Jumaat, 29 Mei 2009

DIANTARA KEPIMPINAN ULAMAK DAN PROFESIONAL DALAM PAS

Awal bulan Jun merupakan muktamar PAS di Selangor. Presiden PAS telah dimenangi oleh Dato` Seri Haji Abdul Hadi Awang tanpa bertanding dan Timbalan Presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru diantara Datuk Husam Musa, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamad Sabu. Maka kedengaranlah pelbagai pihak melontarkan idea masing-masing diantara sokongan kepada ulamak dan golongan profesional. Saya melihat isu ini sebagai isu yang selalu menjelma bila muktamar PAS yang melibatkan pemilihan. Pada saya, tanpa merujuk kepada status sama ada ulamak atau profesional, apa yang penting ialah pemimpin itu mestilah bijak, warak dan alim. Kalau kita kata golongan ulamak sahaja yang dapat mempertahankan Islam, itu tidak betul kerana sejarah mengatakan bahawa ada juga golongan yang bukan daripada pengajian Islam secara rasmi mempertahankan Islam. Kalau orang kata orang yang belajar ilmu agama itu adalah orang yang boleh diharapkan dalam melaksanakan tajdid, itu juga tidak betul kerana orang yang tidak belajar ilmu agama secara rasmi juga ternyata boleh melakukan perubahan. Oleh itu, hujjah Dato` Ustaq Mat Iraq adalah begitu lemah dan pada saya Dato` Ustaz Mat Iraq tidak layak bercakap mengenai pemilihan kepimpinan dalam PAS. Pemilihan Dato` Usatz Mat Iraq sebagai Ketua Dewan Ulamak sebelum ini merupakan satu kesilapan, tidak ada ciri-ciri kepimpinan pada beliau. Pemilihan itu mesti berasaskan kepada mereka yang ada aura sebagai pemimpin dan juga pandangan masyarakat umum apabila mereka melihat seseorang pemimpin itu, terasa kehebatan mereka. Diantara ketiga-tiga calon Timbalan Presiden itu, saya merasakan bahawa Dato` Husam Musa adalah yang paling layak.

Tiada ulasan: