakinan dan keghairahan rakyat untuk turut bersama dengan kepimpinan sesuai dengan prinsip "Rakyat menyokong pemimpin yang menyokong rakyat". Sebagai strategi jangka panjang, gerakan pemantapan integriti harus mempunyai asas yang kukuh. Asas ini perlu dibina dari
bawah dengan melibatkan institusi paling asas, iaitu keluarga, komuniti dan masyarakat sivil.
Pembabitan keluarga dan komuniti setempat dalam gerakan pemantapan integriti akan menjamin kejayaan agenda menjadikan integriti budaya masyarakat dalam jangka panjang. Pendekatan ini selaras dengan hakikat bahawa masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang berorientasikan keluarga dan komuniti. Kini, nilai keluarga dan komuniti masih kukuh dan mendalam walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran. Justeru, bagi memastikan penerusan keteguhan nilai-nilai itu, pembinaan integriti harus bermula daripada keluarga. Keluarga adalah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai murni dalam diri anggotanya. Keluarga membimbing tingkah laku dan membentuk serta memantapkan integriti anggotanya. Tumpuan pembentukan nilai-nilai murni harus bermula daripada kanak-kanak manakala ibu bapa dan penjaga harus membimbing dan menjadi teladan yang baik. Dengan demikian, dalam gerakan pemantapan integriti, institusi keluarga memainkan peranan utama.
Agenda Integriti untuk keluarga ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia;
• Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani; dan
• Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.
Institusi keluarga berada di tengah-tengah komuniti atau masyarakat setempat. Komuniti terdiri daripada keluarga dan kelompok-kelompok kejiranan yang menjalin rangkaian sehingga menjadi komuniti yang lebih luas. Pelaksanaan Agenda Integriti untuk keluarga berkaitan erat dengan Agenda Integriti untuk komuniti. Dalam komuniti terdapat pelbagai institusi tradisional seperti ketua kampung, imam, penghulu, pemanca dan ketua kaum yang sepatutnya menyemai nilai-nilai murni masyarakat kepada generasi baru. Kewujudan institusi seperti ini membantu pembentukan identiti berlandaskan nilai tradisi.
Selain itu terdapat pertubuhan akar umbi seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Penduduk yang menjaga kerukunan hidup dalam komuniti, termasuk menangani gejala sosial. Juga, terdapat institusi khusus seperti sekolah, pusat asuhan kanak-kanak, tadika, masjid, surau, pusat mengaji al-Quran dan institusi ibadat lain yang boleh berperanan membina jasmani, emosi, rohani dan intelek kanak-kanak.
Agenda Integriti untuk komuniti ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti;
• Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti; dan
• Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.
Ruang di antara keluarga dan komuniti dengan institusi besar, khususnya negara dan kuasa pasaran atau institusi ekonomi ialah ruang masyarakat sivil. Melalui proses modenisasi, perkembangan kelas menengah, pengaruh dan interaksi dengan dunia antarabangsa serta impak globalisasi, ruang masyarakat sivil semakin berkembang. Dalam ruang ini terdapat pelbagai pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil (Civil Society Organisation - CSO) yang memperjuangkan pelbagai isu seperti hak wanita, pengguna, alam sekitar dan hak asasi man usia. Pertubuhan-pertubuhan ini juga bergiat memajukan profesion atau aktiviti tertentu seperti sukan, kesenian, kebudayaan dan aktiviti keagamaan; ataupun berperanan sebagai pemberi khidmat penjagaan.
Agenda Integriti untuk masyarakat sivil ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Peningkatan integriti masyarakat sivil - badan bukan kerajaan;
• Peningkatan sumbangan CSO kepada usaha pemantapan integriti; dan
• Pengukuhan kerjasama antara CSO, kerajaan dan swasta untuk pemantapan integriti.
