Khamis, 4 Disember 2008

Mana Pergi Wakil PAS

Y.B. Lim Kit Siang di Dewan Rakyat hari ini telah membawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66 (9) dalam Perbahasan Bajet Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 bagi Kementerian Dalam Negeri. Usul tersebut ialah "Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10.00 daripada perkara Polis Diraja Malaysia 020000 Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Ketua Polis Negara sebanyak RM10.00". Wakil-wakil Pembangkang telah dijemput oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat tetapi malangnya apabila Yang Dipertua memanggil wakil daripada PAS, tiada yang berdiri untuk memberi ucapan atau mungkin wakil PAS tiada dalam Dewan pada waktu itu. Maka Y.B. Azmin Ali telah bangun untuk membahaskan perkara ini mengisi ruang yang beri kepada PAS. Kebiasaannya Yang Dipertua Dewan Rakyat akan bagi kepada setiap wakil parti untuk berucap tetapi peluang ini tidak diambil oleh PAS. Aamat malang bila tiada wakil PAS membahaskan perkara ini, dan ia juga perkara yang memalukan

Usul Kit Siang Ditolak Oleh Timbalan Yang Dipertua

Y.B. Lim Kit Siang, Ipoh Timur telah mencadangkan supaya Y.B. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun dibawa ke Jawatankuasa Khas dan Kebebasan ekoran daripada kenyataan beliau terhadap mantan Naib Canselor Universiti Malaya. Usul ini telah ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar pada Perbahasan Bajet 2009 di Peringkat Jawatankuasa hari ini, iaitu hari yang terakhir Perbahasan Bajet 2009 di Peringkat Jawatankuasa. Walaubagaimanapun, Datuk Idris Harun tidak hadir di Dewan Rakyat pada hari ini.

Rabu, 3 Disember 2008

Satu Sistem Pendidikan

Saya secara peribadi menyokong dan bersetuju apa yang telah diperkatakan oleh Datuk Mukriz Mahathir mengenai satu sistem pendidikan. Saya merasakan bahawa sudah sampai masanya sekolah yang berasaskan kaum itu dihapuskan dan semua pelajar itu memasuki sekolah kebangsaan. Jikalau kita masih dengan sistem pendidikan zaman penjajah ini, mustahil untuk kita mencapai satu matlamat untuk mewujudkan bangsa Malaysia dan mempertahankan serta memperkuatkan perpaduan nasional yang dikecapi sekarang ini. Amat malang bagi kita bila masih ada lagi Orang Cina dan Orang India tidak dapat bercakap Bahasa Kebangsaan. Ada juga dikalangan Orang Cina dan Orang India yang tidak dapat bercakap Bahasa Kebangsaan dengan betul. Yang menyedihkan lagi ialah bila ada dikalangan Ahli Dewan Rakyat tidak dapat bercakap dengan fasih Bahasa Kebangsaan. Tidak malukah golongan ini sebagai orang yang penting dalam Malaysia, terlibat dengan pembentukan Undang-Undang dalam negara kita, Bahasa Kebangsaan pun terkontang-kanting. Justeru itu, sudah tiba masanya Orang Cina dan Orang India berkorban dan menerima satu sistem pendidikan, iaitu sekolah kebangsaan supaya mereka dapat bergaul dengan Orang Melayu. Saya yakin bahasa mereka akan dapat diperbaiki dan kelangsungan kepada perpaduan nasional dapat dipelihara.

Mukhriz tidak akan tarik balik cadangan

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya berhubung cadangan agar diwujudkan hanya satu sistem pendidikan di negara ini.
''Saya tidak nampak apa yang saya cakap itu salah kerana kita menyentuh soal perpaduan. Adakah tarik balik ini bermaksud kita tidak mahu kepada perpaduan?
''Sedangkan setiap hari saya dengar dalam Dewan Rakyat ini, kita sentiasa bercakap mengenai soal perpaduan, tetapi setakat cakap saja, retorik semata-mata, tetapi tidak mahu melakukan sesuatu, saya ingat ia langsung tidak bermakna," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tentangan beberapa pihak dan gesaan beliau menarik balik cadangan yang dibuatnya semalam berhubung kewujudan satu sistem pendidikan kebangsaan yang bertujuan menyatupadukan rakyat dan mengatasi masalah polarisasi antara kaum.
Ditanya kenapa sukar bagi kaum bukan Melayu untuk menerima cadangan itu, katanya, beliau sendiri tertanya-tanya sebabnya.
''Pada satu pihak, mereka bercakap mengenai perpaduan, tetapi pada waktu yang sama, kita seolah-olah tidak ada satu keazaman politik untuk membawa perubahan yang positif kerana mungkin ada impak politik yang negatif terhadap diri mereka sendiri," katanya.

Selasa, 25 November 2008

Perbahasan Bajet 2009 di Peringkat Jawatankuasa pada 25 NOvember 2008

Selepas sesi soalan lisan Dewan Rakyat pada pukul 11.30 pagi, Timbalan Speaker Dewan Rakyat telah membacakan usul yang dibawa oleh Y.B. Bukit Gelugor supaya Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Rengas di bawa ke Jawankuasa Khas atas alasan berbohong kepada Dewan mengenai kes pemecatan hakim di zaman Tun Dr. Mahathit Mohamad (Kes pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara dan Hakim-Hakim lain). Timbalan Speaker telah mengambil contoh kes-kes seumpama ini yang berlaku di negara Komanwel yang lain dan membuat keputusan bahawa usul ini ditolak. Kemudian Y.B. Kubang Kerian bangun dan memberi pandangan bahawa Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini memohon maaf diatas kesilapan itu kerana kemungkinan beliau tidak tahu fakta yang sebenar namun ditolak oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Selepas itu bangun Y.B. Puchong meminta penjelasan daripada Timbalan Speaker mengenai perkara ini dengan nada yang kuat menyebabkan beliau telah digantung selama dua hari. Dewan Rakyat kecoh untuk seketika sehinggalah Perbahasan Bajet 2009 di Peringakat Jawatankuasa disambung balik dimana giliran Menteri Pengangkutan menggulung.

Perbahasan Bajet 2009 di Peringkat Jawatankuasa pada 24 November 2008

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato` Seri Nazri Aziz mengusulkan supaya sidang Dewab Rakyat dilanjutkan sehingga pukul 9.30 malam dan ini disokong oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW), Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Jarang sekali Perbahasan Bajet 2009 di Peringkat Jawatankuasa dilanjutkan sehinggan malam. Justeru itu, terpaksalah semua petugas parlimen Kementerian dan Jabatan serta Agensi Kerajaan menunggu sehingga malam. Saya secara peribadi memuji ketabahan dan kesungguhan pegawai-pegawai Kerajaan ini. Malam itu juga giliran Kementerian Kerja Raya menggulung tetapi Menterinya ke Sabah yang menyebabkan penggulungan itu dibuat oleh Timbalan Menteri. Alangkah letihnya mendengarnya penggulungan Timbalan Menteri itu yang semacam tidak bertenaga dan tidak jelas. Ahli Parlimen Batu Gajah telah mengambil peluang ini untuk membelasah dan mempersoalkan jawapan Timbalan Menteri tersebut. Pada pandangan saya, sepatutnya Menteri Kerja Raya sendiri yang menggulung perbahasan tersebut, bukan ditugaskan kepada Timbalan Menterinya.

Selasa, 18 November 2008

Penggulungan Bajet 2009 Di Peringkat Jawatankuasa

Berhari-hari kami menunggu giliran Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah bagi sesi penggulungan Kementerian di peringkat jawatankuasa. Sebelum ini di peringkat dasar dimana kami telah melalui dengan baik sekali. Perbahasan Ahli-Ahli Parlimen saya ikuti dengan sebaiknya. Pertamanya saya melihat ahli-ahli parlimen bukan melayu khususnya daripada kaum cina, mereka harus memperbaiki penguasaan bahasa malaysia mereka. Tidak salah bagi mereka jikalau mengambil kelas tambahan untuk belajar Bahasa Malaysia. Yang keduanya pertanyaan-pertanyaan daripada ahli parlimen, ada dikalangan mereka itu tidak study dahulu sebelum mengemukakan soalan, contohnya Yang Berhormat Kuala Krai yang meminta supaya Kementerian Kemajuan Luar Dan Wilayah memasukkan seorang wakil Kerajaan Negeri Kelantan dalam ahli lembaga KESEDAR sedangkan dah ada wakil Kerajaan Negeri kelantan dalam KESEDAR. Walaubagaimanapun, ada juga cadangan dan saranan ahli-ahli Yang Berhormat yang boleh diambil perkiraan. Y.B. Menteri Kemajuan Luar Bandar telah menyampaikan dengan baik penggulungan di Peringkat Jawatankuasa ini.

PELAN INTEGRITI NASIONAL


LATAR BELAKANG PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

Menyedari tentang pentingnya integriti di kalangan masyarakat, Kerajaan telah menyediakan dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pelan ini dibangunkan dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Pelan seumpama ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak konsisten dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor.
Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.
PIN yang dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, adalah selaras dengan cabaran ke empat Wawasan 2020 iaitu untuk “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”. Objektif khusus PIN adalah;
1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnyacabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Untuk melaksanakan PIN, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah ditubuhkan dengan peranan utamanya untuk mengkoordinasikan dan memantau pelaksanaan PIN. IIM telah didaftarkan sebagai sebuah badan bebas berstatus syarikat jaminan kerajaan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 4 Mac 2005. Penubuhan IIM ini telah diumumkan kepada masyarakat pada 23 April 2004 bersempena dengan pelancaran PIN. IIM dikawal oleh sebuah Lembaga Pengarah yang
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan dianggotai oleh beberapa orang tokoh yang berwibawa dalam bidang masing-masing.
Gerakan pemantapan integriti semua lapisan masyarakat berdasarkan PIN dan dikoordinasikan pelaksanaannya oleh IIM diharapkan akan menjadi inspirasi dan kekuatan bagi membina Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
TEKAD 2008

Kearah pemantapan integriti supaya berjalan lancar dan mencapai matlamatnya, maka Pelan Integriti Nasional (PIN) telah menyusun dan menetapkan sasarannya yang dikenali sebagai TEKAD 2008 untuk dicapai dalam tempoh lima tahun pertamanya (2004-2008). Terdapat lima sasaran yang digariskan melalui TEKAD 2008, iaitu;
Sasaran pertama, mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan. Bagi tujuan pemantauan dan penanda aras sasaran ini akan mengguna pakai tanda aras antarabangsa dan juga dalam negeri. Tanda aras antarabangsa yang digunakan dalam menilai tahap rasuah ialah kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International. Indeks kejayaan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam
menyiasat dan jumlah kes yang diselesaikan turut digunakan sebagai penanda aras pencapaian sasaranan pertama ini.
Sasaran ke-2, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi. Bagi agensi yang berada dibawah kawal selia sektor kerajaan, indeks persepsi awam digunakan sebagai penanda aras. Dalam sasaran kedua ini yang perlu dicapai ialah skor mata supaya berada dibawah paras 2.5 mata yang mana skor 1 adalah yang terbaik dan skor 5 yang terburuk. Agensi kerajaan yang lain seperti Biro Pengaduan Awam
(BPA), BPR dan Ketua Audit Negara digunakan untuk melihat bilangan aduan dan maklum balas masyarakat umum.
Aduan yang dibuat menerusi jabatan atau agensi kerajaan serta saluran aduan lainnya yang boleh dijadikan sumber maklumat menilai tahap perkhidmatan. Sekiranya sesuai tanda aras antarabangsa dan dalam negeri akan diambil kira untuk mengukur kecekapan pentadbiran kerajaan.
Sasaran ke-3 ialah meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan. Sebagai petunjuk meningkatnya tadbir urus korporat dan etika perniagaan ialah peningkatan jumlah syarikat korporat yang mematuhi syarat-syarat penyenaraian di Malaysia Securities Exchange Berhad (MSEB). Kes-kes penipuan korporat juga berkurangan dan bertambahnya bilangan syarikat-syarikat yang menerima pakai Rukuniaga Malaysia dalam urusan perniagaan mereka juga akan dinilai bagi mengukur pencapaian yang disasarkan. Prestasi pencapaian sasaran ke-3 ini turut melihat peningkatan tender yang dilakukan secara telus dan merosotnya tender yang dibuat secara langsung. Berkurangnya kes pelanggaran terhadap Akta perlindungan Pengguna 1999 akan membuktikan tadbir urus korporat dan etika perniagaan bertambah baik dan
diamalkan secara berterusan.
Sasaran yang ke-4 ialah memantapkan institusi keluarga. Sasaran ini memberikan penekanan untuk melahirkan keluarga yang mempunyai daya tahan yang kukuh dan kehidupan keluarga yang sejahtera dan bahagia. Pengurangan kadar perceraian, pengurangan konflik keluarga seperti isu perebut harta dan hak penjagaan anak-anak dan pengurangan kadar keganasan rumahtangga adalah menjadi petunjuk kepada pencapaian sasaran ini. Selain dari itu peningkatan bantuan kepada keluarga ibu dan bapa tunggal turut berperanan bebagai penanda aras. Kadar pengabaian warga tua dan kadar penderaan serta pengabaian kanak-kanak perlu berkurangan dalam masyarakat dan ini juga akan digunakan untuk menentukan pencapaian sasaran yang ke-4 ini.
Sasaran terakhir, yang ke-5 ialah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Pengurangan kadar jenayah dalam masyarakat diambil sebagai petunjuk kepada tahap kehidupan masyarakat yang lebih selamat. Jenayah yang dimaksudkan termasuklah jenayah berat, jenayah seks dan harta benda. Kadar gejala sosial seperti penagihan dadah, perlakuan seks rambang dan bebas yang menjadi punca HIV dan AIDS serta pasangan yang bersekedudukan. Pengurangan kadar ini diambil sebagai petunjuk kepada kehidupan masyarakat yang lebih sihat daan bermoral. Kes kemalangan jalanraya yang berkurangan juga mencerminkan meningkatnya etika pemanduan dan ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang lalulintas. Keberkesanan pendidikan sivik dikalangan pelajar dan tahap disiplin pelajar
yang meningkat serta berkurangnya salah laku pelajar juga akan dinilai untuk menunjukkan bahawa masyarakat telah mencapai keselesaan hidup yang terbaik. Kurangnya kes pencemaran alam sekitar akan memperlihatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya pembangunan yang seimbang.

Hakikatnya semua sasaran yang hendak dicapai ini sukar untuk diukur dan ianya lebih bersifat sebjektif, tetapi anggota masyarakat dapat menilai berdasarkan pemerhatian dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun penanda aras yang digunakan akan dapat memberikan gambaran tahap pencapaian sasaran TEKAD 2008.

GERAKAN PEMANTAPAN INTEGRITI

Gerakan pemantapan integriti adalah satu gerakan menyeluruh dan berterusan yang dipandukan oleh prinsip dan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN). Pendekatan umum PIN ialah menggerakkan semua komponen dan sektor negara dan masyarakat supaya mendukung dan menghayati objektif dan matlamat PIN serta bekerjasama dan berkoordinasi di antara satu sama lain untuk mencapai cita-citanya. Pendekatan ini melibatkan penjalinan kekuatan pelbagai komponen dari bawah' yang bekerjasama sesama sendiri serta penggemblengan kekuatan tersebut dengan 'pihak atas' untuk tujuan meningkatkan integriti. Di antara pelbagai komponen itu terdapat timbal balas yang berterusan. Sementara 'pihak atas' memberikan bimbingan dan menunjukkan teladan mengenai integriti, 'pihak bawah' pula memberikan sokongan, maklum balas dan kawalan kepada 'pihak atas'. Dengan cara ini, gerakan pemantapan integriti meningkatkan dinamika dan kekuatannya.
Setiap komponen atau sektor perlu mempunyai dan melaksanakan strategi dan program integriti masing-masing selaras dengan PIN. Strategi, program dan aktiviti itu perlu diulangkaji dari masa ke semasa. Ulangkaji itu ialah untuk menilai keberkesanan dan memperbaiki kelemahannya agar integriti secara selangkah demi selangkah menjadi budaya masyarakat dalam jangka panjang.
Keseluruhan komponen atau institusi berikut terlibat dalam gerakan ini:
a) Keluarga;
b) Komuniti;
c) Masyarakat Sivil (Pertubuhan-pertubuhan Masyarakat);
d) Sosiobudaya (pendidikan, kesihatan, sukan dan rekreasi, media massa, seni, sastera dan warisan);
e) Agama
f) Ekonomi
g) Politik; dan
h) Pentadbiran

MEKANISME PELAKSANAAN

Pelaksanaan dan penyelarasan program integriti di setiap komponen atau institusi adalah tanggungjawab agensi yang sudah sedia wujud dalam komponen itu sendiri. Bagi komponen yang tidak ataupun belum mempunyai mekanisme berkenaan, usaha ke arah pembentukan mekanisme ini perlu dilakukan. Pada masa ini di sektor awam sudahpun terdapat mekanisme pelaksanaan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di pelbagai peringkat. Mekanisme ini perlu diperkukuhkan dengan komitmen yang lebih tinggi dari semua lapisan kepimpinan supaya ia menjadi lebih berkesan. Bagi sektor swasta, terdapat badan-badan yang mewakili kepentingan majikan seperti dewan perniagaan dan persatuan lain yang boleh memainkan peranan ini. Badan pengawalan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) berperanan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan untuk sektor sektor berkenaan.
Bagi komponen lain seperti keluarga, komuniti, masyarakat sivil, dan sosiobudaya, terdapat pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sudah sedia wujud dan yang boleh menjadi penggerak dalam melaksanakan program integriti masing-masing. Pemantauan oleh mana-mana agensi seperti Pendaftar Pertubuhan, misalnya, perlu dilakukansecara berkesan. Walau bagaimanapun, pemantauan dan penyelarasan paling berkesan ialah oleh badan-badan dalam komponen itu sendiri.
Kepentingan golongan pelajar, belia, wanita, golongan agama dan pelbagai kumpulan etnik, khususnya golongan minoriti, penduduk bandar dan luar bandar serta golongan bawahan, perlu diberikan perhatian khusus dalam gerakan pemantapan integriti. Pemerkasaan atau empowerment melalui penglibatan golongan-golongan ini dalam proses pembuatan keputusan di pelbagai peringkat patut dititikberatkan, manakala perasaan tersisih atau terpinggir perlu diatasi. Pelaksanaan dan penyelarasan program integriti masing-masing juga harus dilakukan melalui pelbagai badan yang sedia wujud.
Bagi kelompok seperti pelajar, belia, dan wanita, terdapat banyak organisasi yang mewakili mereka. Bahkan, di peringkat kebangsaan masing-masing mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Majlis Perundingan Belia Kebangsaan, dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Bagi golongan pekerja, terdapat CUEPACS dan MTUC masing-masing untuk pekerja sektor awam dan sektor swasta. Bagi golongan petani dan nelayan, terdapat Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan, untuk kelompok masing-masing yang bergerak di peringkat nasional dan juga peringkat akar umbi. Bagi penganut agama, terdapat banyak pertubuhan dan institusi agama pelbagai kaum di peringkat nasional dan tempatan. Badan-badan ini perlu membimbing ahli mereka supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni agama masing-masing. Badan-badan ini juga perlu memainkan peranan mengukuhkan perpaduan dan persahabatan, sekaligus memupuk sikap saling memahami dan menghormati antara penganut agama yang berlainan. Kelompok etnik mempunyai banyak pertubuhan khusus yang mewakili kepentingan etnik masing-masing. Hak dan kepentingan wajar golongan etnik perlu dihormati. Namun, kecenderungan bergerak mengikut garis etnik perlu diselaraskan dengan kepentingan membina sebuah komuniti nasional yang bersatu padu dan harmoni. Pelbagai pertubuhan yang mewakili kepentingan etnik perlu melaksanakan program integriti masing-masing yang menitikberatkan nilai perpaduan, persefahaman dan kerjasama antara kaum di samping menekankan nilai-nilai terbaik etnik masingmasing. Untuk menjamin kejayaan gerakan pemantapan integriti, pelaksanaan, pemantauan, serta koordinasi atau penyelarasan pelaksanaan program haruslah dilakukan 'dari bawah' melalui pemerkasaan komponen atau sektor masing-masing. Pemantauan dan penyelarasan yang dilakukan secara pentadbiran yang birokratik boleh membantut daya usaha akar umbi dan ini harus dielakkan. Sensitiviti pelbagai lapisan atau komponen masyarakat terhadap campur tangan pihak lain perlu diambil perhatian. Sikap terhadap mana-mana golongan ataupun pertubuhan perlu tepat dan membina. Tindakan melabelkan mereka oleh pihak berkuasa dan pihak lain tidak harus dilakukan.

STRATEGI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN INTEGRITI

Keseluruhan pendekatan, strategi, dan pelan tindakan bagi mencapai objektif dan sasaran PIN merupakan salah satu agenda utama negara, dan kini dirujuk sebagai Agenda Integriti. Matlamat Agenda Integriti boleh dicapai dengan mengatur secara rapi Strategi Pelaksanaan dan Pelan Tindakan untuk pelbagai institusi masyarakat dan negara. Dari segi strategi pelaksanaan, pucuk pimpinan perlu memberikan isyarat yang jelas, tegas dan konsisten tentang komitmen mereka melaksanakan Agenda Integriti. Komitmen yang sama perlu ditunjukkan oleh anggota lain dalam kepimpinan negara. Isyarat sedemikian akan mengobarkan semangat, keyakinan dan keghairahan rakyat untuk turut bersama dengan kepimpinan sesuai dengan prinsip "Rakyat menyokong pemimpin yang menyokong rakyat". Sebagai strategi jangka panjang, gerakan pemantapan integriti harus mempunyai asas yang kukuh. Asas ini perlu dibina dari
bawah dengan melibatkan institusi paling asas, iaitu keluarga, komuniti dan masyarakat sivil.
Pembabitan keluarga dan komuniti setempat dalam gerakan pemantapan integriti akan menjamin kejayaan agenda menjadikan integriti budaya masyarakat dalam jangka panjang. Pendekatan ini selaras dengan hakikat bahawa masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang berorientasikan keluarga dan komuniti. Kini, nilai keluarga dan komuniti masih kukuh dan mendalam walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran. Justeru, bagi memastikan penerusan keteguhan nilai-nilai itu, pembinaan integriti harus bermula daripada keluarga. Keluarga adalah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai murni dalam diri anggotanya. Keluarga membimbing tingkah laku dan membentuk serta memantapkan integriti anggotanya. Tumpuan pembentukan nilai-nilai murni harus bermula daripada kanak-kanak manakala ibu bapa dan penjaga harus membimbing dan menjadi teladan yang baik. Dengan demikian, dalam gerakan pemantapan integriti, institusi keluarga memainkan peranan utama.
Agenda Integriti untuk keluarga ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia;
• Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani; dan
• Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.
Institusi keluarga berada di tengah-tengah komuniti atau masyarakat setempat. Komuniti terdiri daripada keluarga dan kelompok-kelompok kejiranan yang menjalin rangkaian sehingga menjadi komuniti yang lebih luas. Pelaksanaan Agenda Integriti untuk keluarga berkaitan erat dengan Agenda Integriti untuk komuniti. Dalam komuniti terdapat pelbagai institusi tradisional seperti ketua kampung, imam, penghulu, pemanca dan ketua kaum yang sepatutnya menyemai nilai-nilai murni masyarakat kepada generasi baru. Kewujudan institusi seperti ini membantu pembentukan identiti berlandaskan nilai tradisi.
Selain itu terdapat pertubuhan akar umbi seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Penduduk yang menjaga kerukunan hidup dalam komuniti, termasuk menangani gejala sosial. Juga, terdapat institusi khusus seperti sekolah, pusat asuhan kanak-kanak, tadika, masjid, surau, pusat mengaji al-Quran dan institusi ibadat lain yang boleh berperanan membina jasmani, emosi, rohani dan intelek kanak-kanak.
Agenda Integriti untuk komuniti ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti;
• Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti; dan
• Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.
Ruang di antara keluarga dan komuniti dengan institusi besar, khususnya negara dan kuasa pasaran atau institusi ekonomi ialah ruang masyarakat sivil. Melalui proses modenisasi, perkembangan kelas menengah, pengaruh dan interaksi dengan dunia antarabangsa serta impak globalisasi, ruang masyarakat sivil semakin berkembang. Dalam ruang ini terdapat pelbagai pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil (Civil Society Organisation - CSO) yang memperjuangkan pelbagai isu seperti hak wanita, pengguna, alam sekitar dan hak asasi man usia. Pertubuhan-pertubuhan ini juga bergiat memajukan profesion atau aktiviti tertentu seperti sukan, kesenian, kebudayaan dan aktiviti keagamaan; ataupun berperanan sebagai pemberi khidmat penjagaan.
Agenda Integriti untuk masyarakat sivil ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Peningkatan integriti masyarakat sivil - badan bukan kerajaan;
• Peningkatan sumbangan CSO kepada usaha pemantapan integriti; dan
• Pengukuhan kerjasama antara CSO, kerajaan dan swasta untuk pemantapan integriti.
Begitu juga dengan institusi sosiobudaya yang merangkumi pendidikan (sekolah, kolej dan universiti), kesihatan, rekreasi dan sukan, media massa serta seni, sastera dan warisan turut memainkan peranan membina dan mengukuhkan integriti masyarakat dan negara. Institusi ini menyumbang kepada pembinaan modal sosial, meningkatkan kesihatan dan keceriaan, memupuk perasaan kekitaan, menangani gejala sosial dan lain-lain. Dengan demikian, institusi tersebut mempunyai pengaruh besar terhadap pengukuhan integriti keluarga, komuniti dan seterusnya masyarakat dan negara.
Agenda Integriti untuk institusi sosiobudaya ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti;
• Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan rohani; dan
• Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti warga negara.
Masyarakat Malaysia berbilang kaum dan agama. Institusi agama sangat penting dalam membina integriti individu, masyarakat dan negara. Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di dalam diri individu dan keluarga berlandaskan ajaran agama masing-masing. la juga dilakukan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengurusan pelbagai institusi lain termasuk pendidikan, media, ekonomi, politik dan pentadbiran. Oleh yang demikian, institusi agama dan kepelbagaian agama perlu ditangani sebaik mungkin.
Agenda Integriti untuk institusi agama ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama;
• Penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran agama; dan
• Peningkatan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.

Institusi ekonomi adalah institusi yang memakmurkan masyarakat dan negara melalui proses pengeluaran dan penyediaan peluang pekerjaan. Bergerak dalam ruang ini ialah banyak syarikat korporat dan syarikat besar lain, di samping perusahaan sederhana dan keci!. Mereka telah membuat sumbangan penting kepada kemajuan negara dan kemakmuran rakyat Malaysia pada hari ini. Selain itu terdapat organisasi ya~ mewakili kepentingan majikan dan kepentingan pekerja. Organisasi ini memainkan peranan masing-masing dalam memelihara hubungan yang
membolehkan urusan ekonomi dan pekerjaan dilaksanakan dengan berkesan.
Agenda Integriti untuk institusi ekonomi ialah bagi mencapai objektit berikut:
• Pemantapan integriti sektor korporat;
• Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika; dan
• Pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti ekonomi.
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem politik demokrasi dengan pemerintah dipilih melalui pilihanraya. Sistem ini menggabungkan institusi raja berperlembagaan dengan sistem pemerintahan berparti di peringkat pusat dan negeri dengan pilihan raya dijalankan secara berkala. Sistem ini, yang sudah dilaksanakan semenjak kemerdekaan, terbukti berkesan dan berjaya membawa kestabilan, keharmonian dan pembangunan kepada rakyat berbilang kaum. Justeru, sistem ini perlu dipertahankan dan dikembangkan manakala pelbagai kelemahan dan kekurangannya diperbaiki. Cabaran terbesar parti dan ahli politik, terutamanya bagi parti yang memegang kuasa ialah memantapkan integriti dan menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat. Hasil kemajuan pendidikan dan pendedahan kepada dunia luar, rakyat semakin sedar tentang hak mereka. Dengan itu, mereka semakin tidak teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan bagi mendapatkan hak mereka itu. Rakyat juga mahu gelanggang politik menjadi medan yang bersih dan landasan memajukan masyarakat dan negara. Justeru, rakyat menuntut mereka yang menceburi politik atau yang berkuasa supaya bersifat amanah, telus, bertanggungjawab, serta benar-benar berkhidmat demi kepentingan rakyat dan negara. Bahkan, rakyat meletakkan parti dan ahli politik di bawah kanta mikroskop untuk dinilai. Selain itu, rakyat mahukan gelaran "Yang Berhormat" menjadi "Yang Berkhidmat". Wakil-wakil Rakyat juga dikehendaki berpegang pada etika dan prinsip "bekerja
bersama-sama ketua, bukan untuk ketua, tetapi untuk rakyat dan negara". Agenda Integriti untuk institusi politik ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pengekalan keluhuran Perlembagaan dan sist~m politik negara;
• Pengekalan kedaulatan dan peningkatan keutuhan institusi parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur;
• Pengamalan politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan sendiri; dan
• Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik.
Institusi pentadbiran di Malaysia adalah antara yang terbaik di negara membangun. Jentera pentadbiran bersama-sama dengan jentera politik merupakan tulang belakang kekuatan masyarakat dan negara. Pentadbiran merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan sesuatu dasar dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Pentadbiran sektor awam adalah peneraju utama yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara. Sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam yang cekap dan berkualiti amat perlu bagi memenuhi keperluan masyarakat dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat. Oleh yang demikian, integriti jentera pentadbiran sangat penting ditangani.
Agenda integriti untuk institusi pentadbiran ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik; dan
• Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.

Kesimpulan

Pelaksanaan pelbagai strategi dan pelan tindakan untuk setiap institusi dan sektor dalam masyarakat dan negara seperti yang digariskan di atas akan meningkatkan daya tahan gerakan pemantapan etika dan integriti. Semua ini akan menyumbang kepada pembangunan yang seimbang dan lestari, kestabilan politik dan keharmonian kehidupan rakyat pelbagai kaum serta peningkatan kesejahteraan hidup rakyat. Bagi menentukan agar setiap komponen atau sektor dapat bertemu, berkongsi pengalaman dan berdialog antara satu sama lain di pelbagai peringkat, menilai keberkesanan program integriti masing-masing serta membaharui komitmen mereka kepada usaha peningkatan integriti, satu Konvensyen Integriti perlu diadakan secara berkala. Konvensyen yang menjadi forum pertemuan semua komponen dan sektor ini akan dianjurkan di pelbagai peringkat dengan kemuncaknya di peringkat kebangsaan. Institut Integriti Malaysia (IIM) yang ditubuhkan serentak dengan pelancaran PIN berperanan selaku penganjur Konvensyen ini secara bersama dengan pelbagai sektor berkenaan. IIM juga berperanan selaku penyalur sebarang perakuan yang terbit daripada Konvensyen tersebut kepada Kerajaan serta pelbagai pihak lain yang bekenaan.

Rabu, 29 Oktober 2008

Kes Saya Dengan Syarikat Strata Merge Sdn Bhd Dah Selesai

Untuk makluman tuan/puan, kes saya dengan syarikat Strata Merge Sdn Bhd dah pun selesai dan saya lihat kemajuan pembinaan rumah di Desa Bukit Ilmu, Machang, Kelantan bertambah baik. Dimaklumkan akan siap pada Januari 2009. Walaubagaimanapun, kita mengharapkan semoga rumah di Desa Ilmu tersebut cepat siap dan yang penting ialah perniagaan itu jelas dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Kalau ada masalah tidak salah jikalau pemaju beritahu pembeli secara jelas dan terang umpamanya laporan arkitek terhadap sesebuah rumah kerana ianya melibatkan potangan gaji pembeli. Apapun, saya ucapkan terima kasih kerana rumah saya hampir siap sepenuhnya walaupun dah lama bayar ansuran bulanannya, kini menunggu pemasangan wayar elektrik, mangkuk tandas, halaman rumah dan benda-benda teknikal yang lain. Terima kasih.

Letihnya Melayan Agen MLM

Semalam pintu rumah diketuk, jam menunjukkan pukul sebelas malam. Seorang kawan yang sama-sama belajar dengan saya dahulu semasa di Universiti datang berziarah. Bersama-sama beliau ialah dua orang suami isteri yang saya dah agak mungkin agen MLM. Semasa berjumpa dengannya dulu saya dah bagitau tak berminat dengan perniagaan MLM walaupun ianya memberi pulangan yang lumayan dengan syarat bekerja keras. Si anu ini duduk dirumah saya bercerita pasal MLM hingga pukul satu pagi. Dalam hati saya berkata bilalah si anu nak balik sebab mata dah mengantuk dan esok masih ada lagi kerja hendak diselesaikan. Ucapan penggulungan Menteri untuk perbahasan Bajet 2009 belum siap lagi. Kasihan isteri saya terpaksa melayan tetamu walaupun kelihatan dia dah mengantuk. Dah banyak kali si anu ini datang dengan keadaan sedemikian rupa dan setiap kali itulah kami kena bersabar dengan karenah si anu ini. Walaupun kita mengejar duit dan kekayaan, namun pada saya kita mesti ada akhlak dan menghormati tuan rumah. Tidak usahlah kita memaksa orang lain untuk menyertai MLM dengan tidak putus asa manjalankan kempen. Walaupun senarai seseorang dah dimasukkan dalam list untuk MLM tetapi hormatilah hak orang lain. Mesti ada batasan dalam berkempen. Ziarah itu adalah amalan mulia dalam Islam tetapi bila ada disebaliknya sesuatu ianya telah mencemar amalan yang mulia ini. Letih bila manusia berlumba-lumba mengejar kemewahan dunia....

Ahad, 12 Oktober 2008

Soalan Parlimen KKLW Adalah No 5

Aku ke cyber cafe sekejap untuk check soalan parlimen KKLW jatuh nombor berapa. Sibuk dengan program dan mesyuarat hingga terlupa menelefon Parlimen. Bila tengok soalan KKLW jatuh nombor 5. Aduh!!! Terpaksalah Menteri atau Timbalan Menteri kena jawab. Aku hanya berharap semoga Timbalan Menteri KKLW hadir esok untuk jawab soalan seperti dibawah ini.
Soalan nombor 5 :
Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan usaha untuk merapatkan 'jurang digital' di luar bandar khususnya cadangan untuk memperkenalkan komputer murah yang dikenali sebagai 'komputer makcik'.
Esok mesti awal ke parlimen untuk selesaikan perkara ini.

Khamis, 9 Oktober 2008

Majlis Hari Raya di Rumah Y.B. Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib

Majlis Hari Raya akan diadakan di kediaman Y.B. Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib pada 10 Oktober 2008, hari Jumaat daripada pukul 3.00 petang hingga 10.00 malam. Semua rakyat negeri Selangor dijemput ke majlis tersebut. Juga dijemput seluruh pimpinan masyarakat negeri Selangor. Peristiwa ini adalah penting dalam suasana Pak Lah yang telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya serta pergolakan dalam UMNO yang ingin menduduki kerusi nombor satu dan nombor dua. Berkemungkinan besar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor ini akan bertanding jawatan penting dalam UMNO. Harapan kita ialah beliau boleh membawa perubahan dalam UMNO yang tengah nazak ini. Pimpinan yang mempunyai pengalaman amat perlu dalam memperkasakan kembali UMNO yang sakit tenat ini supaya parti ini tidak menjadi peninggalan sejarah sejak tahun 1946. UMNO hendaklah kembali kepada perjuangan asal parti supaya ianya tetap relevan sebagai parti yang membela orang Melayu dan pengimbang kepada keharmornian kaum di Malaysia. Kekuatan Islam dan pengisiannya harus diberi nafas dalam UMNO dan perjuangannya harus berlandaskan kepada agama Islam yang benar ini.

Selasa, 7 Oktober 2008

Keputusan Abdullah esok atau lusa

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan pada esok atau Rabu ini keputusannya sama ada mahu mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac depan.
Perdana Menteri berkata, beliau juga akan menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Rabu ini bagi memaklumkan kepada para pemimpin parti komponen BN mengenai tindakan yang bakal beliau ambil.
“Rakan-rakan dalam BN telah memberikan petunjuk bahawa mereka mahu tahu apa yang bakal berlaku dan apakah pelan peralihan kuasa itu kerana Presiden UMNO akan menjadi Pengerusi BN,” ujarnya.
Abdullah berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Mesyuarat tersebut turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa menteri Kabinet.
Ditanya lebih lanjut mengenai tarikh spesifik untuk beliau mengumumkan kedudukannya dalam UMNO, Perdana Menteri mengulangi jawapan yang sama.
“Esok atau lusa,” ujar beliau.
Mengenai tindakan beberapa pemimpin UMNO mengumumkan keinginan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO walaupun beliau belum membuat keputusan berhubung penglibatannya dalam pemilihan parti, Abdullah berkata, ia merupakan hak calon-calon berkenaan.
Bagaimanapun, beliau yakin jumlah calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden akan berkurangan menjelang pemilihan Mac depan.
“Anda tunggulah. Lepas tidak berapa lama, akan ada beberapa nama yang berundur dan tinggal satu atau dua sahaja (yang mahu bertanding),” katanya.
Setakat ini, mereka yang telah menawarkan diri secara terbuka untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Seorang lagi pemimpin yang disebut-sebut berminat untuk bertanding jawatan itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, bagaimanapun, hanya akan membuat keputusan muktamad selepas Abdullah mengumumkan pendiriannya berhubung peralihan kuasa dalam UMNO.
Pada sidang akhbar yang sama, Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau akan menunaikan semua janjinya selama ini sebelum berundur daripada kerajaan.
Perdana Menteri juga berkata, reformasi badan kehakiman umpamanya akan tetap diteruskan walaupun bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah meletakkan jawatan.
Katanya, semua janji perubahan termasuk pembaharuan badan kehakiman yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum BN adalah daripada dirinya, justeru beliau bertanggungjawab memastikan ia dilaksanakan.
“Ada kerja yang perlu disiapkan. Pembaharuan yang saya janjikan kepada rakyat pastinya perlu saya buat,'' kata beliau.
Ditanya oleh wartawan asing mengapa Malaysia masih menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas ahli politik dan wartawan, beliau berkata, penguatkuasaan undang-undang itu dilakukan dengan cermat dan mengikut keperluan.
“Soalan ini sudah ditanya berulang kali. Sudah pasti ada sebab mengapa seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negara mengambil tindakan seumpama itu.
“Sebenarnya ada negara lain di dunia yang mempunyai undang-undang yang lebih tegas daripada ISA, setiap negara mempunyai kaedah tersendiri untuk menjaga keselamatannya," kata beliau.
Abdullah berkata, pengalamannya sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri memperlihatkan bahawa ISA adakalanya menjadi undang-undang terbaik yang boleh digunakan untuk menjaga keamanan negara.

Khamis, 25 September 2008

Penurunan harga minyak gagal tangani inflasi - Pakar ekonomi

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN dan SARAH NADLIN ROHIM
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel sebanyak 10 sen yang diumumkan pada hari ini, dilihat tidak mampu membantu menangani inflasi, dan juga meningkatkan kuasa membeli di kalangan pengguna.
Para ahli ekonomi dan penganalisis tempatan bersetuju bahawa harga itu sepatutnya diturunkan sekurang-kurangnya 30 sen kerana tindakan itu mampu mengurangkan peningkatan inflasi.
Ahli ekonomi tempatan, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, penurunan harga minyak sebanyak 10 sen tidak banyak membantu kerana jumlah itu adalah terlalu kecil dan tidak menggambarkan kedudukan semasa harga minyak dunia.
Beliau berkata, rakyat telah menaruh harapan yang tinggi bahawa kerajaan akan menurunkan harganya kepada satu paras 'munasabah', seiring dengan aliran penyusutan harga minyak dunia yang kini berada di sekitar bawah AS$110 (RM374) setong sejak hampir dua bulan.
Jelas beliau, kerajaan perlu lebih telus dalam mengemukakan mekanisme penurunan harga minyak yang dibuat supaya rakyat faham jumlah harga sebenar minyak, harga pasaran dan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.
''Tetapi saya berpendapat penurunan sebanyak 10 sen masih terlalu kecil berbanding dengan kenaikan yang dibuat pada pertengahan tahun ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pengumuman terbaru berkuatkuasa mulai tengah malam ini, akan menyaksikan orang ramai membayar RM2.45 dan RM2.40, masing-masing untuk seliter petrol dan diesel.
Pada awal Jun lalu, kerajaan mengumumkan harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter dan ia merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sebelum itu.
Harga diesel pula turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.
Bagaimanapun, pada 23 Ogos lalu, kerajaan menurunkan semula harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter, manakala harga runcit diesel sebanyak lapan sen daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter.
Sementara itu, Ketua Program Siswazah Pengurusan Persekitaran dan Pakar Pengangkutan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor pula berpendapat, kerajaan sepatutnya mengekalkan harga minyak iaitu RM1.92 seliter, harga sebelum kenaikan sebanyak 78 sen sebelum ini.
''Harga ini (RM1.92 seliter) lebih logik memandangkan harga minyak dunia terus merosot disebabkan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat,'' ujarnya.
Ditanya tentang kesan penurunan minyak terhadap inflasi, Abd. Rahim berkata: ''Saya percaya jika harga minyak diturunkan lebih banyak, mungkin masalah inflasi dan kenaikan harga barang dapat ditangani.''
Penasihat Ekonomi AmInvestment Bank Group, Mustafa Mohd. Nor berpendapat, penurunan harga minyak petrol yang dibuat kerajaan tidak akan memberi kesan kepada keadaan inflasi semasa selagi harga makanan tidak diturunkan.
'' Indeks Harga Pengguna (IHP) bukan hanya ditentukan oleh peningkatan atau penurunan harga petrol tetapi ia turut melibatkan harga makanan semasa.
''Selagi harga makanan tidak menunjukkan penurunan, kadar inflasi semasa mungkin tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara walaupun harga petrol diturunkan dengan kadar 10 sen,'' katanya.
Ketua Pakar Ekonomi, RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng berkata, langkah kerajaan itu dianggap sesuatu yang positif pada keadaan semasa yang sering dihidangkan dengan berita-berita negatif.
''Langkah itu dilihat dapat mengurangkan sedikit beban rakyat dan ia adalah seperti dijangkakan ia merupakan hadiah Hari Raya kerajaan kepada rakyat.
''Saya berharap harga minyak petrol akan dapat terus diturunkan ekoran harga pasaran minyak mentah global yang sedang mengalami aliran menurun untuk terus meringankan beban rakyat,'' jelasnya.

Rabu, 24 September 2008

Penjawat awam jangan terima hadiah – BPR

PUTRAJAYA 23 Sept. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengingatkan semua penjawat awam agar tidak menerima hadiah daripada mereka yang bertujuan mendapat balasan atau keistimewaan membabitkan tugas dan kuasa pada musim perayaan ini.
Dalam kenyataannya hari ini, BPR mengingatkan pegawai awam supaya melaporkan kepada pihak berkuasa jika pemberian hadiah tersebut mempunyai unsur rasuah.
Menurutnya, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 secara jelas melarang pegawai awam atau swasta menerima hadiah daripada mereka yang mempunyai kaitan dengan tugasnya.
‘‘Selain itu, semua penjawat awam tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu melarang mereka daripada menerima atau memberikan hadiah sekiranya berkaitan dengan tugas mereka,’’ ujar kenyataan itu lagi.
Garis Panduan Pemberian Hadiah dan Penerimaan Hadiah Dalam Perkhidmatan Awam 1998 turut menjelaskan bahawa dalam keadaan yang menyebabkan sukar bagi seseorang pegawai untuk menolak sesuatu hadiah, mereka perlu mengemukakan laporan bertulis kepada ketua jabatannya sama ada dibenarkan menerima pemberian itu atau sebaliknya.
‘‘Kerajaan memandang serius gejala pemberian dan penerimaan hadiah atau keraian terutama di musim perayaan ini.
‘‘ Ini kerana jika ia dibiarkan berlaku di kalangan penjawat awam tanpa batasan, ia boleh berkembang menjadi rasuah apabila pemberian hadiah dan keraian menjadi kemestian yang melibatkan urusan rasmi,” menurutnya.
Selaras dengan itu, BPR mengingatkan semua ketua jabatan agar memberi perhatian terhadap gejala tersebut dan membuat laporan apabila ditawarkan hadiah yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi.
Dalam hal ini, BPR akan membuat pemantauan ke atas ketua-ketua jabatan berkaitan dengan laporan mereka berhubung penerimaan hadiah supaya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 akan sentiasa dipatuhi.
Tambahnya, Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah 1997 menyatakan, apabila seseorang penjawat awam ditawarkan dengan apa-apa suapan termasuk hadiah secara rasuah maka dia dikehendaki segera melaporkannya kepada BPR.

Selasa, 23 September 2008

Integriti Dalam Perkhidmatan Awam

Saya terpanggil untuk memberi pandangan dalam memupuk integriti dalam perkhidmatan awam. Tan Sri KSN selalu menyebut perkara ini dalam perjumpaan dengan kakitangan awam supaya menerapkan amalan integriti dalam perkhidmatan awam. Dengan ini ia akan melahirkan perkhidmatan awam yang terbilang dalam negara dan hasrat Kerajaan untuk melahirkan perkhidmatan awam yang bertaraf dunia akan tercapai. Walaubagaimanapun, bagaimana hasrat ini boleh tercapai sedangkan pengisian program dalam jabatan dan agensi Kerajaan tidak berlandaskan hukum syarak. Apa yang dimaksudkan ialah kebanyakan program Kerajaan diisi dengan hiburan yang tidak menjurus kepada ilmu dan pembinaan ataupun pembentukan sahsiah murni kakitangan awam seperti karaoke dan menjemput artis-artis untuk membuat persembahan sedangkan perkara itu berlawanan dengan agama. Yang keduanya ialah pemimpin atasan terutamanya orang politiki yang memegang kuasa eksekutif seperti Menteri dan Timbalan Menteri dalam satu-satu Kementerian mestilah menunjukkan sikap yang baik dan berintegriti supaya kakitangan Kerajaan akan berasa malu dan menjadikan beliau sebagai contoh. begitu juga dengan pemimpin-pemimpin tinggi Kerajaan yang lain. Ini bersesuai dengan pesanan Saidina Ali supaya kita merubah dan menunjukkan sikap yang baik dahulu sebelum mengubah orang lain. Yang ketiganya kita hendaklah menjauhi tindakan "Kaedah Menghalalkan Cara". Dengan itu saya yakin kita akan dapat memupuk nilai integriti dalam Kerajaan khususnya dan rakyat amnya.

Jumaat, 12 September 2008

APA KATA KHOO KAY KIM TENTANG MELAYU

"PROF. EMERITUS DATUK KHOO KAY KIM “
Jadi kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawaNegara ini Kerajaan di perintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayusebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukanMelayu seperti Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyatBritish kerana Negeri Selat Tanah JajahanBritish. Oleh itu kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak samakerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tertentu yangtidak ada pada orang lain, itulah permulaannya. Selepas 1957 orangbukan Melayu mula diserap sebagai warganegara………. Jadibegini, kedudukan orang Melayu ini bukan sesuatu yang diberikan selepastahun 1957 tapi sudah ada sebelum itu lagi……. Masalah sekarang ialahramai orang bukan Melayu tidak faham latarbelakang terutama sekaligenerasi muda. Dia hanya tahu kata “ooh saya punwarganegara kenapa kedudukan saya lain….” Kedudukan zaman sekarang inimesti berasaskan perkembangan sejarah sebab itu kita kata sejarah suatuyang penting, tetapi silapnya cara sejarah itu di ajar lebih beratkanpolitik, padahal yang lebih elok kalau kita titik beratkanundang-undang dalam pembelajaran sejarah”
(AKHBAR SIASAH, 3-16 NOVEMBER2006)."

Rabu, 10 September 2008

Wanita jadi tebusan mati ditikam

SHAH ALAM: Seorang wanita yang dijadikan tebusan oleh dua perompak di rumahnya sendiri di Seksyen 13, di sini, ketika bersahur pagi semalam, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta ketika dirawat akibat ditikam dan dikelar pada badan. Kedua-dua perompak itu, bagaimanapun ditembak mati sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam selepas mencederakan mangsa dan membakar bilik tidur utama rumah mangsa dalam kejadian jam 8.20 pagi itu. Terdahulu, mangsa dipercayai pemilik syarikat pelancongan, Triways, Raja Noriana Raja Ahmad, 41, dijadikan tebusan selama kira-kira tiga jam bermula jam 5 pagi selepas penjenayah warga Indonesia itu menyedari rumah mangsa dikepung polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata pada jam 4.45 pagi semalam, polis menerima maklumat mengenai cubaan menyamun rumah yang diduduki mangsa bersama suaminya, seorang pesara kerajaan dan dua anak perempuannya, berjaya menahan dua lagi penjenayah, dipercayai warga Indonesia yang cuba memasuki rumah mangsa. Bagaimanapun, dua lagi perompak yang sudah memasuki rumah mangsa melalui ruang pengudaraan bilik mandi di tingkat bawah rumah itu menyedari kedua-dua rakan mereka ditahan dan bertindak menjadikan Raja Noriana sebagai tebusan ketika mangsa bersama suami cuba melarikan diri dari rumah itu. Suami mangsa berusia dalam lingkungan 60-an berjaya keluar dari pintu depan, manakala kedua-dua anak perempuannya yang masing-masing berusia 18 tahun dan 20 tahun, melompat keluar daripada tingkap bilik tidur belakang di tingkat atas rumah dua tingkat itu.
Seorang daripada anak mangsa patah tulang pinggang, manakala seorang lagi cedera ringan ketika melarikan diri. Khalid berkata, polis menyerbu rumah itu dan menembak mati kedua-dua suspek sebaik bilik utama rumah itu dibakar suspek. Katanya, mangsa yang masih hidup ketika itu cedera ditikam di dada, belakang badan dan dikelar di rusuk kiri. Beliau berkata, Raja Noriana kemudian dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta di sini sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.25 pagi.
Katanya, polis menemui sepucuk pistol jenis Smith and Wesson .32 mm yang dicampak seorang suspek dalam tandas di rumah itu dan beberapa bilah parang, pisau serta pemotong besi. Beliau berkata, pistol itu dikesan dicuri daripada seorang penjawat awam dalam satu rompakan di sebuah rumah di Seksyen 3, di sini, 3 September lalu. Berdasarkan kad pengenalan yang ditemui pada penjenayah ditembak mati itu, mereka dikenali sebagai Mojid Ridwan dari Jambi, Indonesia dan Abd Sugiono dari Asahan, Indonesia. Khalid berkata, polis percaya, selain empat penjenayah itu, ada dua lagi rakan mereka yang berada di tempat kejadian ketika polis tiba di situ, tetapi mereka berjaya melarikan diri. “Hasil pemeriksaan mendapati suspek yang ditembak mati dan ditahan itu dipercayai daripada kumpulan sama yang terbabit dalam enam kes samun di Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Polis kini memburu dua lagi suspek yang melarikan diri,” katanya. Selain itu, katanya, keluarga mangsa baru berpindah ke rumah itu sebulan lalu dan belum ada jiran lain di kawasan itu.

Muslim Xinjiang dihalang Tarawih

BEIJING: Masyarakat Muslim China di Xinjiang, dilaporkan dilarang mengerjakan solat Tarawih oleh pihak berkuasa tempatan atas alasan mengelak berlaku sebarang kejadian ganas. Perkhidmatan berita Islamonline memetik laporan agensi berita Agence France-Presse (AFP) menyatakan, bukan itu saja, malah penduduk lelakinya juga dilarang menyimpan janggut, manakala wanitanya tidak boleh menutup aurat dengan mengenakan tudung mahu pun purdah. "Kami ingin mengingatkan umat Islam supaya tidak menganjurkan sebarang acara solat berjemaah atau cuba mengadakan sebarang majlis yang mengumpulkan orang ramai bagi mengelak tercetusnya sebarang kejadian yang boleh mengancam keharmonian masyarakat," kata notis pada laman web majlis tempatan Xinhe.

Arahan itu dikeluarkan pihak berkuasa tempatan minggu ini bagi memastikan penduduk Muslim minoriti Uighur mengadakan sebarang acara keagamaan bersempena Ramadan yang bermula minggu ini. "Sesiapa saja, baik pegawai kerajaan, anggota Parti Komunis, guru dan pelajar juga dilarang terbabit dalam sebarang acara sempena Ramadan. Mereka yang ditangkap kerana berpuasa, akan dihukum," kata satu lagi notis pada laman web majlis daerah Zhaosu, di Xinjiang. - Agensi

Selasa, 9 September 2008

Ayah Juga Derhaka Kepada Anak

Di zaman Khalifah Umar Al-Khattab, seorang bapa datang berjumpa Saidina Umar Al-Khattab dengan katanya "Wahai Amirul Mukimnin, sesungguhnya anakku telah derhaka kepada ku". Lalu Khalifah Umar Khattab memanggil anakyang derhaka itu dan bertanya kenapa kamu derhaka kepada ayahmu. Anak itu tanya Khalifah Umar Al-Khattab apa tanggungjawab bapa kepada anak. Maka Khalifah Umar Al-Khattab bagitahu bahawa tanggungjawab bapa kepada anak itu empat perkara iaitu :-
(1) Kahwin dengan wanita yang baik
(2) Menamakan anaknya dengan nama yang baik
(3) Mendidiknya
(4) Mengahwinnya
Maka anak itu bagitahu Khalifah Umar Al-Khattab bahawa ke empat-empat perkara itu tidak ditunaikan oleh ayahnya. Anak itu seterusnya bagitahu Khalifah Umar Al-Khattab:-
(1) Ayah dia kahwin dengan pelacur yang jadi ibunya sekarang ini
(2) Ayah dia menamakannya "Kelawar Jantan"
(3) Ayah dia tidak memdidik dia
(4) Ayah dia tidak mengahwinkan dia
Maka Khalifah Umar Al-Khattab tanya bapa itu tadi "Betulkah begitu wahai bapa budak". Bapa budak itu menundukkan kepalanya. Justeru itu, kamulah dulu yang derhaka kepada anakmu.

Isnin, 8 September 2008

Keadilan Sistem Perbankan Islam

Ustaz Zaharudin Abdul Rahman, Pensyarah UIAM telah menyampaikan ceramah di INTAN Bukit Kiara, Kula Lumpur yang bertajuk Kewangan Islam. Kupasan yang mendalam daripada Ustaz Zaharudin berkaitan dengan muamalat Islam khususnya perbankan Islam telah memberi banyak input kepada para hadirin. Beliau telah menceritakan kebaikan sistem Perbankan Islam dan perbandingannya dengan sistem konvensional. Islam mengharamkan riba sebagaimana yang dipraktikkan oleh beberapa bank di negara kita. Kini sudah ada pinjaman secara Islam, kad kredit secara Islam, tabungan secara Islam dan sebagainya yang tidak menindas. Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Elakkan daripada mengambil kad kredit kerana ianya ada unsur-unsur penindasan. Dalam keadaan kita tak berupaya untuk bayar, dikala itu bunganya membesar dan kita akan disaman. Yang zalimnya ialah orang yang disaman dikenakan bayaran, bukan pihak yang menyaman seperti Bank Simpanan Nasioonal. Justeru itu, sudah tiba masanya kita membuat anjakan paradigma dengan memilih sistem perbankan yang berlandaskan hukum syariat. Dikala masyarakat bukan Islam berduyun-duyun memilih perbankan Islam, kenapa masih ada lagi umat Islam yang memilih perbankan konvesional.

