Khamis, 12 Mac 2015

ROKOK DAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA

1. Bahana ROKOK dikalangan masyarakat Malaysia seakan tidak boleh dibendung. Dimana-mana kita boleh melihat orang menghisap rokok tidak kira muda, tua atau remaja. Yang menyedihkan lagi apabila ada kanak-kanak yang menghisap rokok.

2. Perokok seakan hilang akal apabila merokok di merata tempat tanpa mengira sensitiviti dan hak orang lain. Kita sudah lali melihat orang merokok di tempat-tempat awam seperti di restoran, kedai kopi, perkarangan pejabat, rumah, tempat-tempat perhentian, tempat rehat dan lain-lain. Yang paling lagi jijik apabila ada yang merokok di tangga-tangga masjid, madrasah dan surau. Perbuatan ini telah mengganggu orang yang tidak merokok dan membahayakan mereka khususnya bagi anak-anak kecil. Buka sahaja perokok membahayakan diri sendiri tetapi kepada orang lain yang berdekatan.

3. Putung-putung rokok juga menyebabkan sampah di merata tempat dan perokok seumpama tidak mengerti bahawa perbuatan mereka membuang putung-putung rokok di merata tempat adalah perbuatan yang jahat dan jiwa yang celaru. Seringkali saya terlihat perokok membuang putung rokok melalui tingkap kereta tanpa menghiraukan orang lain. Begitu juga di restoran, selepas makan atau sebelum makan, putung rokok dibuang merata tempat. Perbuatan ini juga boleh menyebabkan kebakaran dan bahaya kepada orang lain.

4. Walaupun  Majlis Fatwa telah mengharamkan rokok, namun pengharaman itu tidak memberi makna atau kesan kepada perokok kerana mereka lebih rela dikuasai nafsu dan tidak berupaya untuk berhenti merokok kerana jiwa yang lemah. Dalam Al-Quran juga ada melarang kita tidak membuat sesuatu perkara yang boleh membahayakan kita iaitu "Jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu ke dalam kebinasaan". Namun berapa kerat yang berpegang kepada ayat ini dan berapa kerat yang mengambil serius akan perintah Allah S.W.T.

5. Bukan itu sahaja, perokok juga adalah manusia yang pembazir dimana duit-duit dibakar dengan begitu mudah setiap hari. Walaupun membazir itu haram dalam Islam, namun berapa kerat perokok yang endah akan perkara ini. Alangkah bagusnya apabila duit disimpan untuk kegunaan keluarga dan didermakan untuk perkara-perkara baik. Dengan ini, kita dapat pahala dan sebagai bekalan masa kita mati nanti.

6. Dengan perokok yang tiada akhlak, jauh sekali negara kita akan mencapai status negara maju kerana mentalitinya mundur. Seorang kawan saya yang pernah berkerja di negara Thailand selama lima tahun menceritakan bahawa agak susah untuk kita melihat masyarakat Thailang yang merokok di tempat-tempat awam. Berbeza dengan masyarakat kita yang biasa kelihatan merokok di tempat-tempat awam. Begitu juga dengan negara-negara maju seperti negara Jepun, masyarakatnya begitu sopan dan tidak merokok di tempat-tempat awam, apatah lagi membuang putung-putung rokok merata.

7. Justeru itu, marilah kita berubah dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Kerajaan juga perlu bertindak tegas kepada perokok, lupalah sekejap hasil cukai daripada rokok demi kepentingan masyarakat dan negara.

Jumaat, 20 Februari 2015

SIAPA KETUA PEMBANGKANG SELEPAS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM?

1. 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun kepada Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Maka, DS Anwar Ibrahim secara automatiknya terlucut jawatan sebagai Ahli Parlimen dan juga Ketua Pembangkang di Parlimen kecuali beliau mendapat pengampunan daripada SPB Yang Dipertuan Agong. Walaupun ramai yang merasakan DS Anwar Ibrahim tidak bersalah tetapi mahkamah telah menjatuhkan hukuman. Landskap politik negara sudah tentu akan berubah dengan ketiadaan DS Anwar Ibrahim. 

2. Persoalan yang timbul ialah siapakah yang paling layak untuk menggantikan beliau sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Adakah YB Lim Kit Siang akan dilantik sekali lagi jawatan itu yang pernah disandangnya beberapa kali sebelum ini? Adakah anak Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng akan dilantik ke jawatan tersebut atau adakah YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan dilantik ke jawatan itu? Sekiranya YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Ketua Pembangkang, beliau akan mengulangi kehebatan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Isunya, adakah DAP dan PKR setuju jika jawatan Ketua Pembnagkang diberikan kepada PAS? Sudah tentu DAP dan PKR tidak setuju dan PAS terpaksa akur dengan keputusan DAP dan PKR, lagipun kerusi yang PAS miliki tidak dapat menandingi kerusi DAP dan PKR. PAS juga perlu menjaga hubungan dalam Pakatan Rakyat.

3. Siapakah yang paling layak? Adakah PKR akan menunggu pilihanraya kecil di Permatang Pauh sebelum melantik Ketua Pembangkang di Parlimen. Adakah Datin Seri Wan Azizah akan bertanding sekali lagi di Permatang Pauh atau memberi peluang kepada anaknya, Nurul Nuha untuk bertanding di Permatang Pauh? Jika Datin Seri Wan Azizah atau anaknya, Nurul Nuha ditakdirkan menang di Permatang Pauh, adakah PAS akan bersetuju jika ada cadangan Datin Seri Wan Azizah dilantik sebagai Ketua Pembangkang? Jawapannya tentu sama sekali tidak.

4. Justeru itu, dua calon yang sesuai untuk menyandang jawatan Ketua Pembangkang ialah YAB Azmin Ali, Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR dan YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden PKR. Sekiranya YAB Azmin Ali ingin menumpukan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor, maka YB Rafizi Ramli akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Diantara YAB Azmin Ali dan YB Rafizi Ramli, yang lebih berkaliber dan petah berpidato ialah YAB Azmin Ali. Pengalaman YAB Azmin Ali di Parlimen dan dalam politik menyebabkan beliau adalah calon yang paling layak untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Selasa, 3 Februari 2015

CONTOH KERTAS KERJA UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN KETUA JABATAN BAGI PENGANJURAN PROGRAM


KERTAS CADANGAN
SAMBUTAN 50 TAHUN XXXXXXXXXX
KEMENTERIAN XXXXXXXXXXXXXXXXXX
TAHUN 20XX


1.      TUJUAN

1.1       Kertas ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan xxxxxxx Kementerian xxxxxxxxxxxxx mengenai cadangan penganjuran Sambutan 50 Tahun xxxxxxxxxxxxxxx Tahun 20xx.

2.      LATAR BELAKANG

2.1   Penganjuran Sambutan 50 Tahun xxxxxxxx adalah julung kali diadakan. Program ini bertujuan untuk meraikan Jubli Emas iaitu 50 tahun xxxxxxxxxxxxxx di negara ini dan memperlihatkan sumbangan dan peranan Kementerian dalam menjayakan misi xxxxxxxxxxxxx.

3.      OBJEKTIF PROGRAM

3.1   Penganjuran Sambutan 50 Tahun xxxxxxxxxx adalah bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut :-

i.          Meraikan 50 tahun xxxxxxxxx negara sempena Jubli Emas penubuhan Kementerian xxxxxxxxxxxx;

ii.            Memperlihatkan sumbangan dan peranan Kementerian dalam menjayakan misi xxxxxxxx negara kepada masyarakat supaya masyarakat mengetahui kesungguhan Kerajaan dalam membangunkan xxxxxxx sama ada dari segi aspek pembangunan modal insan dan infrastruktur ; dan

iii.           Menunjukkan komitmen dan iltizam berterusan Kementerian dalam xxxxxxxxxxxxxx dengan sejarah xxxxxxxx 50 tahun dahulu dan perancangan 50 tahun akan datang.

4.      CADANGAN PELAKSANAAN

4.1       Cadangan Tarikh dan Masa

Sambutan 50 Tahun xxxxxxxxxxxx dicadangkan diadakan pada xxxxxxx sehingga xxxxxxxx bertempat di xxxxxxxxxxxxx. Perasmian majlis tersebut akan disempurnakan oleh xxxxxxxxxxxx. Antara pengisian program tersebut adalah seperti berikut :

(i)       Pameran 50 tahun xxxxxxxxxxxxxx
(ii)          Ekspo jualan xxxxxxxx.
(iii)        Forum xxxxxxxxxxxxxxxx.
(iv)        Pertunjukan/persembahan kebudayaan dan kesenian.
(v)         Pesta sukan dan sukan rakyat.
(vi)        Pertandingan penulisan, debat, syarahan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta pantun Piala Pusingan xxxxxxxxxxxxxxxx.
(vii)      Penglibatan pihak swasta dalam xxxxxxxxxxxx.

Cadangan tentatif program adalah seperti di LAMPIRAN A.

4.2       Penyertaan Jabatan/Agensi 

Kementerian mencadangkan seramai xxxxx orang dijemput untuk menghadiri program ini terdiri daripada pegawai/kakitangan Kementerian, Jabatan/Agensi xxxx, Kerajaan Negeri, xxxxxx dan xxxxxx. Jumlah penyertaan adalah seperti berikut :-

                    xxxxxxxxxxxxx                                xxxxxx
                    xxxxxxxxxxxxx                                xxxxxx

                          Jumlah                                             xxxxxx      

5.      ASAS-ASAS PERTIMBANGAN
         
5.1       Program Sambutan 50 Tahun xxxxxx merupakan acara julung kali diadakan Kementerian sebagai meraikan Jubli Emas iaitu 50 tahun xxxxxxxx di negara ini.

5.2    Majlis ini juga merupakan salah satu usaha Kementerian untuk memperlihatkan sumbangan dan peranan Kementerian dalam menjayakan misi xxxxxxxxxxx 50 tahun dahulu dan 50 tahun akan datang.

6.      KEPERLUAN KEWANGAN

6.1       Peruntukan sebanyak RM.................. diperlukan bagi menampung perbelanjaan keseluruhan program meliputi persiapan tempat, peralatan, makan minum, cenderamata serta aktiviti yang berkaitan. Butiran perbelanjaan adalah seperti di Lampiran B.

6.2       Peruntukan untuk melaksanakan program ini akan menggunakan peruntukan xxxxxxxxxx dibawah Kementerian yang sedia ada dan mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan tersebut.

7.      SYOR

7.1       Berdasarkan kepada perkara di atas, xxxxxx adalah dipohon untuk mempertimbang dan meluluskan permohonan untuk menganjurkan Program Sambutan 50 Tahun xxxxxxx seperti berikut :

i.             Mengadakan Program Sambutan 50 Tahun xxxxxxxxx pada xxxxxxxx bertempat di xxxxxxxxx; dan

ii.   Meluluskan permohonan untuk menggunakan peruntukan xxxxxxxxxx dibawah Kementerian berjumlah xxxxxxxxxxxx bagi menampung perbelanjaan Program 50 Tahun xxxxxxxxxxxx.

7.2       Sukacita diangkat syor di para 7.1 (i) dan (ii) untuk pertimbangan dan keputusan xxxxxxxx jua.

8.      PENUTUP


8.1   Program Sambutan 50 Tahun x merupakan acara xxxxx yang signifikan dengan kejayaan 50 tahun xxxxxx yang menyaksikan xxxxxxxx. Pemilihan xxxxx juga tepat pada masanya kerana xxxxxxxxx. Penganjuran majlis ini juga diadakan sebagai usaha Kementerian untuk menyemarakkan lagi semangat kerja seluruh warga xxxxxx sekaligus mewujudkan organisasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Rabu, 28 Januari 2015

CONTOH SURAT UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

                                                                                                        
                                                                                  Ruj. Kami      :     xxxxxxxxxx
                                                                                  Tarikh            :      xx  Mei 20xx


Pengurus
Syarikat ABC
Aras 4, Blok X
Kompleks X, Putrajaya


Tuan,

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Sepertimana yang dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015  telah selesai dijalankan dengan jayanya.

Sehubungan dengan itu, Kementerian xxxxxxxxxx dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas komitmen dan kerjasama pihak tuan dalam  menjayakan  majlis tersebut.

Sesungguhnya sumbangan dan komitmen pihak tuan akan dihargai oleh Kementerian xxxxxxxxxxxxx.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,




( xxxxxxxxxxxxxxxxxx )         
Bahagian Pentadbiran Am
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian xxxxxxxxxxxxxxxxx

Khamis, 15 Januari 2015

Disebalik Bah Besar Kelantan 2014 Dan Kerajaan PAS Kelantan

(1) Rakyat Kelantan tidak menyangka  bagaimana banjir besar ini boleh melanda khususnya bagi kawasan Gua Musang dan Kuala Krai. Bagi kawasan Kota Bharu, banjir adalah perkara biasa yang dilalui setiap tahun tetapi pengakhiran tahun 2014 adalah tidak diduga oleh semua orang. Banjir ini begitu luar biasa sekali. Ia bukan sekadar banjir, tetapi banjir yang dipenuhi dengan selut.