Begitu juga dengan institusi sosiobudaya yang merangkumi pendidikan (sekolah, kolej dan universiti), kesihatan, rekreasi dan sukan, media massa serta seni, sastera dan warisan turut memainkan peranan membina dan mengukuhkan integriti masyarakat dan negara. Institusi ini menyumbang kepada pembinaan modal sosial, meningkatkan kesihatan dan keceriaan, memupuk perasaan kekitaan, menangani gejala sosial dan lain-lain. Dengan demikian, institusi tersebut mempunyai pengaruh besar terhadap pengukuhan integriti keluarga, komuniti dan seterusnya masyarakat dan negara.
Agenda Integriti untuk institusi sosiobudaya ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti;
• Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan rohani; dan
• Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti warga negara.
Masyarakat Malaysia berbilang kaum dan agama. Institusi agama sangat penting dalam membina integriti individu, masyarakat dan negara. Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di dalam diri individu dan keluarga berlandaskan ajaran agama masing-masing. la juga dilakukan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengurusan pelbagai institusi lain termasuk pendidikan, media, ekonomi, politik dan pentadbiran. Oleh yang demikian, institusi agama dan kepelbagaian agama perlu ditangani sebaik mungkin.
Agenda Integriti untuk institusi agama ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama;
• Penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran agama; dan
• Peningkatan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.
Institusi ekonomi adalah institusi yang memakmurkan masyarakat dan negara melalui proses pengeluaran dan penyediaan peluang pekerjaan. Bergerak dalam ruang ini ialah banyak syarikat korporat dan syarikat besar lain, di samping perusahaan sederhana dan keci!. Mereka telah membuat sumbangan penting kepada kemajuan negara dan kemakmuran rakyat Malaysia pada hari ini. Selain itu terdapat organisasi ya~ mewakili kepentingan majikan dan kepentingan pekerja. Organisasi ini memainkan peranan masing-masing dalam memelihara hubungan yang
membolehkan urusan ekonomi dan pekerjaan dilaksanakan dengan berkesan.
Agenda Integriti untuk institusi ekonomi ialah bagi mencapai objektit berikut:
• Pemantapan integriti sektor korporat;
• Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika; dan
• Pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti ekonomi.
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem politik demokrasi dengan pemerintah dipilih melalui pilihanraya. Sistem ini menggabungkan institusi raja berperlembagaan dengan sistem pemerintahan berparti di peringkat pusat dan negeri dengan pilihan raya dijalankan secara berkala. Sistem ini, yang sudah dilaksanakan semenjak kemerdekaan, terbukti berkesan dan berjaya membawa kestabilan, keharmonian dan pembangunan kepada rakyat berbilang kaum. Justeru, sistem ini perlu dipertahankan dan dikembangkan manakala pelbagai kelemahan dan kekurangannya diperbaiki. Cabaran terbesar parti dan ahli politik, terutamanya bagi parti yang memegang kuasa ialah memantapkan integriti dan menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat. Hasil kemajuan pendidikan dan pendedahan kepada dunia luar, rakyat semakin sedar tentang hak mereka. Dengan itu, mereka semakin tidak teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan bagi mendapatkan hak mereka itu. Rakyat juga mahu gelanggang politik menjadi medan yang bersih dan landasan memajukan masyarakat dan negara. Justeru, rakyat menuntut mereka yang menceburi politik atau yang berkuasa supaya bersifat amanah, telus, bertanggungjawab, serta benar-benar berkhidmat demi kepentingan rakyat dan negara. Bahkan, rakyat meletakkan parti dan ahli politik di bawah kanta mikroskop untuk dinilai. Selain itu, rakyat mahukan gelaran "Yang Berhormat" menjadi "Yang Berkhidmat". Wakil-wakil Rakyat juga dikehendaki berpegang pada etika dan prinsip "bekerja
bersama-sama ketua, bukan untuk ketua, tetapi untuk rakyat dan negara". Agenda Integriti untuk institusi politik ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pengekalan keluhuran Perlembagaan dan sist~m politik negara;
• Pengekalan kedaulatan dan peningkatan keutuhan institusi parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur;
• Pengamalan politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan sendiri; dan
• Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik.
