Khamis, 4 Disember 2008

Mana Pergi Wakil PAS

Y.B. Lim Kit Siang di Dewan Rakyat hari ini telah membawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66 (9) dalam Perbahasan Bajet Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 bagi Kementerian Dalam Negeri. Usul tersebut ialah "Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10.00 daripada perkara Polis Diraja Malaysia 020000 Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Ketua Polis Negara sebanyak RM10.00". Wakil-wakil Pembangkang telah dijemput oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat tetapi malangnya apabila Yang Dipertua memanggil wakil daripada PAS, tiada yang berdiri untuk memberi ucapan atau mungkin wakil PAS tiada dalam Dewan pada waktu itu. Maka Y.B. Azmin Ali telah bangun untuk membahaskan perkara ini mengisi ruang yang beri kepada PAS. Kebiasaannya Yang Dipertua Dewan Rakyat akan bagi kepada setiap wakil parti untuk berucap tetapi peluang ini tidak diambil oleh PAS. Aamat malang bila tiada wakil PAS membahaskan perkara ini, dan ia juga perkara yang memalukan

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ana Dzorif,

kenapa telefon tak angkat pada 25. 12. 2008 ana di putrajaya masa tu. dah tukor nombor ke atau h/phone dah hilang. kalau nhilang i nombor ana yg lama 016-6248730