(2) Kesannya kemusnahan yang besar kepada negeri Kelantan. Kemusnahan harta benda termasuklah rumah, kenderaan, barang perniagaan dan sebagainya. Kemusnahan yang tidak dapat dipulihkan dalam masa yang singkat, kemusnahan ini perlukan masa bertahun-tahun untuk dipulihkan. Kemusnahan aset Kerajaan pusat mencecah satu billion ringgit, tidak termasuk aset Kerajaan negeri dan perseorangan. 

(3) Terima kasih di atas pengumuman bantuan segera Kerajaan Pusat sebanyak RM500 juta manakala MAIK telah mengistiharkan bantuan sebanyak RM32 juta untuk mangsa banjir. Walau bagaimana pun, jumlah ini tidak mencukupi memandangkan anggaran yang diperlukan ialah lebih kurang RM900 juta. Bantuan daripada agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan perseorangan juga mencurah-curah datang yang melambangkan keprihatinan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

(4) Penyelarasan bantuan banjir dan SOP juga harus diperbaiki memandangkan diawal banjir melanda, bantuan tidak dapat disalurkan kepada mangsa banjir. Makanan dicatu d pusat pemindahan dan bantuan beras tidak diberikan kepada mangsa banjir memandangkan ada dikalangan mereka yang berlindung di merata tempat. Peninjau hanya meninjau dan tiada bantuan susulan daripada mangsa yang semakin kehabisan bekalan makanan. Kerajaan Negeri pula tidak dapat diharapkan dalam misi bantuan memandangkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri juga dilanda banjir. Tambahan pula, tiada jangkaan dan persiapan oleh Kerajaan Negeri walaupun negeri Kelantan dalam kategori negeri positif banjir daripada zaman dulu lagi.

(5) Permulaan banjir, mangsa-mangsa banjir terpaksa makan pucuk-pucuk kayu  dan ada yang terpaksa makan sekeping biskut untuk satu hari. Ada yang terpaksa berlari ke bukit-bukit tinggi untuk menyelamatkan diri, ada yang mencari tempat perlindungan selamat di sekolah dan sebagainya. Ada yang tidak sempat menyelamatkan diri dihanyut oleh arus yang deras dan kuat. 

(6) Bekalan elektrik terputus bagi kebanyakan kawasan iaitu bagi kawasan Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kota Bharu. Untuk dapatkan sebatang lilin pun terpaksa memandu kereta sehingga 20 ke 30 kilo meter, begitu juga dengan petrol. Bukan setakat bekalan elektrik, bekalan air pun bermasalah, beruntung bagi yang menggunakan telaga pada waktu musibah ini. Air Kelantan bermasalah daripada dulu lagi akibat daripada ketidakmampuan Kerajaan Negeri menanggani masalah ini. 

(7) Selepas banjir surut, maka tibalah bantuan berduyun-duyun kepada mangsa banjir. Apa yang diperlukan oleh mangsa banjir pada waktu itu ialah beras, air minuman dan bekalan air bersih, termasuklah pakaian, selimut dan lain-lain keperluan serta tempat untuk alas tidur memandangkan ada dikalangan mereka rumahnya musnah. Penyelarasan bantuan perlu diperbaiki dan dipertingkatkan kerana ada barangan keperluan yang melebihi permintaan seperti pakaian terpakai. Sekiranya Kerajaan Kelantan dapat belajar daripada Kerajaan Terengganu iaitu menyediakan khemah kepada mangsa banjir, ianya amat bernilai sekali. Water Jet dan Generator sangat laku pada masa pasca banjir sehinggakan harga Water Jet mencecah RM550 satu dan generator kehabisan stok.

(8) Dikhabarkan gabungan tiga sungai iaitu sungai Nenggiri, Sungai Lebir dan Sungai Galas membentuk satu aliran yang kuat sehingga memusnahkan rumah dan harta benda penduduk khususnya di Gua Musang dan Kuala Krai. Arus deras ini membawa bersama-sama mereka kayu balak yang ditebang dan melanda apa yang ada didepan tanpa kasihan belas. 

(9) Faktor penggondolan hutan juga merupakan antara faktor yang meyebabkan tiada pokok-pokok kayu untuk menahan aliran air yang mengalir dengan laju dan membawa bersama-samanya selut dan lumpur, Maka berlakukan apa yang dinamakan Banjir Selut yang sangat dahsyat. Tiadanya sekatan aktiviti pembalakan menyebabkan rakyat Kelantan terpaksa menangung akibatnya. Kesan yang besar yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Kelantan akibat daripada kerakusan manusia dalam mengejar harta dan kekayaan.