Institusi pentadbiran di Malaysia adalah antara yang terbaik di negara membangun. Jentera pentadbiran bersama-sama dengan jentera politik merupakan tulang belakang kekuatan masyarakat dan negara. Pentadbiran merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan sesuatu dasar dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Pentadbiran sektor awam adalah peneraju utama yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara. Sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam yang cekap dan berkualiti amat perlu bagi memenuhi keperluan masyarakat dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat. Oleh yang demikian, integriti jentera pentadbiran sangat penting ditangani.
Agenda integriti untuk institusi pentadbiran ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik; dan
• Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.

Kesimpulan
Pelaksanaan pelbagai strategi dan pelan tindakan untuk setiap institusi dan sektor dalam masyarakat dan negara seperti yang digariskan di atas akan meningkatkan daya tahan gerakan pemantapan etika dan integriti. Semua ini akan menyumbang kepada pembangunan yang seimbang dan lestari, kestabilan politik dan keharmonian kehidupan rakyat pelbagai kaum serta peningkatan kesejahteraan hidup rakyat. Bagi menentukan agar setiap komponen atau sektor dapat bertemu, berkongsi pengalaman dan berdialog antara satu sama lain di pelbagai peringkat, menilai keberkesanan program integriti masing-masing serta membaharui komitmen mereka kepada usaha peningkatan integriti, satu Konvensyen Integriti perlu diadakan secara berkala. Konvensyen yang menjadi forum pertemuan semua komponen dan sektor ini akan dianjurkan di pelbagai peringkat dengan kemuncaknya di peringkat kebangsaan. Institut Integriti Malaysia (IIM) yang ditubuhkan serentak dengan pelancaran PIN berperanan selaku penganjur Konvensyen ini secara bersama dengan pelbagai sektor berkenaan. IIM juga berperanan selaku penyalur sebarang perakuan yang terbit daripada Konvensyen tersebut kepada Kerajaan serta pelbagai pihak lain yang bekenaan.
Rabu, 29 Oktober 2008
Kes Saya Dengan Syarikat Strata Merge Sdn Bhd Dah Selesai
Untuk makluman tuan/puan, kes saya dengan syarikat Strata Merge Sdn Bhd dah pun selesai dan saya lihat kemajuan pembinaan rumah di Desa Bukit Ilmu, Machang, Kelantan bertambah baik. Dimaklumkan akan siap pada Januari 2009. Walaubagaimanapun, kita mengharapkan semoga rumah di Desa Ilmu tersebut cepat siap dan yang penting ialah perniagaan itu jelas dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Kalau ada masalah tidak salah jikalau pemaju beritahu pembeli secara jelas dan terang umpamanya laporan arkitek terhadap sesebuah rumah kerana ianya melibatkan potangan gaji pembeli. Apapun, saya ucapkan terima kasih kerana rumah saya hampir siap sepenuhnya walaupun dah lama bayar ansuran bulanannya, kini menunggu pemasangan wayar elektrik, mangkuk tandas, halaman rumah dan benda-benda teknikal yang lain. Terima kasih.
Letihnya Melayan Agen MLM
Semalam pintu rumah diketuk, jam menunjukkan pukul sebelas malam. Seorang kawan yang sama-sama belajar dengan saya dahulu semasa di Universiti datang berziarah. Bersama-sama beliau ialah dua orang suami isteri yang saya dah agak mungkin agen MLM. Semasa berjumpa dengannya dulu saya dah bagitau tak berminat dengan perniagaan MLM walaupun ianya memberi pulangan yang lumayan dengan syarat bekerja keras. Si anu ini duduk dirumah saya bercerita pasal MLM hingga pukul satu pagi. Dalam hati saya berkata bilalah si anu nak balik sebab mata dah mengantuk dan esok masih ada lagi kerja hendak diselesaikan. Ucapan penggulungan Menteri untuk perbahasan Bajet 2009 belum siap lagi. Kasihan isteri saya terpaksa melayan tetamu walaupun kelihatan dia dah mengantuk. Dah banyak kali si anu ini datang dengan keadaan sedemikian rupa dan setiap kali itulah kami kena bersabar dengan karenah si anu ini. Walaupun kita mengejar duit dan kekayaan, namun pada saya kita mesti ada akhlak dan menghormati tuan rumah. Tidak usahlah kita memaksa orang lain untuk menyertai MLM dengan tidak putus asa manjalankan kempen. Walaupun senarai seseorang dah dimasukkan dalam list untuk MLM tetapi hormatilah hak orang lain. Mesti ada batasan dalam berkempen. Ziarah itu adalah amalan mulia dalam Islam tetapi bila ada disebaliknya sesuatu ianya telah mencemar amalan yang mulia ini. Letih bila manusia berlumba-lumba mengejar kemewahan dunia....