Jumaat, 5 September 2008

Tan Sri A Samad Ismail meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Hrkh) - Tokoh kewartawanan, Tan SriAbdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sinipada 5.58 petang tadi kerana jangkitan paru-paru. Menurut laporan Bernama, Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagaiPak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelahmengalami kesukaran bernafas.Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan SriHabibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawanNuraina dan Maria.Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.Jenazah Abdul Samad akan dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong16/7C, Petaling Jaya di sini dan akan dikebumikan selepas sembahyangJumaat esok, menurut menantunya Azmi Ansar. - mks._

Khamis, 4 September 2008

Proses Pemilihan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD)

LATAR BELAKANG

Perkhidmatan Awam Malaysia mempunyai peranan yang signifikan dalam memastikan negara dan masyarakat dapat mengecapi keharmonian dan kemakmuran. Sehubungan itu juga, keberkesanan perkhidmatan awam merupakan penyumbang utama kepada kepesatan pembangunan negara bagi membolehkan Malaysia berdiri teguh sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat dan dihormati di persada dunia.
Dalam konteks sektor awam di negara ini, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa.
Dari perspektif sejarah, skim perkhidmatan PTD lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS.
Pada tahun 1966, MCS telah digantikan dengan Malaysian Home and Foreign Service (Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia). Namun begitu, peranan penting perkhidmatan ini dalam sistem pentadbiran awam Malaysia tetap kekal berterusan. Akhirnya pada tahun 1972, perkhidmatan ini telah ditukar namanya kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan seterusnya kekal sehinggalah sekarang.


A. PROSES PENGAMBILAN PTD

Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka dilantik sebagai pegawai PTD. i) Peperiksaan
Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut: Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah. Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei. Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu. Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.


ii) PTD Assessment Centre (PAC)

Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam. Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.


iii) Temu duga

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA. Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah. Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD.

Carta Pemilihan Dan Pelantikan PTD

Rabu, 3 September 2008

Antara Ibadat Solat dan Ibadat Puasa


Firman Allah dalam Surah An-Nisa yang bermaksud :

” Sesungguhnya solat itu merupakan kewajipan yang ditentukan kepada orang yang beriman”

Daripada ayat diatas, maka sudah jelas kepada kita bahawa solat yang merupakan Rukun Islam yang kedua itu adalah WAJIB kepada umat Islam yang cukup syarat-syaratnya kecuali bagi mereka yang belum baligh, gila dan sebagainya. Keistimewaan solat ini ialah ia merupakan perintah secara lansung daripada Allah S.W.T kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Isra` dan Mikraj, tidak seperti ibadah lain dimana Nabi Muhammad S.A.W. mendapat wahyu melalui Malaikat Jibril.

Solat ini merupakan ibu bagi segala ibadah dan kita seharusnya mempelajari cara solat yang betul supaya ianya sempurna. Dengan itu, ia akan mencegah kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar sebagaimana Firman Allah S.W.T dalam Surah Al- Ankabut, ayat 45 yang bermaksud :

” Sesungguhnya dengan melaksanakan solat itu, dapat mencegah seseorang dari melakukan perkara keji dan mungkar”.

Menyedari hakikat ini, kita perlu mengubah diri kita dari kepompong taklid buta kepada mengetahui cara melakukan solat yang betul terutamanya diakhir zaman ini kedapatan ramai yang mula jauh daripada Islam. Yang amat menyedihkan ialah apabila perkara haram menjadi biasa dan adat dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini Ramai orang yang solat tetapi tidak sempurna. Ini disebabkan oleh sujudnya tidak mnyeluruh. Kebiasaannya jari kaki tidak sama. Sepatutnya jari kaki kena cecah ke tempat sujud iaitu perut jari kaki mesti kena pada tempat sujud. Tujuh perkara untuk sempurna sujud iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua jari-jari kaki. Kita hendaklah mempastikan perut jari kaki kena ke tempat sujud.

Puasa merupakan Rukun Islam yang ketiga selepas solat. Puasa ini mengandungi tiga fasa iaitu sepuluh hari pertama, sepuluh hari kedua dan sepuluh hari ketiga. Tidur bagi orang yang berpuasa dikira ibadat. Senyap orang yang berpuasa juga dikira ibadat.

Kita kena utamakan ibadat solat dulu, kemudian barulah ibadat puasa. Sekarang ini ramai orang yang salah bagi penekanan dalam mendidik anak-anak. Ibubapa banyak memberi penekanan kepada ibadat puasa, tidak kepada ibadat solat. Ibadat puasa tak perlu ditekankan pada kanak-kanak dimana ibadat solat yang harus diberi penekanan. Puasa jikalau tidak solat tidak memberi apa-apa makna. Begitu juga dengan ibadat lain. Akhirat besok akan ditanya ibadat solat dulu, jikalau tidak solat maka ibadat-ibadat lain yang kita lakukan semasa hayat kita didunia akan terbatal. Mereka yang berpuasa ada yang tidak solat manakala amat jarang atau tidak kedapatan orang yang tidak tinggal solat tidak puasa. Solat diperintahkan dalam bulan Rejab yang berlakunya satu peristiwa yang besar dalam Islam iaitu Israk dan Mikraj manakala ibadat puasa diperintahkan dalam bulan Syaban. Ini menandakan pentingnya ibadat solat daripada ibadat puasa. Istimewanya solat ini ialah ia adalah perintah secara langsung daripada Allah S.W.T kepada Nabi Muhamad S.A.W semasa Nabi mikraj ke langit bersama Malaikat Jibril. Ibadat-ibadat lain Nabi Muhamad S.A.W. mendapat wahyu daripada Allah S.W.T. melalui Malaikat Jibril.

Selasa, 2 September 2008

Parlimen Semakin Mencabar

Minggu lepas DSAI telah mengangkat sumpah sebagai AP yang baru setelah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh dengan majoriti yang besar. DSAI seperti lagak pahlawan diiringi oleh isterinya masuk ke gelanggang di Parlimen dengan jurugambar-jurugambar dan wartawan sudah bersedia menunggu ketibaan beliau. Pada waktu itu saya melihat kehebatan DSAI sebagai wasilah suara rakyat dan pejuang keadilan. Lontaran idea beliau yang pertama setelah mengangkat sumpah memukau ahli parlimen yang lain serta hadirin yang terdiri daripada pegawai kerajaan, wartawan dan lain-lain saksi yang meyaksikan detik bersejarah bagaimana akhirnya mantan Timbalan Perdana Menteri kembali ke parlimen. Parlimen kali ini sudah tentu menarik dengan kehadiran seorang wira pejuang rakyat yang bermula dengan peristiwa baling. Wakil rakyat Barisan Nasional khususnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sudah kepansan sepanjang hari sambil memikirkan bagaimana untuk mendapatkan balik sokongan rakyat yang sudah luntur. Kesilapan yang paling besar ialah kenaikan harga minyak yang keterlaluan telah menyusahkan rakyat.

Rabu, 20 Ogos 2008

Malaysia's Anwar accuses govt of 'dirty tricks' in by-election

PENANG, Malaysia (AFP) - - Malaysia's opposition figurehead Anwar Ibrahim on Sunday accused the government of using "dirty tricks" to disrupt his campaign to return to parliament in a by-election.
Anwar, a former deputy premier who was jailed on sodomy and corruption charges a decade ago, is expected to win the August 26 ballot in his home state of Penang, in the latest step of his campaign to seize power.
But he said the government was exploiting tensions between Malaysia's races, and highlighting new sodomy allegations against him, to try to avoid a landslide victory for the 61-year-old opposition leader.
"These are dirty tactics. It is a malicious campaign on their part and is completely immoral," he told a press conference.
Anwar said the ruling coalition was playing on rifts between Malaysia's majority Malays and minority ethnic Chinese and Indians, by sending SMS text messages to Malay villagers slamming Anwar as an "agent of the Chinese."
And he said the government had ordered its supporters to heckle their opposition opponents by yelling "sodomy, sodomy" at political events.
The by-election will be seen as a test of Anwar's popularity after Mohamad Saiful Bukhari Azlan, a 23-year-old former aide, accused him of sodomising him at an upmarket Kuala Lumpur apartment.
Anwar again rejected the new allegations, and said that as well as having a firm alibi, he had seen two medical reports on his accuser which showed he had no case to answer.
"I am telling you there is no case, they cannot proceed... the medical report is so clear. In the event the judicial system is fair, whichever judge hears the case will throw it out," he said.
On Friday, the eve of nomination day, Mohamad Saiful visited a mosque to swear on the Korean, the Islamic holy book, that he was telling the truth and challenged Anwar to do the same.
He also said he was sodomised against his will, although when Anwar was formally accused in court earlier this month the charge indicated the alleged sex act was consensual.
Anwar's supporters said the timing of the mosque visit was clearly politically motivated and more proof that the allegations have been concocted by the government.
"You can see the dirty tricks beginning in their campaign. It is corrupt and immoral to use religion and the Koran," Anwar said Sunday. "Don't insult the religion of Islam by playing political games."
Anwar has said that after March elections that handed the opposition alliance a third of parliamentary seats and five states, he is poised to oust the coalition with the help of defecting government lawmakers.
Analysts said the government would use the by-election to try to undermine Anwar's ability to appeal to all of Malaysia's racial groups -- a first in the nation's political history.
"They will probably try to convince voters that Islam is under threat and that Malay rights are under threat," said Ibrahim Suffian from the Merdeka Centre research firm.
Lim Kit Siang, chairman of the Democratic Action Party, said the vote would be a referendum on the opposition's performance since March.
"It is not called the mother of by-elections for nothing. It is an indication of national politics and of our track record so far, it is a barometer of politics in Malaysia at large," he told AFP.
"If Anwar succeeds in pulling in a large number of Malay votes, it will boost the oppositions' standing and the road to forming the next government will be clearer."

Jumaat, 11 Julai 2008

Membaca pemikiran pengurusan Peter F. Drucker

Oleh: SHAHAROM TM SULAIMAN

Baru-baru ini atau lebih tepatnya pada 11 November, 2005, `dunia' kehilangan seorang pemikir besar pengurusan, Peter F. Drucker yang meninggal dunia dalam usia 95 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri, Doris dan empat orang anak. Media-media antarabangsa seperti The Washington Post, Reuters, The Guardian, Bloomberg, Business Week dan Al-Jazeera semasa melaporkan kematian Peter F. Drucker, menyifatkannya sebagai `tokoh pengurusan yang paling berpengaruh di dunia'. Mahaguru pengurusan ini juga dikenali sebagai management philosopher kerana beliau bukan saja membahas hal-hal pengurusan semata-mata tetapi membahas persoalan pengurusan dalam pengertian yang luas yang mencakupi perubahan-perubahan pemikiran dalam realiti dunia hari ini seperti globalisasi, senario ekonomi dunia, kepimpinan politik.
Karya-karyanya yang melebihi 35 buah buku telah terjual lebih daripada lima juta dan sebahagian besarnya telah diterjemahkan kepada hampir semua bahasa utama dunia. Pandangannya tentang pengurusan, pembangunan kepimpinan dan strategi perniagaan telah mempengaruhi syarikat-syarikat dan gergasi perusahaan bahkan turut mempengaruhi negara seperti Jepun yang mana Drucker pernah menjadi penasihatnya.
Drucker bukan saja seorang profesor pengurusan, lebih dari itu menjadi juruperunding pengurusan lebih daripada 50 tahun kepada 500 organisasi yang mencakupi syarikat-syarikat besar dan kecil, muzium, hospital, universiti, yayasan kebajikan, kerajaan termasuk juga pasukan besbol Yogi Bera di Amerika. Barangkali Drucker merupakan satu fenomena dalam dunia pengurusan.
Drucker merupakan anak kelahiran Austria, pernah bekerja sebagai kerani dan mendapat pendidikan dalam bidang undang-undang dari Universiti Frankfurt pada tahun 1931. Drucker sebetulnya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi pakar pengurusan dan cita-cita asalnya hendak menjadi penulis. Beliau mula menulis ketika berumur 20 tahun dan dalam usia yang cukup muda itu, Drucker telah pun memegang jawatan pengarang kanan sebuah akhbar harian di Frankfurt.
Drucker menulis dalam berbagai bidang seperti ekonomi, politik, falsafah, kesusasteraan, undang-undang bahkan buku pertamanya ialah mengenai politik dalam bahasa Jerman setebal 32 halaman bertajuk Friederich Julius Stahl: Conservative Political Theory and Historical Change. Buku ini menimbulkan kemarahan pemerintah Nazi sehingga Drucker terpaksa melarikan diri ke England pada tahun 1933. Di sanalah, Drucker menulis buku pertamanya dalam bahasa Inggeris bertajuk The End of Economic Man (1937) yang membahaskan kegagalan dan kebangkitan fahaman Fasisme. Dalam buku ini juga, Drucker berhujah tentang perlunya susunan sosial dan ekonomi yang baru.
Buku-buku karangan Drucker pada umumnya dapat dibahagikan kepada tiga bidang iaitu sosial dan politik seperti The Age of Discontinuity (1969), Men, Ideas and Politics (1971), Ecological Vision (1993), Germany: The Last Four Years (1937); bidang pengurusan secara khusus pula menyaksikan kelahiran buku-buku seperti Management: Tasks, Responsibilities, Practices (1974), Managing For Results (1964), The Effective Executive (1966), The Frontiers of Management (1986) dan Preparing Tomorrow's Business Leaders Today (1969). Bidang terakhir pula mengenai masyarakat berpengetahuan dan senario masa depan yang terserlah pada buku-buku seperti Technology, Management and Society (1970), Managing for the Future (1990), The New Realities (1989), Managing in a Great Time of Change (1995), The Post Capitalist Society (1993). Di samping itu, Drucker juga menulis autobiografinya melalui buku Adventures of a Bystander (1979).
Tidak kurang pula Drucker menulis dua buah fiksyen iaitu The Temptation to do Good dan The Last of All Possible Words. Kehebatan Drucker menulis buku menyebabkan seorang wartawan pernah bertanyakan kepada tentang buku manakah yang ditulisnya yang dianggap terbaik. Drucker menjawab, ``Whenever people ask me which of my books I considers the best, I smile and say,' The next''. Drucker seterusnya menjawab, sekiranya umur berpanjangan, beliau akan terus menulis. Barangkali Drucker merupakan contoh terbaik bagi seseorang dalam usia sepertinya yang tidak pernah mengenal dunia persaraan dan tidak pernah henti berfikir.
Sebagai seorang pemikir besar, tentu sekali lontaran pemikirannya mendapat liputan meluas dan menarik untuk dikaji khususnya mengenai pelbagai aspek pemikirannya.Buku terawal membahas pemikirannya ditulis oleh John J.Tarrant bertajuk Drucker: The Man Who Invented the Corporate Society (1976) yang membincangkan pengaruh pemikiran Drucker dalam dunia pengurusan khususnya mengenai konsep-konsep yang tidak pernah disentuh oleh tokoh-tokoh pengurusan sebelumnya. Sememangnya Drucker berbeza dengan pemikiran tokoh-tokoh pengurusan terdahulu seperti F.W. Taylor, Henri Fayol, J. Burnham yang lebih berminat membincangkan aspek saintifik dan teknikal dalam pengurusan di samping penekanan yang tinggi terhadap persoalan mendapat keuntungan semata-mata. Lalu dibuat berbagai andaian tentang cara memaksa manusia untuk menjadi produktif. Pemikiran seumpama ini memang dipengaruhi oleh persekitaran Eropah yang mengalami revolusi perusahaan khususnya perusahaan besi keluli yang terpaksa bekerja keras untuk memenuhi kehendak pasaran. Sedangkan Drucker lebih berminat pada persoalan sumber manusia dalam organisasi dan cara-cara untuk membangunkan manusia. Bagi Drucker, sesebuah organisasi wujud kerana adanya manusia dan pengurusan merupakan satu seni untuk memahami manusia.
Tarrant seterusnya membincangkan pandangan Drucker mengenai penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan. Bagi Drucker, komputer amat penting dalam semua hal bahkan cukup membantu dalam memudahkan sebarang urusan. Namun kebimbangan Drucker ialah apabila manusia menjadi hamba kepada komputer. Menurut Drucker, tujuan komputer ialah untuk mengelak kita daripada membuang masa kepada kerja-kerja yang perlu pengawasan dan menumpukan perhatian kepada kerja yang memerlukan pemikiran, imaginasi, persepsi dan kreativiti. Sebaliknya manusia atau pengurus tadi akan menghabiskan masa dengan komputer untuk mencari kerja-kerja lain yang boleh dibuat oleh komputer.
Dalam buku The World According to Peter Drucker (1998) yang ditulis oleh Jack Beatty, seorang wartawan kanan majalah The Atlantic Monthly, cuba memaparkan kajian biografi dan potret keintelektualan Drucker sebagai seorang pemikir besar abad ke-20. Buku ini meninjau penulisan yang meliputi enam dekad karya-karya Drucker mulai tulisan yang mengkritik antifasisme sehinggalah karyanya yang terakhir. Beatty juga membahaskan pemikiran Drucker tentang perubahan masyarakat moden ke titik peralihan masyarakat pascakapitalis. Menurut Drucker, salah satu perubahan asas ialah bahawa tidak ada lagi sejarah ``Barat'' atau ``tamadun Barat'', yang ada ialah sejarah dunia dan tamadun dunia tetapi kedua-duanya telah ``dibaratkan''.
Drucker seterusnya berpendapat bahawa kita sudah cukup maju ke dalam masyarakat pascakapitalis yang baru untuk mengkaji semula dan menyemak sejarah sosial, ekonomi, dan politik zaman kapitalisme dan negara bangsa. Yang pastinya dunia akan muncul daripada penyusunan semua nilai, kepercayaan, struktur sosial dan ekonomi, konsep dan sistem politik yang sedang berlaku sekarang. Dalam beberapa bidang terutamanya dalam masyarakat dan strukturnya, peralihan asas telah pun berlaku. Masyarakat baru ini akan bersifat bukan sosialis dan masyarakat pascakapitalis sudah hampir pasti. Sumber utama masyarakat pascakapitalis ialah pengetahuan atau pekerja ilmu.Ini bermakna bahawa masyarakat itu perlu menjadi masyarakat yang terdiri daripada organisasi. Dalam bidang politik, kita telah beralih daripada negara bangsa berdaulat yang berterusan selama empat ratus tahun kepada kemajmukan yang negara bangsa ialah satu dan bukan satu-satunya unit integrasi politik.
Kemajmukan adalah satu komponen yang penting dalam `tatanegara pascakapitalis'. Dalam sistem ini struktur transnasional, wilayah, negara bangsa termasuk berpuak akan bersaing dan wujud bersama. Masyarakat pascakapitalis pasti menggunakan pasaran bebas sebagai mekanisme untuk melaksanakan integrasi ekonomi. Masyarakat pascakapitalis tidak akan menjadi masyarakat yang ``antikapitalis''. Ia juga bukan ``masyarakat bukan kapitalis'' walaupun institusi kapitalisme akan terus wujud. Kumpulan sosial yang utama dalam masyarakat kapitalis adalah ``para pekerja ilmu'' (Knowledge Workers) yakni para eksekutif berpengetahuan yang tahu cara untuk memperuntukkan pengetahuan kepada penggunaan yang produktif sama seperti golongan kapitalis yang tahu menggunakan modal untuk tujuan produktif.

- *SHAHAROM TM SULAIMAN ialah pensyarah di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jumaat, 25 April 2008

Pembangunan Membazir - Syak Wasangka Rakyat Terengganu Ada Asasnya

Ditulis oleh SM Noor

Saturday, 29 March 2008

Kuala Terengganu, 28 Mac - Syak wasangka rakyat Terengganu yang memandang serong keatas pembangunan ‘Monsoon Cup’, Pulau Duyong dan Pulau Wan Man, kini cukup berasas
Demikian dinyatakan Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu apabila diminta mengulas
kenyataan Dr. Mahathir yang menuduh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mempengaruhi bekas Menteri Besar, Idris Jusoh melakukan kesalahan dalam membelanjakan Wang Ehsan secara berlebih-lebihan
Beliau berkata kesalahan yang dilakukan oleh Idris dan Perdana Menteri itulah yang menyebabkan Sultan Mizan Zainal Abidin enggan memberi perkenan pelantikan semula Idris sebagai Menteri Besar.
Beliau berkata Abdullah Ahmad Badawi melalui pelbagai tindakan cuba memaksa pihak Tuanku menerima Idris termasuk mengarahkan Rosol Wahid dan 22 ADUN Terengganu menentang pihak Istana.
Beliau berkata Rosol hanya mengikut arahan daripada presiden (Abdullah), sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia Rabu lalu.
Sehubungan dengan itu, Rabu lalu, PAS Terengganu melalui kenyataan Pesuruhjayanya,
menyeru rakyat menyokong keputusan istana kerana pihak istana maklum dan memahami kesalahan yang berlaku dalam kerajaan dibawah kepimpinan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.”Kita(PAS) Terengganu memang mempunyai maklumat tentang beberapa tatacara kewangan yang agak pelik berlaku didalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man, ”Antaranya adalah penglibatan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan,
“Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk kedalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut,”kata Dato’ Abu Bakar Chik
Beliau yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri(IKPNT) berkata sehingga kini rakyat Terengganu tidak berpuas hati dan mengatakan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk Monsoon Cup, Pulau Duyong dan Pulau Wan Man adalah membazir dan tidak memberikan manfaat yang banyak kepada rakyat.
Beliau berkata tindakan memberikan projek-projek kepada kroni Perdana Menteri, Patrick Lim tidak menjadi rahsia lagi.
“Majalah Antarabangsa
Asian Pacific Boating keluaran January-February 2008 telah melaporkan bahawa Patrick Lim mengawal RM 300 juta peruntukan bajet tahunan untuk menganjurkan dan mempromosikan Monsoon Cup,”Kita sedang mengumpulkan semua maklumat secara terperinci berkenaan salahlaku dan penyelewengan kerajaan dibawah
kepimpinan bekas Menteri Besar Idris Jusoh” kata Dato’ Abu Bakar.
Dr. Mahathir sebelum ini pernah menyatakan Terengganu diperintah oleh menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dan Patrick yang dinamakannya sebagai Patrick Badawi. Perkara itu pernah diulas oleh Raja Petra didalam Kolumnya ‘The Corridor of Power’ dan diulang tulis dibawah tajuk
‘Monsoon(Cup) Winds of Change’ berikutan isu pelantikan Menteri Besar Terengganu baru-baru ini.