(10) Sekiranya faktor pembalakan dan penggondolan bukit merupakan penyebab utama berlakunya banjir, maka pada Pilihan Raya Umum Yang Ke-Empat Belas (PRU-14) nanti, rakyat Kelantan berhak menghukum Kerajaan PAS Kelantan. Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan mengawal aktiviti pembalakan menyebabkan kesan yang besar kepada negeri Kelantan dan rakyat. Negeri Kelantan adalah milik rakyat Kelantan dan bukan selama-lamanya milik PAS Kelantan. Hukuman perlu dijalankan memandangkan Kerajaan yang bertahan lebih daripada 20 tahun ini cuai dalam membela rakyat.

Balai Polis Laloh yang rosak teruk akibat banjir


Kedai Ceria 99 yang dipecah masuk akibat darurat dan tiada makanan


Kesan Banjir di jalan Kuala Krai ke Paloh 2, Gua Musang

Kesan banjir

Kesan banjir


Kesan banjir

Rabu, 14 Januari 2015

Antara Tempat Yang Harus Dilawati Apabila Berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan

Surau di RTC Wakaf Che Yeh

RTC Wakaf Che Yeh

Pasar Siti Khadijah


Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah

Ais Cream Special Tepi Pasar Siti Khadijah

Ais Cream Special


Ahad, 11 Januari 2015

Surau Pakcik Junoh Kampung Belimbing




Kampung Belimbing mempunyai tiga madrasah dan antara madrasah yang paling lama ialah madrasah Pakcik Junoh. Madrasah ini masih lagi digunakan pada hari ini dan Pakcik Junoh yang menjadi Imam di madrasah ini masih lagi menabur bakti kepada madrasah ini. 

Menjelang hari raya, madrasah ini menjadi tumpuan sehinggakan ada yang terpaksa solat ditangga madrasah. Penduduk yang berkerja diluar kampung ini khususnya di luar Kelantan mengambil peluang solat di madrasah ini untuk mengamitkan kenangan lalu yang sudah tentu tidak dapat dilupakan oleh mereka.

Menariknya, aktiviti rasmi selepas solat hari raya iaitu aktiviti beri duit raya kepada kanak-kanak yang secara automatiknya beratur menunggu giliran mereka untuk duit raya. Sesungguhnya, kenangan ini tidak akan dilupakan oleh penduduk kampung khususnya yang sudah melepasi usia kanak-kanak. 

Selasa, 25 November 2014

Tamak Haloba Pemutus Kasih Sayang

1. Kasih sayang khususnya kasih sayang keluarga sama ada adik beradik, ibu saudara, sepupu yang terdekat harus dijaga supaya perasaan kasih sayang ini sentiasa kekal dan hubungan sentiasa terjalin erat.

2. Kisah perebutan harta dalam masyarakat melayu buka baru, sejak zaman dulu lagi perkara ini menghantaui dan seringkali menjadi penyebab putusnya tali silaturahim. Yang sedihnya apabila persaudaraan yang erat dimusnahkan dengan beberapa saat sahaja sifat tamak haloba.

3. Tamak haloba yang berdasarkan hawa nafsu, ditambahi dengan kurang didikan agama adalah penyebab kepada kemusnahan persaudaraan. Masyarakat keliling yang tidak bertanggungjawab yang meagapi-apikan lagi persengketaan sememangnya manusia durjana yang tidak mengenal hari pembalasan.

4. Peristiwa dulu kala tidak perlu diungkit, apatah lagi apabila sifat dengki terhadap adik beradik yang mendapat rezeki daripada Ilahi. Lantas diungkit peristiwa lama yang telah selesai dek tamak haloba dan jahil serta sifat dengki dalam hati. 

5. Ini menyebabkan perbalahan antara kabilah keluarga yang entah bila akan berbaik semula. Orang yang mulakan dulu persengketaan ini harus bertanggungjawab yang mana hatinya penuh dengan sifat tamak haloba hingga adik beradik tiada nilai lagi.

6. Keluarga harus dididik dengan agama supaya sifat tamak haloba tidak boleh bermaharajalela, harta setitik pun boleh rosak saudara. Anak saudara yang mudah berkata celaka kepada ibu saudaranya adalah anak saudara derhaka, lupa susu ibu saudara yang pernah dihisapnya semasa kecil kerana diri telah dimasuki syaitan.