Ahad, 12 Oktober 2008
Soalan Parlimen KKLW Adalah No 5
Aku ke cyber cafe sekejap untuk check soalan parlimen KKLW jatuh nombor berapa. Sibuk dengan program dan mesyuarat hingga terlupa menelefon Parlimen. Bila tengok soalan KKLW jatuh nombor 5. Aduh!!! Terpaksalah Menteri atau Timbalan Menteri kena jawab. Aku hanya berharap semoga Timbalan Menteri KKLW hadir esok untuk jawab soalan seperti dibawah ini.
Soalan nombor 5 :
Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan usaha untuk merapatkan 'jurang digital' di luar bandar khususnya cadangan untuk memperkenalkan komputer murah yang dikenali sebagai 'komputer makcik'.
Esok mesti awal ke parlimen untuk selesaikan perkara ini.

Khamis, 9 Oktober 2008
Majlis Hari Raya di Rumah Y.B. Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib
Majlis Hari Raya akan diadakan di kediaman Y.B. Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib pada 10 Oktober 2008, hari Jumaat daripada pukul 3.00 petang hingga 10.00 malam. Semua rakyat negeri Selangor dijemput ke majlis tersebut. Juga dijemput seluruh pimpinan masyarakat negeri Selangor. Peristiwa ini adalah penting dalam suasana Pak Lah yang telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya serta pergolakan dalam UMNO yang ingin menduduki kerusi nombor satu dan nombor dua. Berkemungkinan besar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor ini akan bertanding jawatan penting dalam UMNO. Harapan kita ialah beliau boleh membawa perubahan dalam UMNO yang tengah nazak ini. Pimpinan yang mempunyai pengalaman amat perlu dalam memperkasakan kembali UMNO yang sakit tenat ini supaya parti ini tidak menjadi peninggalan sejarah sejak tahun 1946. UMNO hendaklah kembali kepada perjuangan asal parti supaya ianya tetap relevan sebagai parti yang membela orang Melayu dan pengimbang kepada keharmornian kaum di Malaysia. Kekuatan Islam dan pengisiannya harus diberi nafas dalam UMNO dan perjuangannya harus berlandaskan kepada agama Islam yang benar ini.
Selasa, 7 Oktober 2008
Keputusan Abdullah esok atau lusa
KUALA LUMPUR 6 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan pada esok atau Rabu ini keputusannya sama ada mahu mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac depan.
Perdana Menteri berkata, beliau juga akan menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Rabu ini bagi memaklumkan kepada para pemimpin parti komponen BN mengenai tindakan yang bakal beliau ambil.
“Rakan-rakan dalam BN telah memberikan petunjuk bahawa mereka mahu tahu apa yang bakal berlaku dan apakah pelan peralihan kuasa itu kerana Presiden UMNO akan menjadi Pengerusi BN,” ujarnya.
Abdullah berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Mesyuarat tersebut turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa menteri Kabinet.
Ditanya lebih lanjut mengenai tarikh spesifik untuk beliau mengumumkan kedudukannya dalam UMNO, Perdana Menteri mengulangi jawapan yang sama.
“Esok atau lusa,” ujar beliau.
Mengenai tindakan beberapa pemimpin UMNO mengumumkan keinginan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO walaupun beliau belum membuat keputusan berhubung penglibatannya dalam pemilihan parti, Abdullah berkata, ia merupakan hak calon-calon berkenaan.
Bagaimanapun, beliau yakin jumlah calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden akan berkurangan menjelang pemilihan Mac depan.