Menginsafi tanggungjawab sebagai pemimpin

Oleh A. MOHD. RAHIMIN SIHAT

DALAM hubungan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT, seperkara yang perlu kita ingat ialah sebagai insan atau makhluk terbaik yang dicipta oleh Allah, kita memikul dua amanah yang penting. Pertama, amanah sebagai hamba Allah yang dituntut supaya kita mengabdikan diri kepada-Nya.
Kedua, amanah sebagai khalifah di muka bumi yang diberi peranan untuk membangunkan insan dan alam berpandu kepada syariat Allah SWT dengan harapan akan wujud keamanan dan kesejahteraan untuk dinikmati bersama.
Dalam konteks pembangunan dan memakmurkan negara, amanah untuk menguruskan dan mentadbir negara terpikul di bahu para pemimpin yang pada dasarnya mempunyai tiga peranan utama iaitu:
i. Mewujudkan suasana aman dan damai (mengelakkan rasa takut dan cemas bagi setiap penduduknya).
ii. Mewujudkan kemakmuran dan keluasan rezeki dalam penghidupan (rakyat dalam keadaan sihat jasmani dan rohani).
iii. Melahirkan manusia-manusia yang baik dan berakhlak mulia.
Dengan penjelasan demikian, peranan dan tanggungjawab seseorang pemimpin itu sebenarnya amat besar dan dirasakan amat berat. Oleh itu sebagai seorang pemimpin sama ada terhadap diri dan keluarga apatah lagi jika memegang kepimpinan yang lebih besar, kita beramanah dan bertanggungjawab atas kepimpinan tersebut malah meletakkan masalah kepimpinan itu pada tahap paling atas sesudah beriman kepada Allah dan Rasul.
Dalam menjayakan sesuatu rancangan yang telah dirangka, seseorang pemimpin hendaklah sentiasa meningkatkan ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah dengan harapan Allah akan memberi pertolongan dan kemudahan dalam mencapai matlamat kepimpinan yang di sebut tadi. Perlu disedari, jika tidak mendapat pertolongan daripada Allah, pasti kita akan gagal dalam melaksanakan sesuatu tugas sebagaimana madah seorang penyair sufi.
Ia berbunyi: "Kalaulah tidak ada pertolongan Allah kepada seseorang pemuda, maka faktor pertama yang merosakkan dirinya ialah usaha dan kesungguhannya sendiri".
Sebagai seorang pemimpin yang beriman kepada Allah, hendaklah menjadikan diri Rasullullah SAW sebagai contoh ikutan yang terbaik. Ini kerana Baginda SAW mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul seperti berilmu dan bertakwa, amanah dan bertanggungjawab, adil dan tegas, mengutamakan kepentingan umum terlebih dahulu daripada kepentingan diri sendiri, hidup amat bersederhana dan tidak bermewah-mewah, mengamalkan dan menghargai pendapat serta teguran orang bawahan.
Ini menjadikan diri baginda Rasulullah SAW dikasihi oleh Allah dan para umatnya, malahan baginda juga dihormati dan disegani oleh musuh-musuhnya.
Justeru, para pemimpin hari ini perlulah menjadikan diri Rasulullah SAW sebagai idola dan model kepimpinan yang terunggul. Kebijaksanaan dan ketokohan Baginda sebagai seorang pemimpin agung melayakkan diri baginda SAW sebagai pemimpin umat yang berjaya, pemimpin rumah tangga yang penyayang, sebagai guru atau pendidik yang tidak mengenal putus asa, bahkan sebagai ketua atau panglima di medan perang yang gagah berani dan sebagainya.
Dan betapa pula kita pada hari ini sebagai pemimpin terhadap diri sendiri, pemimpin dalam keluarga, pemimpin dalam sebuah organisasi atau pertubuhan malahan mungkin ada di antara kita yang menjadi pemimpin lebih besar lagi daripada yang di sebutkan tadi.
Adakah kita benar-benar prihatin dengan kepimpinan kita? Dan adakah kita sentiasa menginsafi bahawa kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan-Nya mengenai kepimpinan kita di dunia ini.
Amat mendukacitakan, keghairahan sekelompok pemimpin yang menawarkan diri menjadi ketua atau pemimpin dalam pertubuhan dan organisasi yang mencetuskan banyak polemik dan isu amat dikesali. Ini kerana, perebutan kuasa dan pertelagahan untuk melayakkan diri mereka memimpin sesebuah organisasi dan pertubuhan telah melenyapkan konsep syura atau perundingan yang menjadi salah satu dasar dalam ajaran Islam.
Sejarah telah membuktikan ketika Rasulullah SAW wafat, para sahabat telah berbincang untuk memilih pemimpin bagi menggantikan baginda, lalu para sahabat memilih Saidina Abu Bakar sebagai pemimpin berdasarkan sistem syura. Islam telah menggariskan beberapa kriteria untuk melayakkan seseorang menjadi pemimpin iaitu, hendaklah seorang yang amanah, berkemampuan, berpengalaman dan bertakwa kepada Allah.

Isnin, 28 Januari 2008

Larangan bertudung dihapus

ISTANBUL: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata semalam, beliau mahu larangan memakai tudung di universiti dihapuskan secepat mungkin walaupun ditentang hebat golongan sekular. Agensi berita Anatolia melaporkan, Erdogan mahu isu berkenaan diselesaikan secepat mungkin melalui arahan parlimen. “Masanya sudah sampai untuk mengakhiri masalah ini,” kata Erdogan dalam satu pertemuan dengan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinannya, di Istanbul, semalam.
Parti AKP mencapai persetujuan peringkat awal dengan parti pembangkang Khamis lalu untuk meminda perlembagaan bagi menghapuskan larangan berkenaan, walaupun dikritik hebat badan kehakiman dan ahli akademik di negara itu. Parti AKP yang dibentuk selepas pengharaman Parti Islam, sejak sekian lama mahu larangan memakai tudung di universiti dihapuskan kerana mendakwa peraturan itu melanggar kebebasan dan hak untuk pendidikan. Kumpulan sekular termasuk tentera, badan kehakiman dan ahli akademik kanan, melihat tudung kepala sebagai simbol penentangan terhadap sistem sekular di Turki.
Mereka mendakwa kelonggaran yang diberikan akan meningkatkan tekanan sosial terhadap wanita untuk menutup aurat. Erdogan bagaimanapun menafikan tuduhan bahawa AKP mahu menghapuskan sistem sekular. “Bagaimana anda boleh katakan bahawa mereka yang memakai tudung tidak sekular. Kita mempunyai masyarakat di mana mereka yang bertudung dan tidak bertudung mempertahankan negara demokratik dan sekular,” katanya. - AFP

Khamis, 24 Januari 2008

Tidak cekap hadapi krisis ekonomi, kerajaan sedia ada perlu ditukar

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menggesa kerajaan mengambil sikap berhati-hati dan berhemah dalam menguruskan kewangan negara. -->
Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Malaysia seharusnya mengelakkan perbelanjaan-perbelanjaan tidak perlu dan meningkatkan simpanan sebagai persediaan menghadapi ancaman kemelesetan ekonomi akibat krisis kewangan Amerika Syarikat (AS).
Jelasnya, Amerika Syarikat menghadapi krisis kewangan akibat perbelanjaan yang terlalu tinggi seperti kos besar yang ditanggung untuk membiayai pencerobohan ke atas Iraq dan Afghanistan, pembekalan senjata kepada Israel dan operasi risikan seluruh dunia.
Tambahnya, akibat perbelanjaan-perbelanjaan tidak perlu dan kadar simpanan yang rendah di AS, negara itu kini terpaksa bergantung kepada simpanan negara asing.
"Kadar simpanan rakyat AS yang terlalu rendah dan pergantungan kepada kredit telah menjerumuskan negara tersebut ke kancah masalah kewangan apabila institusi kewangan negara tersebut tidak dapat memperolehi kembali pinjaman yang disandarkan kepada aset hartanah," katanya dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat KeADILan hari ini.
Tegas beliau, kadar simpanan yang rendah itu juga memaksa bank-bank utama seperti Citigroup dan Merill Lynch mendapatkan suntikan kewangan daripada dana-dana negara Asia seperti Singapura dan negara-negara Arab.
Justeru, kata beliau, kerajaan Malaysia perlu peka terhadap keperluan untuk berjimat kerana hanya itu yang akan menjadi benteng negara ini bagi menghadapi kesan lebih buruk dan kejutan seterusnya krisis ekonomi AS.
Menurutnya, sepanjang empat tahun yang lalu, perbelanjaan kerajaan telah meningkat hasil perolehan cukai dan hasil lain kerajaan tidak mampu untuk menampung perbelanjaan mengurus.
"Tanpa hasil Petronas, negara ini akan terpaksa menanggung hutang yang sangat besar semata-mata untuk terus beroperasi," katanya.
Malangnya, kata beliau, antara sikap tidak bertanggungjawab kerajaan ialah membelanjakan sejumlah besar wang rakyat untuk membuat persiapan dan majlis pelancaran koridor-koridor pembangunan.
Jelasnya, perancangan dan majlis pelancaran itu menelan belanja sehingga RM50 juta รข€“ RM100 juta setiap satu.
"Meskipun kerajaan akan memberi alasan bahawa ia tidak dilaksanakan oleh kerajaan secara langsung, tetapi sebarang perbelanjaan oleh Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) seharusnya dilihat sebagai membelanjakan wang rakyat," katanya.
Khalid juga berkata, keutamaan kerajaan di dalam membelanjakan wang rakyat juga ternyata tidak dirancang dengan baik di saat tuntutan rakyat agar harga runcit petrol diturunkan bagi meringankan beban kehidupan rakyat yang terlalu tinggi.
Kini katanya, Timbalan Perdana Menteri memberikan alasan ia tidak akan dilakukan kerana kononnya akan menyebabkan negara muflis.
"Tetapi pada masa yang sama, apabila wujud kemarahan rakyat yang tertipu dengan janji kerajaan menghapuskan yuran sekolah, kerajaan segera mengambil keputusan reaksioner untuk mewujudkan dana pendidikan berjumlah RM5 bilion secara tergesa-gesa, perbelanjaan tanpa perancangan rapi ini tidak membantu tetapi sebaliknya membebankan rakyat,"tambahnya.
Kesan krisis ekonomi AS, jelasnya akan turut dirasai Malaysia bahkan pakar-pakar ekonomi antarabangsa meramalkan kemelesetan ini akan berpanjangan.
Oleh itu, beliau meminta rakyat bersedia untuk menghadapinya di samping kerajaan perlu cekap dan amanah untuk memimpin rakyat menghadapinya.
"Rakyat perlu segera bertindak bagi memastikan masa depan Malaysia yang lebih baik dengan membuat perubahan berani untuk menukar kerajaan sebelum negara terjerumus ke kancah kemelesetan dan krisis ekonomi," katanya. - mks.

Where is Sharlinie Mohd Nasyar?

Where is Sharlinie Mohd Nashar? This is the question we want to know. Everybody are very keen to know this matter. Why it is so difficult to search this little girl and the suspect know as Lelaki Kucing. So we have to pray to Allah S.W.T for the safety of Sharlinie. We have to perform solat hajat. We had declared to the world that we have the best police. Best of the best, but why Sharlinie still can`t be found. District police chief ACP Arjunaidi Mohamed said they were investigating it as a missing person case. But how long we have to wait? We are very afraid when the police find Sharlinie, it is too late. VERY VERY SAD