7. Adakala suaminya berlagak warak, sedangkan perangainya seperti syaitan dan hati penuh dengan kehitaman. Dari dulu cuba berlagak baik walhal jahat seperti syaitan.

8. Penyelesaiannya, perlu kembali kepada agama dan taubat nasuha serta didikan keluarga secara Islam, dengan ilmu agama yang sempurna supaya tiada lagi sifat tamak haloba dan jiwa syaitan mempengaruhi diri.

Rabu, 6 November 2013

Lawatan ke Kapit, Sarawak

Kapit merupakan salah satu kawasan di Sarawak. Majoriti penduduknya adalah Kaum Iban. Walau bagaimanapun, ekonomi penduduk di Kapit dikuasai oleh Kaum Cina, maka tidak hairanlah apabila kita pergi ke Kapit, 99% kedai dan restauran dimiliki oleh Kaum Cina.

Perjalanan ke Kapit mengambil masa selama lebih kurang 3 jam daripada Sibu dengan menaiki Feri. Perjalanan ini amat menarik memandangkan kita boleh melihat keindahan alam fauna dan pemandangan semasa menyusuri sungai tersebut.

Walau bagaimanapun, bagi orang muslim, tidak banyak pilihan kedai makan yang ada dimana untuk sarapan pagi hingga tengahari, anda boleh pergi ke Gelanggang Kenyalang. Pada malamnya, anda boleh ke Tempat Open Air di tengah Pekan Kapit bagi mendapatkan makanan halal memandangkan orang muslim mulai buka kedai makan mulai petang hingga malam.

Untuk mendapatkan bekalan makanan halal, hanya satu kedai runcit muslim sahaja di Kapit iaitu Syarikat Haji Radin Budiman.

Kita juga boleh mendapatkan barangan mentah seperti ikan, sayur dan sebagainya di Market Teresang dimana aktiviti ekonomi ini agak rancak pada hujung minggu.

Kemudahan di Pekan Kapit amat membanggakan dimana ada kemudahan bank, Wisma Persekutuan, Pejabat Daerah, Petronas dan sebagainya.  

Market Teresang Kapit dimana aktiviti ekonomi rancak pada hujung minggu

Disini ada kedai makan Muslim. Pagi sampai tengahari sahaja.

 Feri akan berhenti di terminal ini

Satu-satunya kedai muslim di Kapit iaitu Syarikat Haji Radin Budiman

Anda boleh bermalam di Hotel Meligai Kapit


Tempat lepak di tengah-tengah Pekan Kapit


Isnin, 7 Oktober 2013

Tali Air Yang Sudah Tiada Airnya


1. Sawah padi begitu sinonim dengan orang Melayu. Tali air berfungsi mengalirkan air ke dalam sawah-sawah padi dan ianya begitu signifikan hinggakan adanya agensi Kerajaan yang menguruskan bekalan air untuk sawah-sawah padi ini. Dulu, kebanyakan orang Melayu bertanam padi dan ianya telah menjadi satu keperluan bagi orang Melayu pada ketika itu.

2. Namun kini, semuanya tinggal kenangan. Tali air yang dulunya dipenuhi dengan air kini semakin kekeringan. Jumlah sawah padi semakin hari semakin berkurangan, ada yang ditukar menjadi kebun dan ada yang dibuat sebagai tapak rumah.

3. Keadaan ini berlaku kerana pulangan padi yang tidak setimpal dengan usaha orang kampung. Lebih-lebih lagi banyak beras siam yang melimpah ke tanah kita. Maka, kita secara tidak langsung telah menjadi pembeli kerana tiada bekalan beras yang disimpan dalam paloh seperti dulu. 

4. Faktor air dan golongan belia yang lebih suka bekerja kilang serta makan gaji menyebabkan bekalan beras tempatan tidak mencukupi dan terpaksa mengimport daripada negera seberang. Harga beras juga semakin mahal berbanding dulu dengan nilai wang kita yang semakin susut tahun demi tahun.

5. Justeru itu, semangat PADI harus disuburkan kembali dan sokongan pihak Kerajaan amatlah ditagih untuk memastikan bekalan beras mencukupi untuk negara kita. Kita tidak perlu lagi mengimport beras dari negara seberang kerana semangat PADI telah kembali bersama kita.