“Anda tunggulah. Lepas tidak berapa lama, akan ada beberapa nama yang berundur dan tinggal satu atau dua sahaja (yang mahu bertanding),” katanya.
Setakat ini, mereka yang telah menawarkan diri secara terbuka untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Seorang lagi pemimpin yang disebut-sebut berminat untuk bertanding jawatan itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, bagaimanapun, hanya akan membuat keputusan muktamad selepas Abdullah mengumumkan pendiriannya berhubung peralihan kuasa dalam UMNO.
Pada sidang akhbar yang sama, Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau akan menunaikan semua janjinya selama ini sebelum berundur daripada kerajaan.
Perdana Menteri juga berkata, reformasi badan kehakiman umpamanya akan tetap diteruskan walaupun bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah meletakkan jawatan.
Katanya, semua janji perubahan termasuk pembaharuan badan kehakiman yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum BN adalah daripada dirinya, justeru beliau bertanggungjawab memastikan ia dilaksanakan.
“Ada kerja yang perlu disiapkan. Pembaharuan yang saya janjikan kepada rakyat pastinya perlu saya buat,'' kata beliau.
Ditanya oleh wartawan asing mengapa Malaysia masih menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas ahli politik dan wartawan, beliau berkata, penguatkuasaan undang-undang itu dilakukan dengan cermat dan mengikut keperluan.
“Soalan ini sudah ditanya berulang kali. Sudah pasti ada sebab mengapa seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negara mengambil tindakan seumpama itu.
“Sebenarnya ada negara lain di dunia yang mempunyai undang-undang yang lebih tegas daripada ISA, setiap negara mempunyai kaedah tersendiri untuk menjaga keselamatannya," kata beliau.
Abdullah berkata, pengalamannya sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri memperlihatkan bahawa ISA adakalanya menjadi undang-undang terbaik yang boleh digunakan untuk menjaga keamanan negara.

Khamis, 25 September 2008
Penurunan harga minyak gagal tangani inflasi - Pakar ekonomi
Oleh AINUL ASNIERA AHSAN dan SARAH NADLIN ROHIM
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel sebanyak 10 sen yang diumumkan pada hari ini, dilihat tidak mampu membantu menangani inflasi, dan juga meningkatkan kuasa membeli di kalangan pengguna.
Para ahli ekonomi dan penganalisis tempatan bersetuju bahawa harga itu sepatutnya diturunkan sekurang-kurangnya 30 sen kerana tindakan itu mampu mengurangkan peningkatan inflasi.
Ahli ekonomi tempatan, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, penurunan harga minyak sebanyak 10 sen tidak banyak membantu kerana jumlah itu adalah terlalu kecil dan tidak menggambarkan kedudukan semasa harga minyak dunia.
Beliau berkata, rakyat telah menaruh harapan yang tinggi bahawa kerajaan akan menurunkan harganya kepada satu paras 'munasabah', seiring dengan aliran penyusutan harga minyak dunia yang kini berada di sekitar bawah AS$110 (RM374) setong sejak hampir dua bulan.
Jelas beliau, kerajaan perlu lebih telus dalam mengemukakan mekanisme penurunan harga minyak yang dibuat supaya rakyat faham jumlah harga sebenar minyak, harga pasaran dan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.
''Tetapi saya berpendapat penurunan sebanyak 10 sen masih terlalu kecil berbanding dengan kenaikan yang dibuat pada pertengahan tahun ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pengumuman terbaru berkuatkuasa mulai tengah malam ini, akan menyaksikan orang ramai membayar RM2.45 dan RM2.40, masing-masing untuk seliter petrol dan diesel.
Pada awal Jun lalu, kerajaan mengumumkan harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter dan ia merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sebelum itu.
Harga diesel pula turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.
Bagaimanapun, pada 23 Ogos lalu, kerajaan menurunkan semula harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter, manakala harga runcit diesel sebanyak lapan sen daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter.
Sementara itu, Ketua Program Siswazah Pengurusan Persekitaran dan Pakar Pengangkutan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor pula berpendapat, kerajaan sepatutnya mengekalkan harga minyak iaitu RM1.92 seliter, harga sebelum kenaikan sebanyak 78 sen sebelum ini.
''Harga ini (RM1.92 seliter) lebih logik memandangkan harga minyak dunia terus merosot disebabkan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat,'' ujarnya.
Ditanya tentang kesan penurunan minyak terhadap inflasi, Abd. Rahim berkata: ''Saya percaya jika harga minyak diturunkan lebih banyak, mungkin masalah inflasi dan kenaikan harga barang dapat ditangani.''
Penasihat Ekonomi AmInvestment Bank Group, Mustafa Mohd. Nor berpendapat, penurunan harga minyak petrol yang dibuat kerajaan tidak akan memberi kesan kepada keadaan inflasi semasa selagi harga makanan tidak diturunkan.
'' Indeks Harga Pengguna (IHP) bukan hanya ditentukan oleh peningkatan atau penurunan harga petrol tetapi ia turut melibatkan harga makanan semasa.
''Selagi harga makanan tidak menunjukkan penurunan, kadar inflasi semasa mungkin tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara walaupun harga petrol diturunkan dengan kadar 10 sen,'' katanya.
Ketua Pakar Ekonomi, RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng berkata, langkah kerajaan itu dianggap sesuatu yang positif pada keadaan semasa yang sering dihidangkan dengan berita-berita negatif.
''Langkah itu dilihat dapat mengurangkan sedikit beban rakyat dan ia adalah seperti dijangkakan ia merupakan hadiah Hari Raya kerajaan kepada rakyat.
''Saya berharap harga minyak petrol akan dapat terus diturunkan ekoran harga pasaran minyak mentah global yang sedang mengalami aliran menurun untuk terus meringankan beban rakyat,'' jelasnya.

Rabu, 24 September 2008
Penjawat awam jangan terima hadiah – BPR
PUTRAJAYA 23 Sept. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengingatkan semua penjawat awam agar tidak menerima hadiah daripada mereka yang bertujuan mendapat balasan atau keistimewaan membabitkan tugas dan kuasa pada musim perayaan ini.
Dalam kenyataannya hari ini, BPR mengingatkan pegawai awam supaya melaporkan kepada pihak berkuasa jika pemberian hadiah tersebut mempunyai unsur rasuah.
Menurutnya, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 secara jelas melarang pegawai awam atau swasta menerima hadiah daripada mereka yang mempunyai kaitan dengan tugasnya.
‘‘Selain itu, semua penjawat awam tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu melarang mereka daripada menerima atau memberikan hadiah sekiranya berkaitan dengan tugas mereka,’’ ujar kenyataan itu lagi.
Garis Panduan Pemberian Hadiah dan Penerimaan Hadiah Dalam Perkhidmatan Awam 1998 turut menjelaskan bahawa dalam keadaan yang menyebabkan sukar bagi seseorang pegawai untuk menolak sesuatu hadiah, mereka perlu mengemukakan laporan bertulis kepada ketua jabatannya sama ada dibenarkan menerima pemberian itu atau sebaliknya.
‘‘Kerajaan memandang serius gejala pemberian dan penerimaan hadiah atau keraian terutama di musim perayaan ini.
‘‘ Ini kerana jika ia dibiarkan berlaku di kalangan penjawat awam tanpa batasan, ia boleh berkembang menjadi rasuah apabila pemberian hadiah dan keraian menjadi kemestian yang melibatkan urusan rasmi,” menurutnya.
Selaras dengan itu, BPR mengingatkan semua ketua jabatan agar memberi perhatian terhadap gejala tersebut dan membuat laporan apabila ditawarkan hadiah yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi.
Dalam hal ini, BPR akan membuat pemantauan ke atas ketua-ketua jabatan berkaitan dengan laporan mereka berhubung penerimaan hadiah supaya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 akan sentiasa dipatuhi.
Tambahnya, Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah 1997 menyatakan, apabila seseorang penjawat awam ditawarkan dengan apa-apa suapan termasuk hadiah secara rasuah maka dia dikehendaki segera melaporkannya kepada BPR.

Langgan:
Catatan (Atom)